Anda di halaman 1dari 6

PROJEK SENI VISUAL

Projek Seni Visual merupakan satu aktiviti yang biasanya di jalankan di luar bilik darjah. Ia melibatkan
semua pelajar untuk menjalankan suatu kajian tentang sesuatu perkara atau melaksanakan pelbagai jenis
aktiviti untuk memperkembangkan kemahiran mereka di dalam pengaplikasian unsur-unsur seni serta
prinsip rekaan dalam menghasilkan sesebuah karya seni.
Tatacara Penganjuran Projek Seni Visual

Jenis-Jenis Projek Seni


Lawatan
Seminar, Bengkel & Kursus Seni
Pameran Seni
Pertandingan Seni
Kembara Visual
Pesta Seni Kanak-Kanak
Minggu Seni Visual
1) LAWATAN
Lawatan sambil belajar merujuk aktiviti luar kelasyang melibatkan pelajar dan guru melawat sesuatu
tempat, kawasan, bangunan atau apa-apa yang memberi ilmu pengetahuan. Aktiviti ini menjadi satu
aktiviti yang paling dinanti-nantikan oleh pelajar kerana mereka berpeluang untuk meneroka kawasan
atau perkara baru
Kelebihan Lawatan
Merapatkan hubungan pelajar dengan guru
Pelajar akan dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.
Pelajar memperoleh pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan
Mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan minda dalam seni
Pelajar mempelajari konsep mengurus sesuatu aktiviti dengan lebih efektif
Memupuk semangat keyakinan diri, setia kawan, disiplin diri dan patriotism
Mendedahkan pelajar tentang alam semulajadi, kebudayaan dan membuat apresiasi
Mengatasi masalah kebosanan dan menarik minat pelajar untuk belajar Pendidikan Seni Visual
Pengurusan aktiviti dapat dirancang dengan lebih teratur dan sistematik melalui penerapan sikap
bekerjasama
Kelemahan Lawatan
Memerlukan kos yang tinggi
Memerlukan tenaga kerja yang ramai
Peserta perlu membuat penelitian setiap aktiviti yang dirancangkan
Jangka masa yang lama diperlukan untuk merancang dan melaksanakan program
Memerlukan persefahaman yang utuh antara semua peserta agar lawatan berjalan dengan lancar dan
selamat.
Memerlukan perancangan masa yang sistematik agar perjalanan aktiviti semasa lawatan dapat
dimanfaatkan sepenuhnya

2) SEMINAR, BENGKEL DAN KURSUS SENI


Seminar, bengkel dan kursus eni boleh diertikan sebagai satu bentuk pengajaran akademik(perbahasan
masalah secara ilmiah). Ia dilaksanakan di peringkat sekolah, university mahupun sebuah organisasi oleh
golongan profesional. Ia biasanya berfokuskan kepada suatu topik dan peserta yang hadir akan melibatkan
diri secara aktif. Seminar dilaksanakan dalam bentuk dialog, persembahan hasil kajian, dalam bentuk
formal, sesi debat atau sesi perkongsian ilmu dan pengalaman.
Kelebihan Seminar, Bengkel Dan Kursus Seni
Meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah
Pelajar akan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang seni
Mampu mengatasi masalah kognitif (Knowing, Learning & Understand)
Pelajar akan dapat berkongsi pengalaman bersama-sama dengan peserta lain
Memupuk semangat kerjasama dan toleransi dalam aktiviti merancang dan menjalankan seminar
Sesi komen atau diskusi memberi lebih banyak peluang menguji dan bertanya soalan sesama peserta
untuk memahami lebih lanjut tentang sesuatu prinsip atau teknik.
Kelemahan Seminar, Bengkel Dan Kursus Seni
Kurang publisiti menyebabkan tiada penyertaan.
Memerlukan masa yang lama dalam merancang seminar
Memerlukan perancangan yang rapi dan sistematik serta kerjasama yang utuh dari semua ahli
jawatankuasa penganjur
Topik yang akan disampaikan atau dibincangkan oleg ahli panel perlu bersesuaian dengan audien
agar tidak membosankan
Panel profesional yang ingin dijemput perlu dimaklumkan awal kerana jadual seminar akan berubah
sekiranya jadual para panel bercanggah
Memerlukan kos yang tinggi kerana melibatkan penempahan dewan, peralatan seminar, jamuan,
publisiti dan sumbangan kepada panel professional

