Anda di halaman 1dari 24

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan Di Malaysia Adalah Satu Usaha Berterusan Ke Arah Lebih Memperkembangkan Lagi Potensi Secara Menyeluruh Dan Bersepadu Untuk Melahirkan Insan Yang Seimbang Dan Harmoni Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi Dan Jasmani Berdasarkan Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan. Usaha Ini Adalah Bertujuan Untuk Melahirkan Warganegara Malaysia Yang Berilmu Pengetahuan, Berketerampilan, Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab Dan Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri Serta Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan Kemakmuran Keluarga, Masyarakat Dan Negara.

VISI
SEKOLAH KEBANGSAAN KAWANG SIPITANG MENJADI SEKOLAH YANG CEMERLANG DAN GEMILANG

MISI
Pengurusan yang cekap dan berkualiti dalam pengajaran dan pembelajaran, kurikulum serta ko-kurikulum dan bidang-bidang yang lain.

Membimbing dan memotivasikan murid-murid ke arah kecemerlangan akademik, disiplin, kurikulum dan kokurikulum.

Memastikan semua murid sentiasa mengikuti pelajaran sepenuh masa di sekolah.

Menyediakan tempat pembelajaran yang kondusif dan selamat.

MATLAMAT

Melahirkan murid-murid yang cemerlang dan gemilang dari segi akademik, disiplin / sahsiah, ko-kurikulum, keceriaan dan keselamatan.

PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Sekolah Kebangsaan Kawang Sipitang Berjanji untuk

1) Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti semasa. dan berkesan bagi memenuhi kehendak

2) Bersedia menerima teguran, pandangan dan cadangan dari semua pihak bagi memenuhi kehendak pelanggan ke arah kecemerlangan dan kegemilangan.

3) Mewujudkan warga sekolah yang bertanggungjawab, komited, berdisiplin dan berakhlak mulia selaras dengan kehendak Falsafah Pendidkan Negara.

RUKUN NEGARA
Bahawasanya Negara kita Malaysia
Mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dikalangan seluruh masyarakat. Memelihara satu cara hidup demokratik. Mencapai satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan bercorak. Membina satu masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden.

Maka kami, Rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut

Kepercayaan kepada tuhan Kesetiaan kepada raja dan Negara Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan

JAWATAN KUASA DISIPLIN DAN AHLI LEMBAGA PENASIHAT


PENGERUSI GURU BESAR TIM. PENGERUSI PEN. KANAN HEM NAIB PENGERUSI PK PENTADBIRAN SETIAUSAHA GURU DISIPLIN

AHLI PENOLONG-PENOLONG KANAN GURU DISIPLIN GURU KAUNSELING GURU KELAS

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
01. KEHADIRAN

1.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran

Hari/Kelas

Tasmik

Masa Belajar

Catatan

Isnin Tahun 1,2,4,,5,6 Tahun 3

6.40-7.10

7.10-12.30 tgh 7.10-12.30 tgh

Selasa Tahun 1 Tahun 2,3 Tahun 4 Tahun 5,6

6.40-7.10 6.40-7.10 -

7.10-12.30 tgh 7.10-12.30 tgh 7.10-1.00 tgh 7.10-1.00 tgh

Rabu Tahun 1,2,3 Tahun 4,6 Tahun 5

6.40-7.10

7.10-12.00 tgh 7.10-12.30 tgh 7.10-12.30 tgh

Kokurikulum 12.30-1.30 ptg Tahun 3-6

Khamis Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4,5,6

6.40-7.10 -

8.10-1.00 tgh 8.10-1.00 tgh 8.10-1.00 tgh 8.10-2.00 ptg

7.10 - 8.10 Tahun 1-6 1 Murid 1 Sukan

Jumaat Tahun 1- 5 Tahun 6

6.40-7.10

7.10-11.30 pagi 7.10-11.30 pagi

1.2 Kehadiran adalah wajib.

1.3 Setiap murid adalah dikehendaki datang lebih awal daripada jadual p&p.

1.4 Rekod kehadiran akan diambil pada waktu pertama.

1.5 Murid yang tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tertentu hendaklah mengemukakan bukti seperti surat dari doktor/ ibubapa/ penjaga/ waris kepada Guru Besar atau Guru Kelas pada hari berkenaan atau pada hari berikutnya.

