Anda di halaman 1dari 28

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN PJ 3112

PENGENALAN

Pengertian pendidikan jasmani dan sukan kemungkinan diperkenalkan di Malaysia oleh British di Tanah Melayu. Masalah timbul apabila wujud ketidakpastian untuk menentukan sama ada kedua-dua istilah itu boleh disamakan atau kedua-duanya berlainan sama sekali. Sebenarnya pertalian antara pendikan jasmani dengan sukan boleh dilihat dari empat model ( Murdoch,1990).

1. Model Tukar Ganti 2. Model Bertentangan 3. Model Pengukuhan 4. Model Turutan

MODEL TUKAR GANTI

Model ini menegaskan bahawa tidak terdapat perbezaan antara pendidikan jasmani dengan sukan serta sukan boleh menggantikan pendidikan jasmani. Hal ini kadangkala mewujudkan salah tanggapan tentang pendidikan jasmani dan sukan sehingga pendidikan jasmani secara keseluruhannya dianngap sebagai sukan. Mungkin ini disebabkan oleh kebanyakan aktiviti dalam pendidikan jasmani berbentuk sukan.

MODEL BERTENTANGAN

Model ini menegaskan bahawa pendidikan jasmani dan sukan adalah berbeza. Perbezaan itu jelas dalam jadual perbandingan berikut ;

Pendidikan Jasmani Bercorak Pendidikan Guru-guru Pentingkan Proses Belajar Penyertaan semua Wajib Berpusatkan pembangunan diri kanak-kanak

Sukan Bercorak Rekreasi Jurulatih Pentingkan Hasil Prestasi Golongan Tertentu Suka rela Berpusatkan pembangunan sukan

MODEL PENGUKUHAN

Model ini merapatkan potensi kerja sama antara kedua-dua bidang. Mengikut Lee (1986), sukan membentuk prestasi seseorang melalui latihan yang turut merangkumi pendidikan jasmani. Sukan juga merupakan alat pembelajaran pendidikan jasmani yang sesuai. Sukan juga membuka peluang kepada individu untuk menimba pengalaman pendidikan yang penting dan bernilai tinggi.

MODEL TURUTAN

Model ini pula berpendapat pendidikan jasmani adalah perlu untuk menyediakan golongan muda untuk bersukan. Model ini mengimplikasikan bahawa pendidikan jasmani wujud sebelum sukan. Model ini juga menegaskan penglibatan sukan selepas tamat persekolahan. Pendidikan jasmani merupakan asas sukan dan kemahiran tertentu yang sangat berguna dalam sukan pada hari kemudian.

Dalam konteks di Malaysia, boleh dikatakan semua model digunakan pada waktu tertentu dan untuk tujuan tertentu. Misalnya dalam Model Tukar Ganti, kedua-dua istilah tersebut digunakan secara saling berganti dan perbezaannya dikaji dari segi pendekatan. Pendekatan pendidikan jasmani mengutamakan unsur pendidikan manakala pendekatan sukan mementingkan pembangunan kemahiran. Model Bertentangan pula mencerminkan keadaan yang jelas jika sukan bola sepak dan bola sepak dalam pendikan jasmani dibandingkan. Sukan bola sepak mementingkan prestasi dan keindahan tetapi bola sepak dalam pjk mementingkan penyertaan berkualiti untuk semua.

Model Pengukuhan pula digunakan apabila kita menganggap bahawa pendidikan jasmani mengajar asas-asas sukan dan asas-asas ini dikukuhkan di luar bilik darjah melalui aktiviti masa lapang.
Model Turutan pula digunakan dalam erti kata bahawa apabila seseorang individu tamat persekolahannya, dia akan terus menggunakan dan mengamalkan asas-asas sukan yang dipelajarinya semasa kelas pendidikan jasmani itu sebagai hobi atau aktiviti rekreasi. Dr. Wee Eng Hoe (1994) pula mencadangkan agar satu Model Integrasi diwujudkan untuk menitikberatkan pendidikan dan pembangunan kemahiran dan ini dilakukan dengan mengintegrasikan pendidikan jasmani dan sukan

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN

Organisasi didefinisikan sebagai sekumpulan individu berusaha bersama-sama untuk menyempurnakan satu-satu tugas yang tidak boleh dilaksanakan oleh seseorang individu sahaja. Fungsi, tujuan dan objektif organisasi akan menentukan jenis struktur organisasi. Struktur pula akan menentukan tugas seseorang individu dalam organisasi tersebut dan perhubungan dengan individu laian.

