Anda di halaman 1dari 2

2.

0 FAKTOR-FAKTOR TRANSFORMASI DARI KBSR KE KSSR Faktor kepelbagaian murid merupakan pencetus kepada pengubahsuaian kurikulum dilaksanakan secara berpusat yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara faktor faktor yang menyumbang ke arah transformasi pendidikan ini adalah :

2.1 Komunikasi Komunikasi merupakan suatu medium pengantara yang digunakan dalam perbualan seharian di sekolah sama ada di dalam kelas mahupun luar kelas. Perbezaan kumpulan umur dan tahap kefahaman murid-murid menyebabkan timbulnya pelbagai variasi bahasa pertuturan di sekolah. Hal ini memerlukan para guru untuk lebih memahami kepelbagaian cara berinteraksi dan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan murid-murid mengikut tahap umur mereka supaya aktiviti pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan bersifat kondunsif. Selain itu, murid-murid juga dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dengan seronok dan tidak bosan kerana mereka berlaku satu proses komunikasi yang berkesan antara guru dan murid. Komunikasi terbuka dapat mendorong perkembangan dan kemajuan organisasi pembelajaran. Komunikasi terbuka membolehkan maklumat diperoleh dengan mudah tanpa banyak halangan birokrasi. Maklumat yang diperoleh dari luar organisasi dapat digunakan untuk membantu perkembangan kreativiti dan inovasi serta meningkatkan produktiviti dan kreativiti di kalangan pelajar. Maklumat yang diperoleh bukan sahaja mengalir daripada atas ke bawah tetapi juga dari bawah ke atas. Ia juga dapat menggalakkan pencarian fakta dan maklumat terkini berhubung perkembangan organisasi. Maklumat yang pantas dan terkini boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat bagi menangani berbagai perkembangan organisasi pembelajaran.

2.2 Kerohanian, Sikap Dan Nilai Faktor ini melibatkan perasaan dalaman atau naluri seseorang pelajar itu sendiri seperti penghayatan dalam melaksanakan amalan-amalan agama, kepercayaan kepada Tuhan dan dapat memupuk akhlak yang baik serta nilai-nilai murni di dalam diri setiap individu. Penghayatan ini akan haruslah diaplikasikan menerusi Modul Asas Teras melalui mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid yang beragama Islam dan Pendidikan Moral bagi murid yang bukan beragama Islam kerana ianya akan menyedarkan murid-murid tentang kepentingan dan kelebihan mempercayai dan mensyukuri kepada Tuhan, berakhlak dengan akhlak yang mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti nilai-nilai Islam serta nilai murni bagi masyarakat berbilang kaum supaya mereka

dapat menjadi individu yang bertanggungjawab, saling hormat menghormati dan berjaya mencapai kebahagiaan diri, keluarga dan masyarakat. Selain daripada itu, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah menitikberatkan aspek kepemimpinan murid-murid melalui ko kurikulum. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan hubungan sosial antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum yang seragam dan adil dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum.

Anda mungkin juga menyukai