1.6 Loceng pertama dibunyikan, murid-murid hendaklah berbaris di luar bilik darjah bersama-sama guru dan pengawas bertugas. Loceng kedua dibunyikan semua murid akan membaca al-Quran dan doa. Loceng ketiga dibunyikan, semua

murid masuk ke bilik darjah untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran.

1.7 Loceng rehat akan dibunyikan, murid berbaris di luar kelas dan berbaris menuju ke kantin dan ke pondok RMT. Loceng seterusnya dibunyikan, semua murid berbaris di luar kelas dan masuk ke kelas untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran.(guru dan pengawas bertugas hendaklah memerhatikan semasa murid berbaris sehingga masuk).

1.8 Murid yang datang lewat tidak dibenarkan masuk kawasan sekolah sehingga namanya direkodkan dalam Buku Rekod Kedatangan Lewat (BRKL) dan murid ini akan didenda mengikut peraturan sekolah yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

1.9 Murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah semasa P&P sedang berjalan tanpa kebenaran guru.

1.10 Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru Bertugas.

02.

PERHIMPUNAN

2.1 Perhimpunan rasmi sekali dalam seminggu iaitu pada hari Isnin, kecuali ada arahan terbaru dari Guru Besar.

2.2 Masa perhimpunan adalah waktu pertama pada hari Isnin jam 7.00 pagi.

2.3 Pengisian perhimpunan: Bacaan doa Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku Pesanan Guru Bertugas Ucapan Guru Besar atau Penolong Kanan Bacaan surah al-Asr

2.4 Semua murid adalah diwajibkan menghadiri perhimpunan berkenaan dengan penuh berdisiplin, senyap, mendengar dengan teliti dan mencatat isi penting ucapan atau pengumuman dari guru.

03.

WAKTU PULANG

3.1 Apabila loceng dibunyikan , semua murid hendaklah berbaris di luar bilik darjah masing- masing dalam keadaan yang baik dan senyap. Murid hanya boleh bergerak keluar apabila diarahkan.

3.2 Penunggang basikal hendaklah berbaris dan hanya boleh bergerak apabila semua murid telah keluar.

04.

TATAKELAKUAN

4.1 Semua murid adalah tertakluk kepada peraturan sekolah semasa berada di sekolah.

4.2 Murid tidak dibenarkan membuat bising dan mesti menjaga ketenteraman sekolah.

4.3 Elakkan berada atau berkeliaran di luar bilik darjah sewaktu proses P&P sedang berjalan, kecuali dengan kebenaran dan memakai kad kebenaran keluar kelas.

4.4 Pada waktu rehat murid tidak dibenarkan berada dalam bilik darjah atau bilik khas serta makan dan minum di tempat-tempat tersebut.

4.5 Hendaklah setiap masa menghormati orang yang lebih tua, guru-guru, kakitangan sekolah, pengawas dan ketua kelas.

4.6 Sentiasa menjaga dan memelihara harta benda sekolah.

4.7 Menjaga nama baik Sekolah Kebangsaan Kawang.

4.8 Semua perbuatan yang dianggap salahlaku oleh pentadbiran sekolah, Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Besar akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

05.

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH DAN KEKEMASAN DIRI

5.1 Pakaian seragam sekolah hendaklah dipakai setiap masa waktu sekolah, upacara rasmi sekolah, mewakili sekolah dan program sekolah.

5.2 Pakaian seragam sekolah mestilah sentiasa lengkap, bersih, kemas dan tertib setiap masa.

5.3 Pakaian pengawas sekolah lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Bertindak Disiplin Sekolah.

5.4 Semua murid hendaklah memakai pakaian Pendidikan Jasmani yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah semasa Pendidikan Jasmani dijalankan.

06.

RAMBUT LELAKI DAN PEREMPUAN

6.1 Rambut murid lelaki mestilah pendek dan kemas tidak melebihi telinga dan tengkuk.

6.2 Murid perempuan yang beragam Islam hendaklah memakai tudung putih atau mengikat rambut mereka dengan kemas menggunakan warna hitam dan tidak dibenarkan menggunakan warna-warni.

07.

UJIAN DAN PEPERIKSAAN

7.1 Kehadiran dalam semua ujian dan peperiksaan adalah WAJIB.

7.2 Murid yang mempersendakan ujian dan peperiksaan dalam apa jua bentuk dianggap melakukan kesalahan berat dan akan dikenakan denda atau hukuman setimpal.

7.3 Murid-murid hendaklah mengelakkan diri dari melakukan penyelewengan atau tidak jujur dalam ujian atau peperiksaan.

7.4 Memalsukan tandatangan atau mengubah markah dalam kad atau buku rekod kemajuan murid adalah menjadi kesalahan berat. 7.5 Kad/ buku rekod kemajuan murid hendaklah ditandatangani oleh ibubapa/penjaga atau waris. 7.6 Untuk peperiksaan UPSR, setiap calon hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan/ Majlis Peperiksaan Malaysia.

08.

KOKURIKULUM, KEGIATAN LUAR DAN LAWATAN

8.1 Semua murid digalakkan mengambil bahagian dalam sukan dan olahraga, persatuan dan unit-unit pakaian seragam (beruniform).

8.2 Semua murid yang menjadi ahli mana-mana unit beruniform wajib memiliki pakaian seragam masing-masing. Pembelian boleh diuruskan oleh pihak sekolah.

8.3 Semua murid hendaklah mengikuti dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam gerak kerja ko-kurikulum.

8.4 Setiap lawatan atau aktiviti luar yang dianjurkan oleh guru dianggap rombongan atau aktiviti sekolah. Murid hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran dari ibubapa/penjaga atau Guru Besar. Memalsukan tandatangan adalah kesalahan berat.

09.

YURAN

9.1 Setiap murid hendaklah menjelaskan yuran yang ditetapkan oleh pihak sekolah semasa pendaftaran atau dalam tempoh yang ditetapkan.

9.2 Sebarang baki yang belum dijelaskan oleh murid mestilah dijelaskan sebelum cuti akhir tahun. Sekiranya tidak diselesaikan dalam tahun semasa ia akan di dibawa ke tahun berikutnya. Baki bayaran ini akan dituntut apabila murid berkenaan memohon sijil berhenti sekolah, pindah atau melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.

10.
10.1

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS


Buku-buku yang dipinjamkan kepada semua murid di bawah Skim Pinjaman Buku Teks adalah kepunyaan Kementerian Pelajaran Malaysia dan hendaklah dijaga dengan baik dan sempurna.

10.2

Semua murid diwajibkan membalut buku berkenaan, menjaga kebersihan dan keselamatannya.

10.3

Jika didapati murid menconteng atau mengotorkan atau merosakkan buku berkenaan, buku tersebut akan diambil balik dan segala kerosakannya mestilah diganti dengan buku yang sama atau membayar mengikut kos semasa.

10.4

Buku teks hendaklah dipulangkan apabila diarah berbuat demikian pada tarikh-tarikh yang ditetapkan.

11.
11.1

BILIK-BILIK KHAS DAN KAWASAN LARANGAN


Setiap murid dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi segala peraturan khas bagi bilik-bilik dan kawasan-kawasan larangan seperti berikut kecuali dengan kebenaran atau mengikut jadual yang ditetapkan.

I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. IX. X. XI. XII. XIII. XIV. XV.

Pejabat Guru Besar Bilik Penolong Kanan Pejabat Am Bilik Guru Bilik Sains Bilik Pemulihan Setor Sukan Pusat Sumber Kantin Sekolah (kecuali waktu rehat/mendapat kebenaran) Bilik SPBT Surau Rumah Guru Kawasan kolam ikan Kawasan belakang sekolah Lain-lain kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan

12.
12.1

KANTIN
Murid tidak dibenarkan berada di kawasan kantin, makan, minum atau membeli kecuali pada waktu rehat, masa balik dari sekolah atau pada masa yang dibenarkan.

12.2

Segala peraturan penggunaan kantin mestilah dipatuhi.

12.3

Semasa membeli di kantin murid hendaklah beratur, bertertib dan tidak bising.

12.4

Tidak dibenarkan makan atau minum di merata-rata tempat dan sentiasa menjaga kebersihan dan ketenteraman kawasan kantin.

12.5

Semua murid dilarang masuk ke bahagian dalam kantin.

13.
13.1

TANDAS
Semua murid hendaklah menjaga kebersihan tandas sepanjang masa. Menggunakan dengan baik dan sempurna serta jangan menyalahgunakan tandas.

