Anda di halaman 1dari 7

ARAS SOALAN

PENGETAHUAN
-

Menguji kebolehan calon mengingat semula/recall Contoh: Labelkan Senaraikan Nyatakan

KEFAHAMAN

Menguji kebolehan calon memahami fakta dan emnghuraikannya, memberi contoh atau ilustrasi dalam bahasanya sendiri Contoh: Terangkan Jelaskan Huraikan

APLIKASI

Mengujia kebolehan calon menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah Ciri soalan adalah problem solving Masalah diselesaikan dengan cara sendiri menggunakan gabungan teori Pengalaman dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsur persamaan Contoh: Selesaikan, binakan, carikan, kirakan, tunjukkan

ANALISIS
Menguji kebolehan calon membanding dan menghuraikan fakta-fakta kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain Contoh: - Bandingkan, bezakan, buktikan, cerakinkan, beri sebab, buat analisis

SINTESIS

Menguji kebolehan calon merancang, mereka, mencipta, menghasilkan sesuatu yang kreatif dari penggabungan pelbagai unsur. Ini termasuk penghasilan sesuatu rancangan, rumusan, kaedah/ prosedur atau cadangan Contoh; rancangkan, rumuskan, sediakan, gabungkan, bentukkan, cadangkan

PENILAIAN

Menguji kebolehan calon membuktikan, menilai, mengesahkan, mengkritik, merumus atau memberi pendapat terhadap sesuatu pernyataan Calon perlu melihat fakta dari aspek pro dan kontra semasa membuat penilaian Contoh: bincangkan, nilaikan, pertimbangkan, buktikan, beri pendapat, beri justifikasi

Anda mungkin juga menyukai