Anda di halaman 1dari 16

Program pensiswazahan guru (kota kinabalu) Ambilan Mac 2011

KRB 3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

Cetera keempat belas

Suatu ketiaka dahulu

ada seorang pahlawan yang gagah

berani. Namanya Hang Tuah. Dia mempunyai empat orang sahabat iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu, dan Hang Lekir. Kegagahan dan kehebatan pahlawan itu bersama sahabat-sahabatnya menjadi kebanggaan rakyat negeri Melaka. Beginda Sultan juga kegum dengan keberanian dan kehebatan Hang Tuah. Beginda menganggap pahlawan itu seorang pegawai istana yang amat setia serta berjasa.

Hang Tuah seorang yang sangat cerdik dan tangkas bila beradu kekuatan dengan musuh. Kalau dia berlawan, dia selalu menang. Hang Tuah mempunyai ilmu mempertahankan diri serta pandai bermain senjata. Oleh sebab itu pihak musuh tidak berani menentang Hang Tuah. Mereka sedar, kalau mereka melawan umpama menjolok sarang tabuan. Pasti nya mereka akan melayang.

Kekuatan dan kehandalan Hang Tuah tersebar hingga keseluruh Kepulauan Melayu. Raja Majapahit mengetahui kehebatan pahlawan Melaka itu. Namun baginda tidak mempercayainya. Beginda Raja itu yakin bahawa dirinya lebih handal lagi dan digeruni oleh sesiapa sahaja di rantau itu. Apakah beta patut menguji kehandalan pahlawan Melaka itu? tanya Raja Majapahit kepada dirinya sendiri.

Pada suatu hari Raja Melaka yang bertunang dengan puteri Raden Mas Ayu anak kepada Raja Majapahit hendak melangsungkan perkahwinan mereka. Hang Tuah berserta rombongan pembesar Melaka mengiringi Raja Melaka ke Majapahit. Raja Majapahit telah merancang dengan mengupah pahlawan-pahlawan yang handal untuk membunuh Hang Tuah. Walaupun begitu, segala usaha yang dirancang umpama menanam pisang tidak berjantung.

Raja Majapahit merasa amat kecewa kerana gagal untuk membunuh Hang Tuah. Tiba-tiba muncul seorang Pahlawan tua bernama Taming Sari mempunyai dendam kesumat di mana dia juga berhasrat untuk membunuh orang-orang Melaka termasuk Hang Tuah. Patik akan hapuskan ke semua pahlawan Melaka itu dengan kris patik ini tuanku kata Taming Sari kepada Raja Majapahit.

Raja Majapahit mengadakan satu majlis tari-menari sempena perkahwian puteri Raden Mas Ayu dengan Raja Melaka. Dalam Majlis tersebut Raja Majapahit ingin menguji sendiri kehandalan Hang Tuah. Namun beliau bimbang dengan kehandalan pahlawan Melaka itu bila melihat tubuh Hang Tuah yang sasa. Beginda memerintahkan seorang pahlawan Majapahit bernama Taming sari untuk masuk ke gelanggang. Wahai Taming Sari! Kamu pahlawan Majapahit yang handal. Hari ini beta mahu kamu tunjukkan kehandalan kamu kepada pahlawan Melaka Itu, titah Raja Majapahit kapada Taming Sari. Titah dijunjung, tuanku, kata Taming sari sambil tersenyum mendengar perintah itu. Taming Sari masuk ke gelanggang dengan perasaan yang sangat angkuh. Dia telah menunjukan ketangkasan beliau bersilat dan bermain senjata . Taming sari Kemudian memandang ke arah Hang Tuah dan berkata wahai pahlawan Melaka! Silakan masuk ke gelanggang, mari kita ukur kehandalan kita, aku Taming sari, tidak gentar dengan pahlawan Melaka!. Raja Majapahit tersenyum

sinis kepada Hang Tuah untuk mempersendakan kehebatan pahlawan


Melaka itu.

Hang Tuah berasa amat tercabar dengan pelawaan pahlawan Majapahit itu. Dia berdiri dan masuk ke gelanggang untuk menentang Taming sari. Kalau tuan hamba hendak menjual, Patik bersedia untuk membeli! Pantang pendekar Melayu dicabar, kata-kata tuan hamba sedikit pun patik tak gentar Kata Hang Tuah kepada Taming Sari. Kedua-dua pahlawan tersebut pun memulakan pertarungan.

Setelah beberapa lama bertarung, Hang Tuah menyedari Taming Sari memiliki keris sakti. Keris itu menyebabkan pahlawan majapahit tersebut kebal dan tidak gentar berlawan dengan Hang Tuah. Oleh yang demikian Taming Sari begitu yakin dapat menewaskan pahlawan Melaka yang dikatakan handal itu. Walaupun begitu Hang Tuah menunjukan kehandalan beliau bermain senjata dengan mengelak dari Taming Sari mencederakan beliau.

Raja Majapahit dan Raja Melaka berserta semua pembesar yang berada di situ begitu teruja dengan pertarungan tersebut. Mereka mahu memastikan, siapa yang benar-benar handal Taming sari atau pahlawan Melaka itu. Pertarungan tersebut berlangsung begitu hebat sekali. Kedua-dua pahlawan tersebut menunjukan kepantasan dan kehandalan mereka bermain senjata. Dalam perlawan tersebut, Hang Tuah menyedari bahawa bukan mudah beliau mengalahkan pahlawan Majapahit tersebut. Ini kerana keris yang ada dengan Taming Sari itu memiliki kuasa yang sangat luar biasa. Beliu mencari jalan untuk menewaskan pahlawan Majapahit tersebut. Aku tentu boleh mengalahkannya, kalau dapat merampas keris sakti dari tangannya,kata Hang Tuah dalam hati. Dia mula memikirkan cara untuk merampas keris tersebut dari tangan Taming Sari.

