Anda di halaman 1dari 2

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN KHAS 1. 2. 3. 4. 5.

SOSIAL EMOSI DAN TINGKAHLAKU KESIHATAN PENGAMATAN KESEDIAAN BELAJAR

1.SOSIAL Gelisah - selalu bergerak di dalam darjah dan menganggu kawan. Murid-murid lain benci kepadanya. Banyak perangai ganjil seperti hisap / gigit jari. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan pelbagai alasan. Bohong, kadang-kala mencuri. Menangis - enggan masuk darjah.

2.EMOSI DAN TINGKAHLAKU Perasaan rendah diri. Selalu risau. Sedih / hiba / duka. Cepat bosan / jemu terhadap pelajaran. Suka marah jika diganggu. Takut dengan perkara baru. Degil, tidak patuh arahan.

3.KESIHATAN Lemah tubuh badan - kurang zat makanan. Pertumbuhan tubuh badan tak seimbang. Tumpuan perhatian terhad. Lemah gerak moto-kasar dan halus. Kesihatan terganggu - seperti selalu sakit. Sakit terlalu lama dan teruk.

4.PENGAMATAN Tidak boleh kenal bentuk - perbezaan turutan. Lemah pendengaran bunyi dan rentak. Keliru konsep ruang dan mencari arah. Lambat mengkelas benda. Kesukaran menghubung pelajaran yang lama dengan yang baru. Tidak dapat menyelesaikan masalah.

Sukar buat kenyataan am. Sukar ambil bahagian dalam permainan, tidak faham undang-undang. Tidak kreatif. Lemah bergerak dan perbuatan. Lemah daya pemikiran. Tidak boleh ingat kembali.

5.KESEDIAAN BELAJAR Lemah dalam bahasa tidak bersedia untuk belajar. Perbendaharaan kata kurang. Lemah pemahaman. Kurang percaya terhadap diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai