Anda di halaman 1dari 1

TUGASAN 1: Refleksi pengalaman berinteraksi dengan etnik lain

Sebagai seorang guru, pengalaman yang paling dekat untuk berinteraksi


dengan etnik yang lain sudah pastinya di sekolah iaitu tempat saya
berkhidmat.Memandangkan Bumiputera Sabah sendiri terdiri daripada
etnik yang pelbagai, contohnya etnik Kedayan, Lundayeh, Kadazan
Dusun dan ditambah lagi dengan rakan sekerja yang berasal dari
Semenanjung, sedikit sebanyak corak dan budaya kerja menjadi
pelbagai. Contoh yang paling mudah ialah dari aspek bahasa.
Komunikasi dengan pelbagai bahasa contohnya loghat Penang, loghat
Kelantan dan sebagainya, tidak membataskan kami untuk sama-sama
menjalankan tugas. Salah satu perkataan yang saya pelajari ialah orang
utara di Semenanjung Malaysia memanggil biskut sebagai ‘’roti’’ dan roti
masih dipanggil roti. Selain itu, saya juga dapat belajar dan berkongsi
resepi kepelbagaian makanan dari etnik-etnik lain. Contohnya, cucur
udang dan laksa Penang. HEEE 

Anda mungkin juga menyukai