Hang Tuah terpaksa menggunakan tipu muslihat untuk merampas keris sakti tersebut. Hang Tuah pun mendapat satu akal iaitu dengan menyatakan bahawa keris yang berada ditangan pahlawan Majapahit itu tidak kukuh. Taming yang termakan tipu hela Hang Tuah terus memandang keris yang berada di tangannya. Sepantas kilat itu juga hang tuah menendang tangan pahlawan Majapahit dan mengakibatkan keris sakti yang dipegangnya melayang kemudian melekat pada dinding perseban . Hang Tuah dengan pantas mendapatkan keris sakti. Bila menyedari Hang Tuah berjaya merampas keris sakti itu dari tangannya, Taming Sari mula rasa cemas. Dia bimbang pahlawan Melaka itu dapat menikammya.

Menyedari hal yang demikian, Taming Sari berkata Aku


sudah tidak mempunyai senjata, berikan kerisku itu semula. Hang Tuah yang bijak itu memberikan kerisnya kepada Taming sari sebagai ganti keris sakti milik pahlawan Majapahit itu. Pahlawan Melaka itu menyerang Taming Sari dan akhirnya menikam pahlawan Majapahit dengan keris sakti itu. Akhirnya Taming Sari tewas dan menemui ajal di situ setelah ditikam dengan keris sakti itu. Raja Majapahit dan Raja Melaka serta seluruh pembesar-pembesar yang hadir merasa kagum dengan kehebatan Hang Tuah menewaskan Taming sari pahlawan Majapahit yang

gagah itu.

Raja Majapahit sangat kagum dan malu dengan kehandalan Hang Tuah. Beginda mengakui pahlawan Melaka itu memang handal dan berjanji tidak akan mengujinya lagi. Raja Majapahit itu telah menganugerahkan Hang

Tuah Keris Taming Sari dan berharap pahlawan Melaka itu dapat menjaga
puteri beginda yaitu Puteri Raden Mas Ayu dan negeri Melaka seluruhnya.

Raja Melaka amat bangga dengan kehebatan dan kehandalan Hang Tuah. Walaupun mereka menghadapi pelbagai rintangan dan halangan semasa berada di negeri Majapahit, pahlawan Melaka itu dapat menghadapi cabaran dengan begitu bijak sekali. Sehingga beginda akhirnya dapat berkahwin dengan Puteri Raden Mas Ayu puteri kepada Raja Majapahit. Atas jasa dan pengorbanan Hang Tuah itu, Raja Melaka telah mengurniakan Hang Tuah dengan gelaran Laksmana Melaka.

Pahlawan

orang yg gagah dan berani, pejuang yg gagah, perwira: ~ tanah air; kepahlawanan perihal gagah berani (berani berjuang dll), keberanian, keperwiraan. Orang yang bekerja di istana cepat gerak-gerinya; cergas; pantas: kuda yg ~. ketangkasan keadaan atau sifat tangkas; kecepatan; kepantasan. sekumpulan orang (yg bekerja atau datang dll bersama-sama): menteri itu dan ~nya telah tiba di Pulau Pinang pagi tadi; satu ~ pegawai Malaysia akan berunding dgn pegawai-pegawai Filipina; ~ kebudayaan sekumpulan penari (pelakon, penyanyi, dll) yg melawat ke sesuatu tempat utk membuat pertunjukan dsb; ingin akan; berharap akan; mempunyai keinginan yg kuat. kuat dan tegap.

Pegawai istana Tangkas

Rombongan

berhasrat Sasa

Handal

1. boleh diharap (dipercayai) setia; 2. kenamaan, bijak, gagah, cekap, pandai: pemain bola yg ~; 3. amat baik (dlm sesuatu kemahiran dll).
1 daya upaya; ikhtiar: Ia mencari ~ utk melepaskan dirinya. 2 = tipu ~ tipu daya; helah: tipu ~ perang taktik perang.

Muslihat

Sinis

1 bersifat mengejek atau bersifat menyindir (ttg cara bercakap dsb): Kata-katanya yg ~ itu menyakiti hatiku. 2 tidak melihat sesuatu kebaikan dan sering meragui kebaikan orang lain. kesinisan keadaan atau sikap sinis. 1. goncangan yg cepat (tali gitar kalau dipetik, badan kalau ketakutan, bumi kalau gempa dll), getar, geletar; 2. ki berasa takut (bimbang dll) mempermainkan (dgn gurau senda), memperolok-olokkan, mengejek-ejekkan. (pesban) Jw, sl balai tempat menghadap; ~ agung balai penghadapan yg besar. mencucuk atau melukai dgn senjata tajam spt keris, pisau; menusuk. menganugerahkan, memberikan (kerana menunjukkan kasih atau penghargaan) berasa amat sangat tertarik (melihat dsb sesuatu yg luar biasa), hairan, takjub

Gentar

Mempersendaka n peseban Menikam Mengurniakan Kagum

Anda mungkin juga menyukai