Anda di halaman 1dari 2

Disediakan oleh: Nuraliaa Binti Amir (2011142310035)

Syukur ke hadrat illahi saya telah Berjaya menyiapkan KKP yang diberi pensyarah dengan jayanya. Dalam KKP ini pelajar ditugaskan untuk kertas kerja bagi pengelolaan karnival permainan tradisional antara kelas serta mencari maklumat tambahan bagi enam jenis permainan tradisional yang boleh dipilih secara bebas. Dalam menyiapkan KKP ini, saya telah mempelajari tentang pelbagai jenis permainan tradisional. Secara tidak langsung, saya turut mempelajari sejarahnya, cara serta alat-alat yang digunakan dalam permainan tradisional ini di mana selama ini saya hanya tahu bermain tetapi tidak mengetahui dan mempelajarinya secar teknikal. Saya juga tidak pernah mengetahui tentang asal-usul permainanpermainan tradisional ini. Saya turut mendapat pengetahuan baru tentang permainan tradisional yang tidak penah saya ketahui iaitu konda-kondi. Hal ini, menunjukkan saya tidak peka tentang warisan kebudayaan melayu. Namun, dengan membuat KKP ini hal ini telah dapat menebus kekurangan diri saya. Berbicara tentang warisan kebudayaan Melayu, hal ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memelihara warisan kebudaayn Melayu supaya tidak lenyap terus daripada pengetahuan generasi baru. Saya boleh mengaplikasikan pengetahuan yang telah saya pelajari ini dalam pembelajaran saya nanti apabila saya telah mendapat graduasi. Saya akan mendedahkan kepada pelajar saya tentang pelbagai permainan tradisional yang menyeronokkan ini seterusnya mengajar mereka tentang cara-cara bermain permainan tradisional ini. Dalam KKP ini, saya dan juga ditugaskan untuk menyiapkan kertas kerja bagi penganjuran karnival permainan tradisional. Hal ini, telah memanfaatkan diri saya kerana dengan adanya pengalaman saya dalam membuat kertas kerja, saya telah membuat persiapan dalam diri saya untuk memanfaatkan pengalaman saya apabila menjadi guru kelak. Seterusnya, dalam membuat kertas kerja ini, saya telah belajar untuk lebih peka dan cermat dalam membuat sesuatu perkara.

Selain itu, sifat kerjasama antara satu sama lain tersemai dalam diri masingmasing. Hal ini juga, telah merapatkan hubungan silaturahim antara kami. Penyumbangan ilmu juga telah membuatkan KKP kami menjadi lebih baik dari sebelumnya. Sebelum kami menghantar KKP kami, kami telah menghantar draf terlebih dahulu kepada pensyarah. Kami mendapat respon yang baik daripada pensyarah mengatakan KKP kami Berjaya cuba perlu menambahbaikkan lagi bahagian-bahagian tertentu. Dengan kritikan daripada pensyarah kami telah dapat mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam tugasan kami ini. Akhir kata, terima kasih kepada pensyarah saya yang banyak memberi panduan dalam menyiapkan KKP ini, tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang telah bekerjasama dengan saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai