Anda di halaman 1dari 12

a.

Pengenalan

i.

Nama Jurnal Early Childhood Research Quarterly, 15, No. 2

ii.

Tajuk artikel/penulisan Classroom Keyboard Instruction Improves Kindergarten Childrens Spatial-Temporal Performance: A Field Experiment

iii.

Penulis Frances H. Rauscher, Mary Anne Zupan

iv.

Tahun terbitan 2000

v.

Penerbit Elsevier Science Inc.

b. Kandungan

i.

Tujuan/objektif To determine the effects of classroom music instruction featuring the keyboard on the spatial-temporal reasoning of kindergarten children.

ii.

Latar belakang kajian

This research was supported by the School District of Kettle-Moraine and by a research fellowship from the Wisconsin School Music Association made to Mary Anne Zupan. Direct correspondence to: Dr. Frances H. Rauscher, Department of Psychology, University of Wisconsin Oshkosh, 800 Algoma Boulevard, Oshkosh, WI 54901; Phone: (920) 424-7172; E-mail: rauscher@uwosh.edu. Early Childhood Research Quarterly, 15, No. 2, 215228 (2000) 2000 Elsevier Science Inc. ISSN: 0885-2006 All rights of reproduction in any form reserved. 215

iii.

Kaedah kajian Peserta 62 murid tadika (36 lelaki dan 26 perempuan) dari pelbagai kaum daripada 4 kelas tadika dari dua sekolah di Midwestern menyertai kajian tersebut. Murid-murid tersebut berumur di antara 5 hingga 6 tahun pada permulaan kajian. Prosedur Murid-murid tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan: kibod (n 5 34) dan tidak mempelajari muzik (n 5 28). Di sekolah Wales Elementary, 18 orang murid diberi pengajaran kibod dan 9 orang murid tidak diberi pendidikan muzik manakala di Magee Elementary, 16 orang murid diberi pengajaran kibod dan 19 orang murid tidak diberi sebarang pendidikan muzik. Seorang pakar muzik akan mengajar murid-murid dalam kedua-dua kelas kibod selama 20 min dua kali seminggu. 10 kibod Kawai XG130 keyboards (Hamamatu, Japan) disusun dalam satu baris di dalam kelas. Murid murid yang tidak mempelajari muzik akan diajar journaling oleh guru tadika mereka.

Arahan Murid-murid dalam kelas kibod akan dibahagiakan kepada 10

orang dalam satu kumpulan. Kemudian, pakar muzik akan menyuruh murid-murid tersebut untuk menyanyi sambil membuat pergerakan untuk lagu yang mereka telah pelajari minggu lepas. Akitiviti ini diikuti oleh nyanyian lagu yang akan mereka pelajari pada hari tersebut dan minggu seterusnya. Setelah itu, pakar muzik akan mengajar muridmurid penjarian kibod. Murid-murid kemudian akan kembali kepada tempat mereka dan memainkan lagu yang telah mereka pelajari minggu lepas, diikuti oleh pengenalan lagu baru yang akan mereka belajar, diiringi oleh tepukan irama dan nyanyian solfa. Penilaian 1. Puzzle Solving. Terdiri daripada 4 set puzzle yang semakin meningkat tahap kesukarannya. Murid-murid dikehendaki menyusun kepingan kadbod puzzle tersebut untuk membentuk objek. Tugasan ini mengandungi kedua-dua elemen yang diperlukan untuk penaakulan spatial-temporalthe formation of a mental image and temporal ordering (Rauscher & Shaw, 1998). 2. Block Building. Terdiri daripada dua item. Murid-murid dikehendaki untuk menyusun semula also a spatial-temporal task, consisted of two items. The child was required to reproduce from memory a simple stair-step structure previously created by the test administrator from 10 1-inch blocks. Both mental image formation and temporal ordering are also required for this spatial-temporal task. 3. Pictorial Memory (6 items). Memerlukan murid-murid untuk mengingat kembali dan mengenalpasti gambar-gambar yang telah mereka lihat. 4.

Testing was conducted following procedures specified by the McCarthy (1972) and LAP-D (Learning Accomplishment Profile Standardized Assessment, 1992) test manuals. Testing sessions lasted approximately 15 min and were carried out at the schools before lessons and again at two subsequent 4-month intervals, totaling three testing sessions altogether. The keyboard lessons commenced immediately following pretesting. Thus, the final testing session occurred 8 months after the keyboard groups first lesson. Testing was conducted by M. A. Zupan and a colleague blind to the experimental hypotheses and condition assignment. Pemarkahan Puzzle Solving Jumlah bilangan gabungan puzzle akan dibahagi dengan masa(min) yang digunakan untuk menyiapkan setiap puzzle dalam tempoh masa yang diberi. Block Building Jumlah masa(sec) yang digunakan untuk menyiapkan bangunan akan dicatat. Masa maximum yang diberi ialah selama 120 saat. Murid-murid yang tidak dapat menyiapkan bangunan tersebut akan diberi 120 markah. Pictorial Memory Bilangan gambar yang dapat diingati daripada jumlah keseluruhan 6 gambar akan dicatat.

iv.

Dapatan Kajian

Boleh dilihat bahawa murid yang diberi pengajaran muzik dapat mengendalikan faktor ruang dan masa dengan lebih baik.

v.

Cadangan kajian Tujuan utama kajian ini adalah untuk menunjukkan kesan-kesan arahan muzik ke atas pemikiran spatial-temporal kanak-kanak tadika. Keputusan menunjukkan bahawa kanak-kanak yang didedahkan kepada pelajaran kibod menunjukkan peningkatan yang ketara dalam dua daripada tiga ujian yang telah dijalankan dan mereka tidak terpengaruh dengan keadaan persekitaran seperti keadaan kelas yang sibuk. Seperti yang diramalkan, pictorial memory tidak berbeza untuk dua kumpulan berikutan pelajaran. Walaupun unsur muzik tidak memberi sebarang peningkatan terhadap pelajar dalam ujian ini, MANOVA telah mendedahkan bahawa terdapat perkaitan antara pemboleh ubah kumpulan dengan masa dalam ujian ini.

Seterusnya, walaupun terdapat hubungan yang signifikan antara prestasi perlaksanaan tugas dalam Spatial-temporal dengan kebolehan matamatik (Gordon, 1997), kajian masih perlu dilaksanakan untuk menentukan sama ada muzik memberi kesan pada penaakulan matematik seperti mana ia memberi kesan pada spatial-temporal kanakkanak. Satu kajian yang telah dijalankan oleh Shaw et al. (Graziano, Peterson, & Shaw, 1999) mengemukan hypothesis berikut. Pengkaji telah membandingkan kadar kebolehan menaakul antara pelajar dalam gred kedua dengan membahagikan mereka kepada 4 kumpulan: (1) pengajaran kibod ditambah dengan pendedahan kepada permainan komputer yang direka untuk membangunkan pemikiran spatial-temporal (2) pengajaran Bahasa Inggeris ditambah dengan pendedahan latihan spatial-temporal yang sama (3) (4) latihan spatial-temporal sahaja tiada pendedahan

Keputusan menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi pendedahan muzik dalam pembelajaran sehariannya mendapat pencapaian yang lagi tinggi berbanding kanak-kanak yang tidak mendapat pendedahan muzik. Hal ini membuktikn yang muzik mampu membantu meningkatkan kadar pemikiran yang berkaitan dengan kebolehan matematikal seperti pemahaman pecahan dan nisbah. Pengajaran muzik dibuktikan dapat memberi kesan yang sertamerta kepada peningkatan prestasi pelajar. Kami menggesa untuk melaksanakan "ujian pendidikan," seperti yang dicadangkan oleh Weinberger (1998), untuk "membawa teori, dari ahli akademik, dan mengamalakannya di sekolah-sekolah. Persidangan ([MENC], 1994). MENC mencadang untuk memberi tumpuan kepada nyanyian, pendengaran, pergerakan, permainan alatan, kreativiti dan bahasa muzik. Menc juga mencadangkan persembahan muzikal kerana ia mampu menggalakkan kreativiti pelajar.

Akhirnya, walaupun kita berpendapat bahawa kajian ini merupakan langkah yang penting ke arah memahami manfaat pengajaran muzik terhadap aspek spatial-temporal kanak-kanak, kajian lanjut masih diperlukan dilaksanakan untuk mengkaji bagaimana muzik dapat membantu bidang akademik yang lain.

c. Ulasan / pendapat pelajar Muzik adalah diakui sebagai satu seni yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semulajadi atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran dan emosi manusia yang mencerminkan ketinggian dan ketamadunan sesuatu budaya bangsa tertentu Seni muzik merupakan satu seni hasil daripada luahan manusia yang menggambarkan identiti dan kemajuan sesuatu bangsa. Malaysia turut mempunyai seni muzik mereka yang tersendiri dan unik memandangkan negara Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa, etnik, kaum, agama dan kepercayaan. Muzik ini boleh diterima oleh mana-mana individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga berbeza. Antaranya ialah bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya dan apa-apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan. Pendidikan muzik bagi kanak-kanak melibatkan perkembangan kreatif dan daya estetika. Program yang terdapat dalam pendidikan muzik mengandungi program nyanyian, pergerakan, pendengaran, penciptaan, permainan alat dan respon kepada visual dan verbal bunyibunyian. Disamping itu muzik turut dapat menyumbangkan kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh yang meliputi perkembangan intelek, emosi, social dan fizikal. Swanwick K and Talor D.(1982), menyatakan muzik boleh dijadikan satu perantaraan untuk bersosial dan merenggangkan emosi yang tegang. Hasil pembelajaran muzik, contohnya alat muzik kibod banyak membantu perkembangan seseorang individu. Sebelum ini suatu kajian telah dilakukan terhadap 62 murid tadika (36 lelaki dan 26 perempuan) dari pelbagai kaum daripada 4 kelas tadika dari dua sekolah di Midwestern. Murid-murid tersebut berumur lebih kurang 5 hingga 6 tahun pada permulaan kajian. Mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan diberi pengajaran kibod manakala satu kumpulan lagi tidak diberi pendedahan pada muzik. Hasil kajian menunujukkan bahawa murid yang diberi pengajaran kibod menunjukkan peningkatan yang amat ketara terhadap penilaian yang dijalankan berbanding murid yang tidak diberi pengajaran kibod.

Pada pendapat saya, pendedahan kepada alat muzik kibod dalam media pembelajaran sudah tentu akan memberikan impak positif untuk proses pembelajaran. Kanak-kanak pada umumnya sangat kreatif. Sepanjang mereka berada di sekolah mereka bukan sahaja hanya berkebolehan melahirkan fikiran dan perasaan melalui bahasa yang berkesan tetapi berkemampuan melahirkan perasaan-perasaan yang mereka alami seperti bahagia, marah, sedih, takut, kecewa dan lain-lain lagi melalui media seni halus dan kraf serta muzik. Jika diberi satu bimbingan yang betul oleh guru, kanak-kanak akan terangsang untuk menunjukkan daya imaginative dan kreativiti dengan pelbagai cara mengunakan pelbagai alatan dan bahan. Menyedari hakikat ini maka menjadi tanggungjawab guru prasekolah untuk menyediakan ruang dan peluang untuk kanak-kanak prasekolah agar mereka dapat meluahkan emosi mereka dengan cara yang lebih terkawal iaitu melalui pengalaman mendengar, bermain, menyanyi dan bergerak mengikut rentak dan alunan muzik.

Muzik dapat membantu kesan yang positif kepada perkembangan kanak-kanak. Perkembangan kemahiran kognitif seperti peningkatan minda dan boleh memberi sebab. Boleh memperkayakan persekitaran rangsangan seperti penggunaan deria motor kanak-kanak. Kajian menyatakan kanak-kanak yang aktif secara langsung dalam muzik akan dapat membaca dan mathematik dengan baik apabila mula memasuki alam persekolahan dan dapat menumpukan perhatian dan boleh mengawal pergerakan motor seperti bermain dengan baik dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Setrusnya, kanak-kanak dapat menikmati kepuasan diri dengan rakan. Dengan menikmati muzik bersama rakan kanak-kanak akan mempunyai sifat kepunyaan terhadap kumpulannya. Kanak-kanak akan hilang sifat malu apabila bersama dalam kumpulan dan juga muzik membuatkan kanak-kanak berasa seronok.Kanak-kanak dapat meningkatkan pengalaman dan dapat merasa seronok apabila belajar muzik

Pengajaran muzik dengan mengunakan kibod tidak semestinya satu perkara yang harus dipelajari oleh setiap pelajar tetapi muzik boleh diaplikasikan dalam pelbagai subjek untuk menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih menyenangkan dan tidak membosankan Peranan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dengan cara mempengaruhi minat murid terhadap tajuk yang diajar. Contohnya dalam pengajaran Bahasa Melayu, guru boleh mengunakan lagu-lagu rakyat untuk menyampaikan kandungan matapelajaran yang diajar. Melalui pendekatan seperti ini, murid lebih berminat untuk mengetahui apa yang dipelajari dengan lebih mendalam. Pelajar akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut muzik. Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar. Salah satu manfaat yang terbukti bermain kibod, ia meningkatkan kesihatan fizikal orang dewasa dan warga tua. Dr Arthur Harvey, profesor bersara di Universiti Hawaii di Manoa, satu kajian yang disiarkan melalui Persidangan Muzik Amerika Itu untuk dapat tahu kesan-kesan permainan kibod terhadap seseorang individu . Bermain kibod membantu mengaktifkan otak kecil dan meningkatkan tahap hormon pertumbuhan manusia (HGH) yang membantu melambatkan fenomena penuaan osteoporosis, tahap tenaga, berkedut, fungsi seksual, otot, dan sakit. Ia juga memudahkan regangan otak kita untuk berfikir cara-cara baru dan cara terbaik untuk kekal aktif. Aktiviti ini juga membantu untuk pastikan tangan dan jari lentur dan mengurangkan kesan artritis. Semasa seorang dapat main kibod, ianya menguatkan pembelajaran semula jadinya. Tambahan pula, pelajaran kibod boleh mengurangkan tahap tekanan dalam badan kita. Apabila seuah lagu dimainkan di atas kibod dengan cara yang lembut, pemain dapat ditolak ke dalam keadaan tenang. Dengan memberi tumpuan kepada muzik yang lembut, pemain kibod dapat mengurangkan fikiran negatif, dan dapat hidup dengantanang sepanjang hari. Dengan muzik kibod , selalunya pemain dapat menjalankan tugasan harian dengan bertenaga.

Pada bahagian kiri otak, terdapat Kawasan Broca yang juga dikenali sebagai Memori Tugasan Verbal. Bahagian otak ini mengendalikan semua simpanan dan pemprosesan informasi verbal, serta peranan penting pemprosesan bahasa. Semasa usia awal perkembangan kanak-kanak, mendengar adalah lebih baik dari membaca, sering dianggap sebagai bentuk pembelajaran yang efektif. Memandangkan bahasa ucapan biasanya sementara, apa-apa bunyi yang tertinggal di belakang disalurkan dengan cepat dan disimpan dalam otak untuk rujukan dan perkaitan di masa depan. Oleh itu, pemahaman mendengar mengesyorkan bahawa lebih banyak pemprosesan semantik dalam Kawasan Broca. Misalnya, dalam bahasa Mandarin, setiap suku kata dan nada adalah penting dalam membezakan di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain; jika diucapkan mengikut tahap nada yang berbeza, perkataan mi mungkin bermaksud untuk mengecilkan mata, nasi atau kebingungan. Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak dileksia. Seperti yang dinyatakan dari awal, pengalaman muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada. John Gabrielli, bekas Profesor Psikologi Stanford menekankannya dengan berkata: Apa yang ditunjukkan oleh kajian ini, yang penting, terdapat aspek tertentu bahasaYang berubah dalam minda dan otak manusia dengan latihan muzikal. Kajian dijalankan turut mencadangkan bahawa memainkan alat muzik mempunyai faedah kognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan. Di dalam artikel Adakah muzik menjadikan kita lebih pintar? (Does music make us smarter?) oleh BabyClassroom.com mengaitkan muzik dengan perkembangan awal otak. Mereka memetik kajian oleh Dr. Frances Rauscher dan Dr. Gordon Shaw yang menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah yang mengambil pelajaran muzik menampilkan keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama. Selain daripada itu, muzik juga telah dikaitkan dengan peningkatan celik huruf. Malah, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala

irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf. Dengan pendedahan muzik dan latihan muzikal, anak anda berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental. Satu lagi faktor positif muzik adalah ia merangsang keyakinan dan harga diri anak anda. Ya, muzik boleh memberikan faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak. Bagaimanapun, ibu bapa dinasihatkan tidak menggunakan pelajaran muzik yang boleh memberi tekanan kepada anak-anak sehingga melampaui keupayaan mereka kerana ini boleh memberikan akibat negatif. Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran dan ibubapa perlu sentiasa bersama anak dan berinteraksi dengan mereka untuk memperoleh sepenuhnya kreativiti anak mereka, meningkatkan kemahiran motor atau mengatasi halangan kognitis anak mereka.

Anda mungkin juga menyukai