3) PAMERAN SENI
Pengertian pameran adalah suatu kegiatan penyajian karya seni rupa untuk dikomunikasikan sehingga
dapat diapresiasi oleh masyarakat luar. Jenis-jenis pameran adalah seperti Pameran Tetap (Permanent
Exhibition), Pameran Sementara (Temporary Exhibition) dan Pameran Keliling (Traveling Exhibition).
Pameran yang diselenggarakan umumnya menampilkan karya seni rupa moden dan kontemporeri
(lukisan, patung, grafik, kriya, desain, photografi, arkitektur, dll) dari Malaysia dan seluruh negara.
Kelebihan Pameran Seni
Menarik minat pelajar untuk menghasilkan sesuatu karya.
Pelajar dapat menimba ilmu dan meningkatkan kreativiti mereka
Suatu pengalaman pembelajaran yang dapat mencetuskan idea baru
Pelajar dapat memahami secara mendalam tentang unsur seni dan prinsip rekaan
Pameran yang melibatkan demonstrasi pembuatan sesuatu hasil karya dapat diperhatikan oleh orang
ramai
Mesej komunikasi lebih mudah diterimadan difahami melalui pengamatan terhadap hasil karya yang
dipamerkan
Pelajar akan dapat menjalankan apresiasi seni dan menghargai para pengkarya serta tokoh-tokoh seni
tahahair dan dunia
Kelemahan Pameran Seni
Memerlukan kos yang tinggi
Penetapan lokasi perlu sesuai
Pemilihan hasil karya pameran perlu tepat dan berkualiti tinggi
Ruang letak atau ruang pameran memerlukan lokasi yang luas dan selesa
Publisiti secara besar-besaran perlu dilaksanakan bagi mempromosi pameran yang ingin diadakan.
Memerlukan penterjemah seni yang bijak menilai seni untuk menerangkan suatu hasil karya yang
dipamerkan
Memerlukan perancangan yang sistematik agar pengunjung yang datang dapat mengamati pameran
secara berkesan
Memerlukan pelajar menetapkan tema yang sesuai untuk pameran agar dapat menarik lebih ramai
pengunjung untuk dating

4) PERTANDINGAN SENI
Pengertian pertandingan adalah suatu perlawanan atau peraduan untuk mencapaisesuatu kejayaan. Seni
pula membawa maksudkarya yang dicipta dari dengan bakat. Oleh itu, Pertandingan Seni merupakan
suatu peraduan mencipta karya dari bakat yang ada pada seseorang individu.
Kelebihan Pertandingan Seni
Dapat mencungkil bakat pelajar dalam bidang seni
Menarik minat pelajar untuk belajar dan mendalami pengetahuan dalam mata pelajaran seni visual.
Dapat memahirkan pelajar dalam teknik dan kaedah penciptaan sesuatu karya
Pelajar akan dapat menghargai seni dan menjalankan apresiasi
Pelajar dapat mengisi masa lapang dengan menjalankan aktiviti yang berfaedah
Meningkatkan fahaman pelajar tentang unsur seni dan prinsip rekaan
Memberi peluang kepada semua pelajar untuk menzahirkan idea dalam bentuk penghasilan karya seni
Pelajar dapat belajar untuk menyampaikan mesej melalui karya yang dihasilkan.
Kelemahan Pertandingan Seni
Penganjur perlu membuat penelitian awal dan kajian awal berkenaan minat peserta
Kurang penilai/pengadil yang berkemahiran dan berpengalaman dalam menilai hasil karya seni
peserta. (jika dijalankan di peringkat sekolah)
Masa yang terhad
Kurang penglibatan peserta sekiranya kurang publisiti.
5) KEMBARA VISUAL
Kembara Seni bertujuan untuk melaksanakan eksplorasi dan eksperimentasi untuk meningkatkan
pengalaman estetik. Para pelajar akan dapat mengggunakan pelbagai media, alat, bahan dan teknik untuk
menterjemahkan pengalaman persepsi dan pengalaman estetik dalam bentuk visual.
Kelebihan Kembara Visual
Keseronokan dalam pembelajaran.
Melatih pelajar untuk menghayati dan menghargai alam sekitar warisan sepanjang zaman
Pendidikan dan pengalaman langsung diperolehi dan ia banyak membantu kekusutan ilmu di bilik
darjah
Pelajar akan dapat mentafsirkan alam semualajadi yang dilihat menerusi penghasilan beberapa karya
Seni Visual seperti lukisan, catan, arca dan sebagainya
Pelajar dapat melihat secara realiti objek-objek dan bahan alam semulajadi dengan jelas dan kajian
lebih terperinci berbanding visual secara maya, kaca TV atau skrin komputer.
Kelemahan Kembara Visual
Memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi
Para pelajar sukar dikawal kerana terlalu teruja dan seronok
Memerlukan bantuan rakan sekerja untuk turut serta sebagai guru pengiring namun tugas guru sangat
banyak dan adakalanya guru-guru tidak dapat turut serta
Kembara visual memerlukan pemilihan lokasi yang sesuai dan strategik.

