Anda di halaman 1dari 3

Sirih berlipat/sirih pinang Sirih dari/ pulau mutiara Pemanis kata/selamat datang Awal bismillah/pembuka bicara

Yang berusaha/______________________, _____________________/ Yang dihormati/ para pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan serta pelajar guru sekalian/ Assalamualaikum, salam sejahtera, salam muhibah,salam 1Malaysia/ Bersyukur ke hadrat Ilahi/dengan izinnya/dapat kita berkumpul/pada pagi yang mulia ini/ Bagi memulakan majlis/mari kita/sama-sama berdiri untuk menyanyikan Lagu Negaraku/dan/Lagu Negeri Kita/ Diminta/semua berdiri untuk menyanyikan lagu/ ~~~~~~~~~~~~~LAGU~~~~~~~~~ Semua hadirin dijemput duduk/ Tetak buluh/panjang sepuluh/ Mari jolok/sarang penyengat/ Angkat tangan/jari sepuluh/ Doa diminta/biar selamat/ Dijemput/saudara Mohd Fadlan Bin Abu Bakar/ untuk/membacakan doa/ Terima kasih diucapkan.

Pada 10/hingga 12 September yang lalu/Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Pulau Pinang/ dengan kerjasama/Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Pulau Pinang/ telah menganjurkan/program Pendidikan Kesihatan Pergigian/kepada semua pelajar guru Tahun 4/ Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu tersebut/ Oleh itu/ dijemput saudari Norfaridza bt Elias dan Nur Liyana bt Mohd Ghazali/ bagi menyampaikan perkongsian ilmu /yang diperoleh sepanjang program tersebut/ Dipersilakan/ Terima kasih diucapkan/ Dari Johor /ke Majapahit Singgah berlabuh/di pulau bentan Sungguh termasyur/nama yang baik Bertambah pula/bertuah badan Tibalah masanya/mari kita sama-sama/menyaksikan tayangan video persembahan drama/ daripada kelas Tahun 4 Pemulihan 1/ Untuk pengetahuan semua/kumpulan ini/telah mendapat tempat ke-2/dalam saringan yang berlangsung di IPG Kampus Pulau Pinang/ Lantas dengan itu/melayakkan mereka/untuk bertanding di IPG Kampus Tuanku Bainun/ Rezeki terus memihak kepada mereka/ akhirnya/ berjaya mendapat tempat ke-2/ daripada 4 kumpulan yang bertanding/ Marilah kita sama-sama menyaksikan tontonan video drama yang bertajuk Gigi Adik/

Buah /langsat/ditepi busut Mari dimuat/di dalam peti Besar hajat/kami menjemput Besar niat /di dalam hati

Tidak lengkap majlis pagi ini/tanpa ucapan sepatah dua kata/ daripada _____________________________________________/ Tanpa membuang masa/ dijemput________________________________________ untuk memberikan ucapan beliau/ Dipersilakan/ Terima kasih diucapkan kepada ____________________________ Sebelum mengakhiri majlis perhimpunan pagi ini/ marilah kita/ sama-sama menyanyikan lagu/ Institut Pendidikan Guru Malaysia dan/ lagu IPG Kampus Pulau Pinang/ ~~~~~~~~~~~~LAGU~~~~~~~~~ Semua hadirin diminta berdiri Mangkuk jorong/pinggan jorong Si jorong berisi/buah jati Dua tiga / kata terdorong Jangan dibawa/masuk ke hati Dari mana/hendak ke mana Tinggi rumput/dari padi Hari mana/ bulan mana Dapat kita/bertemu lagi Dengan ini/berakhirlah/perhimpunan pada pagi ini/ Majlis bersurai/

Anda mungkin juga menyukai