Anda di halaman 1dari 8

SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DUNIA

Pergerakan Pengakap merupakan sebuah organisasi yang bertujuan untuk


membimbing
golongan secara fizikal, memupuk semangat dan mengasuh cara pemikiran melalui
pendidikan tidak formal. Penekanannya adalah kepada aktiviti pratikal di luar rumah
agar
remaja dapat mengambil tempat yang berguna dalam masyarakat. Pergerakan ini
diasaskan
pada tahun 1907 di England oleh Lord Robert Baden-Powell yang merupakan
"Bapa Pengakap Sedunia".

Powel ialah bekas anggota tentera berpangkat Leftenan Jeneral . Selepas


penubuhan Pergerakan Pengakap, beliau memperkenalkan Pandu Puteri ("Girl
Guides")
pada tahun 1910 dengan bantuan saudara perempuannya, Agnes Baden-Powell .
Pada tahun 1910, Pergerakan Pengakap bermula di Malaysia. Sekumpulan kecil
Kumpulan
Pengakap ditubuhkan pada tahun 1908 diberikan hak memakai saputangan hijau
sebagai
penghormatan keahlian mereka bagi kumpulan perintis.

Pergerakan Pengakap merebak ke seluruh United Kingdom tidak lama selepas


penerbitan Scouting For Boys. Pergerakan Pengakap dengan pantas menjadi
organisasi tersendiri. Pergerakan Pengakap berjalan dengan pantas ke seluruh
Empayar British. Unit luar yang pertama disah dan dicatatkan (chartered) di Malta.
Benih Pengakap bermula di Mafeking, Afrika Selatan ,di mana Baden Powell
berkhidmat sebagai pegawai pemerintah ketika Perang Boer 1899 - 1902. Baden-
Powell mempertahankan bandar tersebut daripada Boers, yang berganda lebih besar
jumlahnya berbanding anggotanya pada nisbah lapan kepada satu. Dia membentuk
Kor Kadet Mafeking untuk membantu menyokong anggota tentera. Kor tersebut
dianggotai sepenuhnya oleh sukarelawan remaja lelaki. Baden-Powell melatih
pemuda tersebut dan mereka membuktikan diri mereka dengan baik, membantu
mempertahankan bandar tersebut dengan jayanya (1899 - 1900). Setiap anggota
Kor Kadet menerima lencana, gabungan titik kompas dan kepala lembing. Logo ini
akhirnya menjadi fleur-de-lis , yang diambil Pengakap sebagai simbol
antarabangsanya.

Hasil daripada statusnya sebagai wira antarabangsa, didapati hasil daripada usaha
gigihnya mempertahankan Mafeking ketika Pengepungan Mafeking "Siege of
Mafeking", manual latihan tentera Baden-Powell, Aids to Scouting (Bantuan kepada
Pengakap) (ditulis pada 1899 menjadi jualan utama dan digunakan oleh guru dan
organisasi remaja.
Pada 1906 , Ernest Thompson Seton menghantar satu salinan bukunya kepada
Baden-Powell berjudul The Birchbark Roll of the Woodcraft Indians (Gelong Kulit
kayu Birch mengenai Seni Rimba Indian). Seton, berbangsa Kanada kelahiran
British tinggal di Amerika Syarikat, kemudiannya bertemu Baden-Powell dan mereka
berkongsi idea mengenai program latihan remaja.
Baden-Powell digalakkan untuk menulis semula Aids to Scouting untuk pembaca
muda. Pada 1907 Baden-Powell telah menyiapkan draf bertajuk Boy Patrols. Pada
tahun yang sama, untuk menguji sebahagian ideanya, Baden-Powell telah
mengumpulkan 22 orang budak lelaki dari latar belakang sosial yang berlainan dan
mengadakan perkhemahan selama seminggu, bermula 29 Julai, di Pulau Brownsea
di Poole Harbour, Dorset , England . Kaedah organisasinya, sekarang dikenali
sebagai Kaedah Patrol "Patrol Method", merupakan kunci kepada kaedah Pengakap,
membenarkan kanak-kanak lelaki untuk menyusun diri mereka dalam kumpulan kecil
dengan Ketua Patrol yang dilantik. Pada musim luruh 1907, selepas menerbitkan
draf bukunya dan ekspedisi perkhemahan yang berjaya, Baden-Powell memulakan
lawatan ceramah yang intensif yang diatur oleh penerbit bukunya, Pearsons, untuk
mempromosi bukunya yang akan datang. Bermula Januari 1908 penerbitan
pertamanya muncul sebagai enam ansuran dalam majalah budak lelaki yang
diterbitkan dua kali sebulan.