Pentadbiran merupakan satu proses atau keadaan yang melibatkan dua atau lebih individu menggembleng tenaga untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Mengikut Leith (1990), proses ini melibatkan perancangan, pengelolaan, bimbingan dan kawalan ke atas sumber-sumber yang wujud untuk menghabiskan kerja yang diharapkan atau untuk mengarahkan program kepada pencapaian matlamatmatlamat tertentu. Mengikut Daughtrey & Woods (1976), pentadbiran merupakan koordinasi aktiviti oleh individu dalam kumpulan yang tersusun. Pentadbiran melibatkan pengurusan kaki tangan, perancangan organisasi, penghasilan dan perhubungan awam.

ORGANISASI dibentuk untuk membekalkan suatu struktur atau sistem yang berkesan bagi mencapai tujuan satu-satu kumpulan.
PENTADBIRAN pula ialah sebahagian daripada organisasi yang membimbing tingkah laku individu di dalam organisasi untuk mencapai tujuan yang ditetapkan. Objektif pentadbiran dan organisasi adalah untuk mengawal persekitaran serta memberi arah kepada organisasi.

Merancang Organisasi

Semasa merancang organisasi atau membentuk struktur organisasi, beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya termasuklah menentukan dengan jelas garis autoriti dan tanggungjawab dari paras atas ke bawah. Individu yang mengagihkan tanggungjawab masih lagi bertanggungjawab. Objektif unit atau bahagian adalah selaras dengan objektif organisasi sendiri. Setiap individu dalam organisasi menerima arahan daripada seorang ketua yang lebih tinggi sahaja.

Rajah Organisasi

Rajah organisasi digunakan untuk beberapa sebab. Mengorientasikan kakitangan baru kepada organisasi. Menetapkan tanggungjawab agar setiap individu mengetahui kedudukannya dalam organisasi. Rajah membantu individu memahami struktur kawalan. Menetapkan saluran yang membenarkan delegasi autoriti dan pengawasan prestasi.

JENIS-JENIS ORGANISASI

ORGANISASI FORMAL

Pembahagian tugas digambarkan dengan jelas. Menggunakan pendekatan rasional dengan menegaskan pengkhususan tugas, prosedur-prosedur kerja yang sama dan rangkaian arahan yang tersusun. Kelemahannya ialah organisasi ini kurang memberi peluang kepada individu untuk memberikan pendapat. Selain itu, keperluan psikologikal kakitangan juga tidak dipenuhi secara terancang,

ORGANISASI INFORMAL

Organisasi informal wujud bersebelahan dengan organisasi formal. Organisasi ini wujud kerana keperluan-keperluan individu tidak dipenuhi oleh organisasi formal. Misalnya, perhubungan informal berlaku semasa minum bersama, bermain golf atau dalam majlis sosial. Perhubungan ini penting kerana melicinkan pengaliran kakitangan dan sumber kerana melintasi autoriti dan tidak terikat dengan struktur yang ada.

BENTUK ORGANISASI

BENTUK ORGANISASI FORMAL.


1. 2. 3. 4.

STRUKTUR GARIS STRUKTUR JAWATANKUASA STRUKTUR BULATAN STRUKTUR MATRIKS

JENIS-JENIS PENTADBIR
LAISSEZ-FAIRE AUTOKRATIK DEMOKRATIK EKLEKTIK

LAISSEZ-FAIRE

Pentadbir jenis ini tidak menonjolkan diri malah tidak menunjukkan kepimpinannya. Membiarkan organisasi berfungsi dengan sendiri. Pentadbir menggunakan sedikit sahaja kuasa formal. Pentadbiran ini wujud kerana pentadbir tidak bersedia secara profesional. Antara kelemahan utama ialah lemah dari segi kepimpinan, kakitangan yang tidak berpengalaman akan sesat tanpa arah, mutu kerja individu berada di paras rendah, program dan polisi yang lemah, tiada perancangan jangka panjang dan tiada keinginan untuk cemerlang.

