Anda di halaman 1dari 2

Kegunaan Simpulan & Ikatan Ikatan Buku Sila (Reef Knot) o mengikat kain pembalut luka, menyambung tali

yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula. Ikatan Bunga Keti (Sheet Bend) o menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal. Ikatan Lilit 2 Simpul / Simpul Belit (Round Turn Two Half Hitches) o mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok atau Ke pacang kerana cara begini mudah di buka dan tidak mudah tanggal ikatannya. Ikatan Simpul Manuk (Clove Hitch) o digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya. Simpul Pengail / Simpul Himpit (Fishermans Knot) o menyambung tali pada mata kail atau menyambung tali yang licin. Simpul Pulih (Sheep Shank) o memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh. Ikatan Lilit Balak (Timber Hitch) o mengikat tapi pada balak dan untuk memindahkan atau mengheret kayu atau batang balak. Ikatan Lilit Pasdul (Marline-Spite Hitch) o membuat tangga dan untuk mancabut kayu pancang yang terbenam terlalu dalam di dalam tanah. Simpul Kerusi (Sheep Shank) o menurunkan orang dari bangunan atau juram dengan memasukkan tanjul yang kecil di sekeliling dada dan tanjul yang besar di sekeliling kaki atau pelipatan lutut. Simpul Kepala Lalat (Crown Knot) o mengelakkan hujung tali daripada terurai.

Ikatan Silang Gunting (Sheer Lashing) o menyambung dua batang kayu / buluh bagi membuat kaki yang bersilang, untuk menyambung kayu supaya menjadi panjang, dan untuk menguatkan batang kayu yang lemah. Simpul Tindih Kasih (Bowline) o menyelamat orang dengan memasukan tanjul itu keliling badan. Lilit Pemati Biasa (Common Whipping) o mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang. Ikatan Seraya (Square Lashing) o mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang. Ikatan Serong (Diagonal Lashing) o merapatkan dan mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang. Belit Lucut (Highwaymans Hitch) o mengikat tali ke tiang atau dahan dan membukanya dengan senang. Lilit Kacang / Lilit Ular (Floor Lashing / Snake Lashing) o mengikat batang-batang kayu/buluh bagi membuat lantai untuk sesuatu gadjet atau projek. Ikatan Silang Tungku (Tripod Lashing) o mengikat tiga batang kayu/buluh yang sama besar. Simpul Sentak (Slip Knot) o mengikat tali sampan ke tiang jeti. Simpul Angka Nombor Lapan (Figure 8 Knot) o menahan tali dari terburai atau tercabut dari block pulley. Rujukan: Ikatan & Simpulan. http://krssmcipoh.blogspot.com/2009/12/ikatan-simpulan.html. Muat turun pada 5 Ogos 2010. Slaid Bantuan Mengajar Menyelamat Asas Tahap 1b. http://www.scribd.com/doc/16806856/Slaid-bantuan-mengajarMenyelamat-AsasTahap-1b. Muat turun pada 5 Ogos 2010.

Anda mungkin juga menyukai