13.2

Dilarang membuat bising atau menyanyi di dalam tandas.

13.3

Pastikan pili air/paip ditutup dan pam tandas selepas menggunakan.

13.4

Murid dilarang memasuki tandas atau menggunakan tandas guru.

13.5

Murid lelaki dilarang menggunakan atau memasuki tandas perempuan dan sebaliknya.

14.
14.1

HARTA BENDA SEKOLAH


Semua murid hendaklah menjaga keselamatan harta benda sekolah pada setiap masa.

14.2

Harta benda sekolah tidak boleh digunakan tanpa kebenaran dari pihak sekolah.

14.3

Harta benda sekolah tidak dibenarkan di bawa keluar dari kawasan sekolah.

14.4

Kerusi, meja atau peralatan lain yang dikeluarkan dari mana-mana bilik darjah hendaklah dikembalikan dengan sempurna setelah digunakan.

14.5

Pastikan kipas dan lampu di dalam bilik darjahatau bilik-bilik khas yang digunakan dimatikan jika tidak diperlukan.

14.6

Murid dilarang menconteng, mengotorkan atau merosakkan mana mana bahagian di dalam kawasan sekolah.

14.7

Segala kerosakan yang berlaku sama ada disengajakan atau tidak mestilah dilaporkan kepada Guru Besar.

14.8

Murid-murid yang melakukan kerosakkan ini akan dikenakan denda atau dikehendaki membayar ganti rugi.

15.
15.1

KEBERSIHAN KAWASAN DAN BILIK DARJAH/BILIK KHAS

Semua murid mestilah menjaga kebersihan bilik darjah, bangunan sekolah, kawasan sekolah, kawasan padang dan tandas sekolah.

15.2

Semua murid diwajibkan memungut atau mengutip sampah yang dilihat dalam kawasan sekolah. Setiap murid adalah bertanggungjawab untuk memastikan tiada sampah di pintu masuk sebelum melangkah masuk ke kawasan sekolah.

15.3

Dilarang meludah di merata-rata tempat.

15.4

Keceriaan bilik darjah mestilah dijaga dengan baik. Letak/susun meja dan kerusi dengan baik selepas tamat pembelajaran waktu akhir setiap hari.

15.5

Cermin tingkap dan lantai sentiasa disapu dan dilap bersih.

15.6

Gambar atau carta hendaklah sesuai untuk dipamerkan di dalam bilik darjah.

16.
16.1

KENDERAAN DAN KESELAMATAN JALANRAYA


Murid-murid yang membawa masuk basikal ke sekolah hendaklah mendaftarkan basikal masing-masing kepada pengawal keselamatan sekolah.

16.2

Basikal hendaklah diletakkan ditempat yang disediakan dan sentiasa dikunci. Sebarang kehilangan tidak menjadi tanggungjawab sekolah.

16.3

Murid dilarang menunggang basikal di kawasan sekolah atau di padang permainan.

17.
17.1

PELAWAT
Murid-murid tidak dibenarkan membawa pelawat atau orang luar masuk ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.

17.2

Pelawat atau orang luar tidak dibenarkan berjumpa murid sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah.

17.3

Jika pelawat/ibubapa/penjaga yang dikenalpastihendak membawa murid keluar kerana sebab-sebab tertentuyang tidak dapat dielakkan mestilah mendapat kebenaran daripada Guru Besar dan mengisi borang keluar.

17.4

Murid mestilah menghormati mana-mana pelawat yang dating ke sekolah.

17.5

Murid-murid hendaklah melaporkan dengan segera kepada Guru Besar, guru atau pengawal keselamatan sekolah jika mendapati atau melihat orang luar yang mencurigakan masuk ke kawasan sekolah.

18.

KESALAHAN-KESALAHAN BERAT

Surat pekeliling Bil. 8/1968 dan Surat pekeliling Iktisas Bil 9/1975. Berikut adalah kesalahan-kesalahan berat. Murid-murid yang terbukti melakukan atau terlibat mana-mana kesalahan akan diambil tindakan dengan digantung persekolahan SERTA MERTA dan tidak melebihi 10 hari.

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii. xviii. xix.

Kurang sopan, biadap, melawan guru/ kakitangan sekolah. Mencuri. Berjudi. Ragging. Memeras ugut, melawan, memukul dan bergaduh. Tidak menghormati Lagu Kebangsaan Meniru atau menipu tandatangan. Menipu dan bercakap bohong. Vandalisma (merosakan harta benda sekolah/ kerajaan/ guru) Membawa, menconteng atau menyebarkan gambar-gambar lucah. Bersubahat melakukan kesalahan berat. Mengendap, memeluk pelajar berlainan jantina. Merokok Minum minuman keras atau yang memabukkan dan mengkhayalkan. Membuang najis dimerata tempat Salahguna najis dadah. Terlibat kumpulan samseng. Membawa senjata merbahaya. Mengulangi kesalahan walaupun sudah diberi amaran.

19.

KESALAHAN-KESALAHAN LAIN YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN ATAU DENDA MENGIKUT BUDIBICARA GURU BESAR
i. ii. iii. iv. v. vi. Tidak memakai pakaian seragam sekolah. Tidak memakai tanda nama dan tali leher. Datang lewat. Ponteng sekolah. Berambut panjang Kuku panjang Membuang sampah merata-rata Bermain basikal di kawasan sekolah. Berada di dalam kelas semasa rehat. Bising (menjerit-jerit ) dalam bilik darjah. Menconteng dinding, meja, kerusi, tandas dan lain-lain. Merosakkan harta benda sekolah. Bermain di kantin sekolah. Merosakkan bunga dan tanaman sekolah Bermain, makan dan minum dalam bilik darjah. Tidak membuat kerja rumah. Mengganggu/ memeras ugut. Mencuri harta benda sekolah atau hak orang lain. Memukul, menumbuk kawan dan bergaduh. Bercakap bohong, menipu dan menghina. Bermain air paip. Bercakap dan bising dalam perhimpunan. Mengoyak buku. Membawa benda tajam. Membawa mainan. Memakai barang kemas. Tidak memakai pakaian sesuai semasa Pendidikan Jasmani Bermain di kawasan-kawasan larangan seperti di kolam ikan.

vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii. xviii. xix. xx. xxi. xxii. xxiii. xxiv. xxv. xxvi. xxvii. xxviii.

20.

PROSEDUR HUKUMAN SALAHLAKU

20.1

Bagi kesalahan pertam, murid akan ditegur, dinasihati dan diberi amaran secara lisan

20.2

Langkah seterusnya dirujuk kepada Guru Bimbingan untuk mendapat khidmat nasihat yang sesuai.

20.3

Bagi kesalahan kedua ibubapa/ penjaga murid akan diberi surat amaran berkaitan dengan salahlaku yang dibuat oleh anak di bawah jagaanya.

20.4

Bagi kesalahan ketiga, ibubapa/ penjaga murid akan dipanggil ke sekolah untuk berbincang dengan Guru Besar, penolong Kanan HEM, Guru Disiplin atau Guru Kelas berhubung dengan salahlaku yang dibuat oleh anaknya.

20.5

Rayuan ibubapa/ penjaga akan diberi tempoh selama sebulan.

21.
21.1

JENIS HUKUMAN
Kesalahan berat akan dikenakan tindakan penggantungan atau pun dibuang sekolah.

21.2

Rotan oleh Guru Besar/ Penolong Kanan HEM.

21.3

Kesalahan ringan didenda dengan memberi kerja yang boleh mengubah sikap murid.

22.

PINDAAN
Guru Besar berhak meminda atau menambah atau menggugurkan sebarang butir dalam buku peraturan ini pada bila-bila masa jika difikirkan perlu dan sesuai.

23.
23.1

LAIN-LAIN
Rekod kesalahan murid

Semua kesalahan yang dilakukan oleh murid akan direkodkan dalam buku rekod disiplin pelajar atau rekod kemajuan murid.

24.

PENILAIAN MURID

Dalam penilaian kelakuan, semua kesalahan dan kebaikan murid adalah diambil kira untuk menentukan kelakuan dan sahsiah mereka keseluruhan. Perkara ini akan direkodkan dalam sijil lepas sekolah dan lain-lain dokumen yang bersangkutan. Ia juga dikira dalam menentukan pemberian bantuan atau pemilihan wakil/duta sekolah.

Anda mungkin juga menyukai