AUTOKRATIK

Pentadbir yang menggunakan kuasa mutlak. Kuasa dan autoriti digunakan sepenuhnya untuk mengawal semua individu dalam organisasi. Pentadbir merupakan ketua tetapi bukan pemimpin. Keputusan pentadbir berasaskan pendapat dan bukan hasil pemikiran yang mendalam. Ketua suka mengarah dan kakitangan tidak diberi peluang untuk membuat keputusan bersama. Pentadbir jenis ini menyelia rapi kakitangannya. Banyak menghasilkan pekerja `Pak Turut`.

DEMOKRATIK

Pentadbir ini menggunakan kuasa formal dengan sepenuhnya di samping tidak mengabaikan kuasa informal. Menggunakan pemikiran konstruktif kumpulan untuk berkongsi idea dan bekerja sama. Memberi peluang kepada individu untuk memberi sumbangan dalam membuat dan melaksanakan keputusan. Kakitangan biasanya menyokong pucuk pimpinan dan bekerja bersungguh-sungguh. Namun demikian, pengawasan tetap dilakukan untuk memastikan kerja berjalan lancar.

EKLEKTIK

Pentadbir ini menggunakan jenis pentadbiran yang berlainan untuk situasi tertentu. Horine (1991), mencadangkan para pentadbir menggunakan gaya demokratik sebagai asas pentadbiran tetapi menggabungkan pendekatan laissez-faire dan autokratik apabila keadaan memerlukan. Pentadbiran ini fleksibel; boleh diubah mengikut situasi tertentu. Ini menjamin produktiviti yang tinggi dan berterusan. Memberi kebebasan kepada kakitangan walaupun ada had tertentu. Kakitangan juga faham setakat mana mereka boleh bertindak di luar arahan.

CIRI-CIRI PENTADBIR JASMANI DAN SUKAN YANG BAIK.


Mesti mempunyai pendidikan yang formal. Mesti mempunyai pengalaman yang sesuai. Pentadbir perlu bersikap fleksibel. Pentadbir harus jelas dengan matlamat yg ingin dicapai Berkeupayaan membuat perancangan untuk mencapai objektif selaras dengan objektif organisasi. Mempunyai keadaan mental dan emosi yang stabil dan terkawal. Berusaha gigih untuk menjayakan objektif pjk dan sukan

Pentadbir harus mempunyai sahsiah yang baik. Pentadbir juga perlu mempunyai kesihatan dan keadaan fizikal yang baik. Boleh berkomunikasi secara lisan dan bertulis dgn baik Pentadbir seharusnya kreatif utk membentuk dan melaksanakan program pjk dan sukan. Mampu berfungsi dgn baik walaupun kekurangan sumber dan material

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PERLU ADA PADA SESEORANG PENTADBIR

KEMAHIRAN TEKNIKAL KEMAHIRAN KEMANUSIAAN KEMAHIRAN KONSEPTUAL

KEMAHIRAN TEKNIKAL

Kemahiran teknikal ialah kecekapan dan kefahaman tentang satu-satu aktiviti khusus terutamanya yang melibatkan kaedah.proses, prosedur atau teknik. Melibatkan kebolehan menganalisa dan menggunakan alat dan teknik utk bidang-bidang khusus. Kemahiran teknikal pjk dan sukan termasuk; membuat belanjawan, membeli dan menjaga alat, merancang dan memelihara kemudahan

(merancang,menjadual dan melaksanakan

pertandingan sukan atau program pjk), mengesahkan kelayakan atlit, melatih atlit, membentuk polisi, merancang kurikulum, menngawas dan menyelia pengajaran, mentadbir pejabat, melakukan perhubungan awam dan penilaian

Kemahiran Kemanusiaan

Kemahiran kemanusiaan ialah keupayaan seseorang bekerja sebagai ahli pasukan dan kebolehan membina usaha kerja sama dalam kalangan ahli pasukan yang dipimpinnya. Seseorang pentadbir perlu mempunyai kemahiran perhubungan awam, memahami diri sendiri dan orang lain serta boleh bekerja bersama-sama dengan baik. Kemahiran ini juga penting untuk mengekalkan keharmonian, membawa perubahan dan mentadbir situasi konflik.

KEMAHIRAN KONSEPTUAL

Kemahiran ini berkait rapat dengan kebolehan seseorang memerhati dan menganalisa sesuatu usaha secara menyeluruh. Kemahiran ini juga perlu untuk melihat bagaimana fungsi-fungsi berlainan di dalam organisasi bergantung antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai