Anda di halaman 1dari 6

BAB 14 Ah Chin masuk ke hutan untuk mengesan seorang pekerja yang hilang dua hari yang lepas.

Roslan dan Malique mengikut Ah Chin dengan menggunakan kenderaan lain. Hujan turun dengan lebat. Kenderaan mereka tersangkut dalam lumpur licin. Roslan keluar untuk meninjau dan mendapatkan bantuan daripada beberapa orang yang berada dalam kenderaan di hadapan mereka. Tiba-tiba aliran lumpur menghanyutkan kenderaan mereka ke dalam gaung. BAB 15 Amira dan Jacinta pergi ke perkampungan Orang Asli setelah dua hari Itai tidak datang ke Desa Karpus. Di rumah Itai, Amira menyerahkan ketulan emas kepada Ludin. Daripada perbualan Ludin dengan Tau, Amira mendapat tahu bahawa Itai bersalah kerana membawa orang luar sepertinya ke kawasan emas. Ahli masyarakat Orang Asli mula sangsi terhadap Itai yang telah mempercayai orang luar. Tau amemberi jaminan dengan darahnya dalam mempertahankan Itai. Itai memberitahu Amira bahawa dia dan Amira perlu menerima apa sahaja keputusan hokum adapt yang akan ditetapkan. BAB 16 Usaha cari diteruskan dengan tekun. Mereka menemui beberapa artifak baru. Amira dan Jacinta telah menemui sebuah tembikar yang hampir sempurna. Penemuan itu merupakan penemuan penting dan menggembirakan Prof. Zaidah dan Dr. Zawawi. Itai datang bersama Tau ke Desa Karpus untuk menemui Prof. Zaidah. Itulah kali pertama Tau menjejakkan kaki ke desa itu. Tujuan Tau adalah untuk membantu Prof. Zaidah mencari bukti arkeologi. Tau akan membawa mereka ke suatu tempat. Dr.Zawawi, Rosdi, Amira dan Jacinta dibenarkan mengikut Tau. Tau juga memberitahu bahawa dia selalu ke Desa Karpus pada waktu malam. Itai juga menyerahkan ketulan emas kepada Jacinta. Tau yang memujuk Ludin mendapatkan ketulan emas tersebut. Mereka kemudian didatangi oleh Pak Lias dan Roslan memberitahu Amira bahawa Malique hilang selepas kenderaannya tajuh ke dalam gaung. Mereka mengambil keputusan untuk mengikut Tau terlebih dahulu.

BAB 17 Malique mendapati dirinya berada dalam sebuah tempat gelap. Dia cuba berdiri tetapi gagal. Dia tidak dapat bergerak kerana tangan dan kakinya cedera dan berbalut tebal dengan buluh kecil. Keadaan di tempat itu berbau najis haiwan. Dia akan menerima makanan berupa daging panggang dan madu. Dia teringatkan ibunya di Melaka dan memikirkan perbezaan warna rambut, warna kulit dan warna mata antara dia dan ibunya. Dia juga sering menangis. BAB 18 Setelah berjalan hamper satu jam, mereka sampai di gunung batu kapur yang dikenali sebagai Gunung Gua Gajah. Itai berjanji kepada Amira bahawa dia akan membantu mencari Malique. Mereka mendaki gunung dan masuk ke dalam gua batu kapur. Mereka penemui lukisan purba pada dinding gua yang dibuat menggunakan arang. Amira telah menemui mobile disk yang menimbulkan tanda tanya kepadanya. Rosdi kemudian menemui kapak batu di satu sudut gua. BAB 19 Penemuan kapak batu menggemparkan penghuni Desa Karpus. Menurut Prof. Zaidah, ia digunakan oleh manusia Melayu-Proto. Ketika Prof. Zaidah meneliti lakaran rakaman lukisan dinding gua, Amira mengajak Jacinta dan Itai ke dalam khemah. Amira menunjukkan mobile disk yang dijumpai. Dia pernah lihat mobile disk itu tergantung pada leher Malique. Amira menyambungkan mobile disk itu ke komputernya. Akhirnya mereka menemui kata laluan untuk membuka fail dalam mobile disk tersebut. Mereka bersetuju untuk mencari Malique di gunung tersebut. BAB 20 OHara gelisah dengan kehilangan Malique. Dia memaklumkan kehilangan tersebut kepada ibu Malique, Jennifer. Jennifer berkeras untuk datang ke kem tersebut walaupun dihalang oleh OHara. Pada malam itu Amira menunggu Tau untuk mendapatkan bantuan mencari Malique. Tau terlena dan tertidur. Dia bermimpi tentang Ipah yang melarikan diri bersama Sabi. Apabila dia terjaga, dia mengambil kulit beruang

