Anda di halaman 1dari 31

Sejarah Penubuhan Pengakap

LUAR NEGARA
Pergerakan Pengakap ditubuhkan pada tahun 1907 di England oleh Lord Robert Baden-Powell ataupun digelar sebagai Bapa Pengakap Sedunia

Pergerakan ini berjalan dengan pantas ke seluruh Empayar British

LUAR NEGARA
Benih pengakap bermula di Mafeking, Afrika Selatan, di mana Baden Powell berkhidmat sebagai pengawai pemerintah ketika Perang Boer 1899-1902

Robert membentuk Kor Kadet Mafeking untuk membantu menyokong anggota tentera.

luar negara
Robert melatih anggota Kor Kadet dengan baik bagi membuktikan mereka mampu melindungi bandar Mafeking

Setiap anggota Kor Kadet menerima lencana, gabungan titik kompas dan kepala lembing

luar negara
Logo itu akhirnya menjadi fleur-de-lis yang diambil Pengakap sebagai simbol antarabangsanya.

Potret Baden-Powell yang dipaparkan telah dihasilkan oleh David Jagger pada tahun 1929. Ia dipamerkan kepada beliau pada 6 August 1929 di Jamboree Dunia Ke III di Arrowe Park, Birkenhead, England. Ia dikenali sebagai "Coming Of Age Jamboree" sebagai penghargaan hari ulang tahun ke-21 Pengakap Sedunia. Ia merupakan potret yang paling disukai oleh Baden-Powell. Potret asli beliau dipamerkan di ruang pameran di Ibu Pejabat Pengakap Dunia (WOSM) di Geneva, Switzerland.

"Coming Of Age Jamboree"


PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP DUNIA ROBERT BADEN-POWELL

SEJARAH PENGASAS PENGAKAP :


LORD BADEN POWELL

Latar Belakang
Nama Penuh : Robert Stephenson Smyth Baden Powell Tarikh Lahir : 22 Februari 1857

Tempat Lahir : Berhampiran Hyde Park, London


Nama Ayah : Reverend H.G. Baden Powell ( anak mahaguru di Universiti Oxford ) Ibunya adalah anak seorang laksamana British ( W.T. Smyth )

Mempunyai 7 orang adik - beradik

Pada usia 3 tahun ayahnya meninggal dunia.


Terkenal dengan gelaran BP apabila berada di luar rumah, seorang yang sukakan kehidupan di luar dan bersifat penyayang. BP- sebagai leftenan Muda dalam pasukan Askar

Hussar ke -13, ditempatkan di India 1876.


Mendapat pangkat Ketua Inspektor pada tahun 1903.

Rentetan Peristiwa
Serangan terhadap Mafeking (1899) - BP merancang membawa pesanan dan menggantikan askar di medan perang dengan kanak kanak yang tinggal di bandar. - Kepantasan dan kecekapan kanak kanak tersebut meninggalkan kesan yang amat dalam dalam diri BP.

- Tahun 1907 beliau telah menganjurkan satu perkemahan


percubaan di Pulau Browansea bagi kanak kanak lelaki.

1908 BP mengarang sebuah buku yang bernama Scouting For Boys. BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan

Negara. Inti yang ditinggalkannya ialah adunan teratur


bagi kecekapan dan tatatertib yang mengembangkan dasar dasar asas seorang manusia dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia BP dilantik sebagai pengakap agung bagi seluruh

dunia.

Tahun 1937 ketika berusia 80 tahun, BP & Isteri ( Lady Baden Powell), meninggalkan bandaraya London

kenya Afrika seterusnya bermastautin di sebuah


kampung yang aman. Buku Scouting For Boys telah menjadi pegangan untuk semua pengakap dunia. BP menerima anugerah Order Of Merit

Melalui pergerakan pengakap pandangan masyarakat


terhadap perkemahan tidak lagi janggal.

8 Januari 1941 BP meninggal dunia dan dikebumikan dengan penuh penghormatan di Gunung Kenya. Kata kata akhir BP kepada pengakap adalah : TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU.

Sejarah Penubuhan di Malaysia

Mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England). Pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura.

SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DI MALAYSIA

Pulau Pinang
1908, sebuah kumpulan percubaan ditubuhkan di YMCA Pulau Pinang

1910, Kumpulan YMCA ini dirasmikan penubuhannya dengan En R Robert sebagai Pemimpin dan En Goh G H dan En George Pykett sebagai Penolong Pemimpin
1915, ditubuhkan di Sekolah Penang Free oleh En H R Cheeseman

Kuala Lumpur dan Selangor

1910, ditubuhkan di Victoria Institution (dahulunya di dalam Selangor, kini Kuala Lumpur) oleh En B E Shaw

Pahang
1912, Ditubuhkan oleh Mr G.M. Laidlaw sehingga beliau meninggal.
1927, dihidupkan semula oleh oleh H P Herslet

Sabah

1913, diperkenalkan oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Sandakan

Sarawak

1913, diperkenalkan oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Sandakan

Kedah

1922, diperkenalkan oleh E C Hicks, E A G Stuart, R P S Walker dan C W Bloomfield

Perak

Melaka

1926, oleh L R Wheeler di Kolej Melayu Kuala Kangsar

1926, dibawa oleh R.Brunstone

Terengganu dan kelantan

1927, ditubuhkan oleh A J Gracle

1927, ditubuhkan oleh YM Tengku Ahmad Panglima Raja di Maktab Sultan Ismail

Johor dan Perlis


1927, ditubuhkan oleh YM Tengku Ahmad Panglima Raja di Maktab Sultan Ismail 1931, dibawa oleh Bird dan Roger Smith bersaudara

Pengakap Selepas Perang Dunia Kedua


Sejurus selepas Perang Dunia Kedua, pergerakan pengakap di Tanah Melayu disusun semula menjadi Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, persekutuan ini diterima sebagai ahli Pesekutuan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957.

Pengakap Selepas Perang Dunia Kedua


Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung bersama Tanah Melayu membentuk Malaysia, pergerakan pengakap negeri-negeri tersebut juga turut bergabung. Hasilnya pada November 1964 Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan.

TUJUAN PENUBUHAN

Melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa.

MISI BERPENGAKAP:
Memberi sumbangan pendidikan tidak formal kepada generasi muda melalui sistem nilai berasaskan Persetiaan dan Undangundang Pengakap, bagi membantu membina dunia yang lebih baik, penduduknya boleh berdikari sebagai individu serta dapat memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat dengan :

Penglibatan sepanjang tahun dalam proses pendidikan tidak formal . Menjadikan setiap individu agen utama pembangunan diri ke arah berdikari, bertanggungjawab dan komited.

Membina sistem nilai berasaskan prinsipprinsip kerohanian, sosial dan peribadi seperti Yang ternyata dalam Persetiaan dan Undang-undang Pengakap .

Anda mungkin juga menyukai