Anda di halaman 1dari 3

1..

Apakah masalah yang anda hadapi semasa menjalankan tindakan yang


dirancang ini?
(Silalah kenal pasti masalah-masalah yang anda temui sepanjang buat kajian ini.
Khususnya semasa anda terangkan instrumen anda kepada murid.)

2.. Persoalan tajuk kajian : Kajian yang hendak anda laksanakan ini adalah
berfokuskan kepada teknik yang anda rancang atau anda mahu meningkatkan
penguasaan kemahiran?
(soalan ini diajukan apabila tajuk kajian anda mengelirukan)

3.. Sila tunjukkan contoh hasil murid yang lemah dalam kajian anda? Contoh, anda
buat tajuk penulisan karangan, tunjuk 1 contoh murid yang lemah. Maksudnya anda
perlu link kan contoh hasil murid atau ujian untuk dijadikan bukti.

4.. Di manakah anda menerangkan masalah yang anda temui semasa kajian anda?
(leeza rasa jawapanya di tinjauan masalah / tinjauan awal)

5.. Bagaimanakah anda menentukan gred dalam ujian anda?


(soalan ini diajukan apabila penilaian anda tiada penerangan gred ujian. Anda guna
format penilaian UPSR atau anda tentukan sendiri??? Kalau tak ada, pastikan anda
ada buat satu ukuran anda sendiri disertai dengan sokongan tinjauan literatur.)

6.. Sekiranya anda ada buat beberapa item dalam soal selidik / temu bual. Dan
anda tidak gunakan kesemua item untuk jawab soalan kajian anda. Mungkin soalan
seperti ini ditanya, Jelaskan item lain yang tidak anda terangkan dalam dapatan
kajian? Maksudnya, Terangkan fungsi item yang tidak menjawab soalan kajian anda.
Apakah kegunaannya?

7.. Sekiranya kumpulan sasaran anda tidak melibatkan setiap pelajar dalam kelas.
Soalan seperti ini mungkin ditanya,
Mengapa kumpulan sasaran anda hanya 10 orang?

Bagaimanakah dengan murid yang lain? Adakah mereka tidak perlukan intervensi
yang dirancang?
Apakah aktiviti yang anda lakukan kepada murid lain yang tidak terlibat dalam
kajian anda?
Bilakah anda laksanakan intervensi/tindakan anda ini? Semasa pnp / di luar waktu
pnp?
8.. Sekadar maklumat tambahan : Apabila 2 alat kajian menjawab satu soalan
kajian, itu dinamakan SEMAKAN SILANG. Apabila 3 alat kajian menjawab 1 soalan
kajian, itu dinamakan triangulasi.

9.. Mengapakah anda menggunakan alat kajian (soal selidik, temu bual, ujian /
analisis dokumen) dalam kajian anda ini?
(Untuk menyokong & membuktikan instrumen yang direka dapat membantu murid
meningkatkan kemahiran .........)

10.. Bagaimana anda mencipta rumus/akronim tersebut? Misalnya, kalau anda cipta
rumus MATBPAKOP untuk membezakan fungsi kata sendi dari / daripada.
(Di sini anda ceritakanlah bagaimana anda cipta rumus tu.... Sebaiknya dengan
sokong literatur...)

11. Kajian anda menggunakan rumus/akronim PKKNSB untuk meningkatkan


penguasaan murid dalam kemahiran penulisan, anda meminta murid menghafal
ayat (Pak Kasim Kata Nini Seperti Bulan) untuk murid ingat PKKNSB itu. Soalan ini
boleh ditanya, Apakah nama kaedah ini?
(Dalam erti kata lain, anda kena kuasai juga keadah anda itu, tinjauan literatur
berkaitan kaedah ini.)

12. Dalam kajian ini, teori apakah yang anda pegang?

13. Slide cadangan seterusnya, soalan yang selalu buat pembentang keliru. Anda
mahu lanjutkan tempoh pelaksanaan kajian / tempoh penyelidikan tindakan?

(Kebanyakkan jawapan ialah tempoh pelaksanaan kajian / intervensi untuk


mengukuhkan lagi penguasaan murid dalam kemahiran .......)

Anda mungkin juga menyukai