dan berlari ke tempat Malique disembunyikan. Dia memakai kulit beruang yang berbulu lebat ketika menemui Malique. Dia memanggil Malique dengan panggilan Sabi. Dia memberitahu Malique bahawa Malique adalah anaknya. Malique kebingungan dan menjerit. BAB 21 Amira, Itai dan Jacinta bergerak ke Gunung Gua Gajah untuk mencari Malique. Mereka bertemu dengan Pak Lias dan Roslan yang ingin turut sama mencari. Roslan pulang ke kem untuk mengambil kelengkapan. Ketika mereka tiba di kaki gunung, Roslan datang bersama OHara dan Jennifer. Mereka sailing berkenalan. Amira, Itai, Pak Lias dan Roslan mendaki dan masuk ke dalam gua. Jacinta bersama dengan Jennifer dan OHara. Perbualan Jennifer dan OHara tentang Malique menjadi tanda tanya kepada Jacinta. Jacinta cuba mendapatkan penjelasan tetapi Jennifer penafikan bahawa dia pernah ke kawasan itu. Tau mengetahui kedatangan Jennifer dan terus ke puncak gunung mendapatkan Malique. BAB 22 Peristiwa imbas kembali. Pesawat yang dipandu oleh Ridley bersama isterinya Brenda dan anaknya Samantha berhadapan dengan rebut kencang. Mereka dalam perjalan pulang ke Australia setelah tiga bulan membuat kajian di Pulau Langkawi. Pesawat tidak dapat dikawal menyebabkan mereka membuat pendaratan cemas di dalam hutan. Ridley dan Brenda meninggal dunia masakala Samantha tercampak ke dalam semak. Samantha diselamatkan oleh Jidin, ayah kepada Ludin dan Tau. Anak itu dinamakan Ipah. Namun masyarakat setempat menolak kehadiran Ipah. BAB 23 Atai, Amira, Pak Lias dan Roslan terus mencari Malique. Itai menceritakan kepada Amira bahawa dia kerap bermimpi tentang abangnya. Amira menemui kesan tapak kaki tidak berkasut semakin jauh ke dalam gua. Mereka mengikut jejak itu. Mereka menemui lubang yang menuju ke permukaan gunung. Itai yang naik terlebih dahulu mendengar suara manusia mengerang kesakitan. Pak Lias, Amira dan Roslan naik dengan segera.

BAB 24 Prof. Zaidah menyedari Amira dan Jacinta tiada di khemah. Prof.Zaidah, Dr. Zawawi dan Rosdi membuat keputusan untuk pergi ke Gunung Gua Gajah. Di puncak gunung Itai dapat mengesan kehadiran manusia berdasarkan kesan ranting yang patah. Mereka menemui kawasan lapang dan sebuah pondok. Itai dan Amira masuk ke dalam pondok dan menemui satu pintu lagi di bahagian belakang pondok. Setelah memasuki lubang itu, mereka menemui Malique yang terbaring lemah. Mereka cuba mengeluarkan Malique. Sementara itu Prof. Zaidah bertembung dengan Ludin yang sedang menuju ke Gunung Gua Gajah. BAB 25 Makhluk berbulu muncul dan terkejut melihat Itai dan Amira berada di situ. Mereka meminta agar Itai dan Amira menyerahkan Malique. Amira berasa hairan dengan makhluk itu yang menyembunyikan Malique di puncak gunung. Prof. Zaidah, Dr. Zawawi, Rosdi dan Ludin sampai ke kaki gunung. Jennifer menegur Ludin dan mereka saling mengenali. Jennifer memberitahu Ludin bahawa Malique adalah anak kandungnya. Malique adalah Sabi. Ludin segera naik ke puncak gunung. Makhluk berbulu ingin menyerang Pak Lias. Dia meminta agar itai tidak masuk campur. Serangan itu ditangkis oleh Pak Lias. Ludin sampai dan memarahi Tau. Masing-masing kehairanan kerana Tau tidak ada di situ. Ludin memberitahu Tau bahawa anak-anak Tau sudah kembali. Tau meratap dan membuka kulit beruang. Ludin meminta Tau ke kaki gunung untuk menemui seseorang. BAB 26 Malique dibawa turun dengan berhati-hati. Tau terduduk tidak berkata apa-apa. Ludin mencadangkan mereka menyelesaikan kekusutan itu di perkampungan Orang Asli. Namun OHara membantah malah Jennifer telah bersumpah tidak akan menjejakkan kaki ke kampung itu. Itai mencadangkan agar Amira membuat keputusan. Amira mencadangkan agar mereka menyelesaikannya di Desa Karpus.

Di Desa Karpus, Jennifer telah mengakui bahawa Tau adalah suaminya. Manakala Malique adalah anak mereka, Sabi. Malique terkejut. Jennifer ingin mengetahui tentang seorang lagi anaknya yang ditinggalkan. Ludin menunjukkan ke arah Itai menyebabkan Itai terkejut. Ludin menjelaskan bahawa Itai adalah anak Tau dan anak saudaranya. OHara dan Jennifer ingin membawa Malique pulang bersamanya untuk mendapatkan rawatan. Atas permintaan Tau, Jeniffer menjelaskan sebab sebenar dia meninggalkan Tau dahulu. Dia telah dipaksa oleh Johnny. Namun dia juga sengsara semasa bersama Johnny. Tau berpuas hati dengan penjelasan tersebut. Jennifer berkeras untuk membawa Maliqur bersamanya. Namun Malique mahu ibunya meninggalkannya di hutan itu bersama ayah dan adiknya. Setelah OHara dan Jennifer meninggalkan mereka, tau meminta maaf daripada Pak Lias dan Amira atas perbuatannya di puncak gunung. Dalam pada itu juga dia berbangga dengan Itai yang sanggup melakukan pada sahaja demi persahabatan. BAB 27 Amira telah selesai menduduki ujian akhir tahun satu di universiti di Kuala Lumpur. Dia tidak dapat melupakan pengalaman di hutan pada percutian yang lalu. Selepas mengemaskan barangnya ke dalam stor, dia menyemak email. Email pertama daripada Itai. Itai menjelaskan bahawa dia sedang menuntut dalam jurusan perubatan di Kubang Kerian. Itai berharap ibunya akan kembali pada suatu hari nanti. Dia juga mahu menyerahkan jawatan ketua di perkampungannya kepada Malique. Email kedua daripada Malique. Dia terlibat dengan projek IT di perkampungannya. Dia juga telah mengagalkan projek perlombongan dengan mencipta virus dalam kajiannya. Hubungannya dengan OHara telah putus. Dia juga telah memujuk ibunya untuk kembali ke perkampungan tersebut. Namun ibunya masih enggan. Email ketiga pula daripada Jacinta. Dia mengkhabarkan bahawa dia telah berasa di Paris kerana terlibat dengan perniagaan fenyen keluarganya.asih memakai rantai daripada ketulan emas yang diberikan kepadanya dahulu bagi mengenangkan jasa Itai dan Amira kepadanya. Email keempat daripada ibunya yang masih berada di Bukit Mat Raya dalam fasa

keempat. Ibunya mengajak Amira untuk berjumpa di rumah nenek mereka yang akan disertai oleh ayah Amira. Email terakhir pula daripada Dr. Zawawi. Dia menjelaskan bahawa dia telah bekerja dengan sebuah syarikat swasta sebagai pengesah khazanah Me;ayu yang tenggelam. Ketika itu dia berada di Kuala Gula untuk berehat. Tempatnya di Bukit Mat Raya telah diganti oleh Rosdi.

Anda mungkin juga menyukai