PESTA SENI KANAK-KANAK (PSKK)


Pesta Seni Kanak-Kanak dijalankan adalah bertujuan untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat
baru dalam seni visual tetapi secara tidak langsung mewujudkan satulagi aktiviti para pelajar sekolah di
mana para pengunjung dapat menyaksikan pameran pelbagai hasil karya seni visual pelukis.
Kelebihan PSKK
Para pelajar dapat mencungkil bakat dalam bidang seni visual
Pameran hasil karya seni visual dapat dijalankan secara besar-besaran
Pelajar dan guru akan mengetahui cara pengurusan pesta seni kanak-kanak secara menyeluruh
Melibatkan masyarakat setempat
Keyakinan diri serta apresiasi seni dapat ditingkatkan.
Kelemahan PSKK
Memerlukan perbelanjaan yang tinggi
Kurang guru berpengalaman untuk menilai hasil karya
Memerlukan masa untuk memilih hasil karya yang terbaik yang dihasilkan oleh para pelajar
Tugas guru semakin banyak dan mengakibatkan kurang pembabitan guru secara menyeluruh.
Tanpa kerjasama yang baik di kalangan guru-guru dan para pelajar mengakibatkan pesta kanakkanak tidak dapat dijalankan dengan lancar
MINGGU SENI VISUAL
Minggu Seni Visual dilaksanakan di peringkat sekolah bagi menarik minat para pelajar untuk mendalami
pembelajaran seni visual di dalam bilik darjah. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti aktiviti melukis,
mewarna, membuat hasil kraf, membuat arca dan sebagainya.
Kelebihan Minggu Seni Visual
Aktiviti yang dirancang melibatkan semua pelajar
Menarik minat pelajar untuk menghasilkan karya
Penerapan seni visual secara menyeluruh kerana semua pihak turut terlibat
Pengurusan yang terancang
Dapat melibatkan semua guru
Tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi
Memartabatkan seni visual di peringkat sekolah
Kelemahan Minggu Seni Visual
Pelajar pasif tidak berminat untuk mengikuti aktiviti seni
Masa yang terhad kerana aktiviti P & P tidak boleh diganggu
Tempat dan lokasi aktiviti terhad mengikut suasana persekitaran sekolah
Kurang guru opsyen PSV yang mahir mengendalikan minggu seni visual
Para pelajar kurang didedahkan dengan pelbagai bidang seni dan aktiviti-aktiviti seni
Komitmen kerja guru semakin bertambah. Minggu seni visual diadakan dengan seadanya
Kurang mendapat sokongan dari pihak pentadbiran kerana menanggap seni visual merupakan
m/pelajaran elektif semata-mata.

Anda mungkin juga menyukai