Bahagian tersebut kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku sebagai Scouting for
Boys (Pengakap untuk Budak-budak Lelaki), pada masa sekarang dianggap
sebagai edisi pertama Boy Scout Handbook (Buku Rujukan Pengakap). Pada masa
itu Baden-Powell bermaksud buku tersebut akan memberikan idea untuk pertubuhan
sedia ada, khususnya Boys' Brigade . Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki
membentuk patrol Pengakap secara spontan dan membanjiri Baden-Powell dangan
permohonan untuk bantuan. Dengan cara ini pergerakan Pengakap muncul tanpa
disengajakan dan terbentuk disebabkan pergerakkannya sendiri. Ketika Pergerakan
Pengakap berkembang, Unit Pengakap Laut "Sea Scout" dan Pengakap Udara "Air
Scout" ditambah kepada pilihan Pergerakan Pengakap. Baden-Powell tidak dapat
menasihati kesemua remaja yang meminta bantuannya. Untuk memberikan
pimpinan dewasa, latihan diperlukan. Lencana Rimba "Wood Badge" dimajukan
untuk mengiktiraf latihan kepimpinan dewasa. Pada tahun 1919 Gilwell Park dibeli
sebagai tapak latihan dewasa dan tapak perkhemahan Pengakap. Baden-Powell
turut menulis buku untuk membantu pemimpin yang berjudul Aids to
Scoutmastership (Panduan untuk Kemahiran Berpengakap).

F.M.C Baden Powell, adik kepada BP memperkenalkan Pengakap Udara menjelang


Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini ia membantu England dalam
kempen Battle of Britain.

Warrington Baden Powell, abang kepada BP memperkenalkan Pengakap Laut


menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini juga membantu
England menjaga dan memerhati diperairan lautnya dengan bantuan unit tentera
lautnya diperbatasan menjelang Perang Dunia
Sejarah Pergerakan Pengakap Malaysia
Lord Robert Baden-Powell
Selepas dua tahun pengakap di asas oleh Lord Baden Powell di England, seorang
peneroka pengakap dari London bernama F.C. Sand telah datang ke Singapura
pada tahun 1910 lalu menubuhkan dua pasukan untuk anak-anak orang Inggeris
yang berada di Singapura. Pada tahun 1919 Kapten N.M Hashim dan A.Z. Alsagof
telah menubuhkan pasukan pengakap untuk budak-budak melayu yang tahu
berbahasa Inggeris di Singapura.
Negeri Melayu yang mula-mula menubuhkan pasukan pengakap ialah Pahang iaitu
di Pekan, yang ditubuhkan oleh G.M. Laidlow tetapi apabila beliau meninggal dunia,
maka pergerakan paengakap di situ turut terkubur. Hanya pada tahun 1927 barulah
dihidupkan semula oleh H.P. Hertslet yang kemudiannya di asas pula oleh Wheeler
dan Frisber dari Pejabat Pelajaran Pahang.

Di Pulau Pinang pergerakan pengakap telah di tubuhkan oleh seorang ahli pendidik
yanh masyur iaitu H.R. Cheesman di Penang Free School pada tahun 1915.
Cheesman telah berkhidmat selama 13 tahun dalam pergerakan pengakap di
Malaya, sebagai Penolong Persuruhjaya Pengakap Malaya.

Di Perak Pengakap telah ditubuhkan pada tahun 1926, iaitu di Maktab Melayu Kuala
Kangsa oleh I.R. Wheeler. Kemudian itu bayak lagi sekolah di Perak menubuhkan
pasukan pengakap.

Di Kedah, Pergerakan pengakap bermula pada tahu 1922. Peneroka pengakap di


Kedah ialah E.C. Hicks, E.A.G. Stauart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield.

Di Johor, pengakap di tubuhkan pada awal tahun 1928, dengan kedatangan


Cheesman dari Pulau Pinang. Kumpulan yang pertama ditubuhkan ialah di English
College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) Johor Bharu.

Di Melaka dan Negeri Sembilan bermula pada tahun 1926 oleh Brunstone.

Di Selangor, pada tahun 1926 telah menubuhkan pergerakan pengakap dan orang
yang bertanggungjawab menubuhkannya ialah Ameen Akhbar. Ini di ikuti oleh
pergerakan pengakap di Terengganu pada tahun 1927 oleh A.J. Gracie dan di
Kelatan pada tahun 1927 oleh Y.M. Tengku Temenggong.

Negeri yang terakhir di Semenanjung menubuhkan pergerakan pengakap ialah Perlis


pada tahun 1931.

Negeri Sabah telah menubuhkan pergerakan pengakap di Sandakan pada tahun


1915. Sementara di Sarawak ia ditubuhkan pada tahun 1913, tetapi terhenti
pergerakan pengakap sehingga tahun 1930.
Sebelum merdeka Persatuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu meliputi semua
negeri dengan tiap-tiap negeri sebagai satu daerah pengakap. Selepas Perang
Dunia Kedua, Pergerakan Pengakap di Malaya dan Singapura dimasukkan menjadi
cawangan Persatuan Pengakap Great Britain. Selepas diadakan penyusulan semula,
tiap-tiap negeri menjadi persekutuan yang terdiri dari beberapa daerah. Tiap-tiap
daerah ada dengan persekutuan pengakapnya.

Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Persekutuan Budak-


Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli sepenuhnya dalam
persidangan pengakap dunia. Dengan wujudnya Malaysia pada tahun 1965,
namanya bertukar menjadi Persekutuan Pengakap Malaysia dan ahlinya menjadi
besar kerana Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi anggotanya. Apabila
Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, Persekutuan Pengakap
Singapura Berhenti menjadi cadangan Pesekutuan Pengakap Malaysia.

Rumah BP yang terletak di jalan Davidson (Jalan Hang Jebat), Kuala Lumpur ialah
Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah di dirikan dengan belanja
$150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada tahun 5 Januari 1957, sempena
menyambut perayaan ulang tahun yang ke 50 pengakap dunia. Rumah BP adalah
nadi pergerakan pengakap seluruh Negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara
mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia

Persekutuan Pengakap Malaysia

Persekutuan Pengakap Malaysia, PPM


(The Scouts Association of Malaysia)
merupakan sebuah organisasi yang
bertanggungjawab diatas semua aktiviti
berpengakap di Malaysia.
PPM merupakan sebahagian
daripada pergerakan
pengakap dunia dan juga merupakan a
hli kepada World Organization of the
Scout Movement (WOSM).
Di Malaysia, Pengakap mula diperkenalkan
dalam tahun 1908 dan secara rasminya
ditubuhkan pada 2hb Julai 1910 dan
merupakan salah satu badan beruniform
yang berada dibawah Akta Parlimen Malaysia.
PPM berdaftar sebagai ahli dengan
WOSM pada tahun 1957.

Matlamat penubuhan PPM adalah untuk menyediakan latihan kepimpinan yang


berasaskan kepada prinsip dan
undang-undang pengakap dengan matlamat mempertingkatkan kesedaran dan
semangat tolong menolong tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan.
Penubuhan PPM juga bermatlamat membina keseimbangan individu dari segi
intelektual, kerohanian dan fizikal bersandarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
Bagi mencapat matlamat ini, pelbagai aktiviti dan langkah diambil bagi membentuk
disiplin dan jati diri, kesopanan di samping rasa tanggungjawab kepada diri sendiri,
keluarga dan masyarakat dalam usaha merealisasikan matlamat pergerakan
pengakap dalam melahirkan masyarakat atau individu yang berguna kepada agama
bangsa dan negara.

Persekutuan Pengakap Malaysia beribupejabat di Rumah BP, Jalan Hang Jebat,


Kuala Lumpur. Secara umumnya organisasi pergerakan pengakap dibahagikan
kepada beberapa badan. Setiap negeri diketuai oleh Pesuruhjaya negeri (state
commissioner) dan kemudiannya dipecahkan kepada peringkat daerah bagi setiap
negeri dimana setiap daerah ketuai oleh pesuruhjaya daerah (district commissioner).
Setiap trop dipecahkan kepada beberapa sistem patrol yang mempunyai ketua patrol
dan pembantu ketua patrol. Sebuah badan yang dinamakan Majlis ketua Patrol
(Patrol Leader Council) akan merancang dan melaksanakan aktiviti trop dengan
bantuan dan selenggaraan dari pemimpin trop (troop's scoutmaster). Majlis Ketua
Patrol disertai oleh ketua patrol dan pembantu sekiranya bilangan ketua patrol terlalu
kecil. Melalui Majlis Ketua Patrol, Ketua Patrol akan dipilih dan dilantik kejawatan
Ketua Trop, Pembantu Ketua Trop, Setiausaha, Bendahari dan juga
quatermaster.Badan ini dikenali sebagai 'Court of Honour' dan merupakan badan
paling ekslusif didalam sesuatu Trop.

MATLAMAT BERPENGAKAP
Melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi
perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada
masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa.

MISI PENGAKAP MALAYSIA


Memberi sumbangan pendidikan tidak formal kepada generasi muda melalui sistem
nilai berasaskan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, bagi membantu
Membina dunia yang lebih baik, penduduknya boleh berdikari sebagai individu serta
dapat memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat dengan :

·Penglibatan sepanjang tahun dalam proses pendidikan Tidak formal


·Menjadikan setiap individu agen utama pembangunan diri ke arah berdikari,
bertanggungjawab dan komited
·Membina sistem nilai berasaskan prinsip-prinsip kerohanian, sosial dan peribadi
seperti Yang ternyata dalam Persetiaan dan Undang-undang Pengakap

Falsafah Persekutuan Pengakap Malaysia adalah untuk menyediakan skim latihan


kepimpinan berasaskan kepada Prinsip dan Undang-undang Pengakap dengan
bermatlamatkan berbuat baik dan mempertingkatkan semangat persaudaraan tanpa
mengira warna kulit, agama dan kebudayaan bagi membentuk masyarakat yang
seimbang dari segi intelek, kerohanian dan fizikal diatas landasan kepercayaan
kepada Tuhan.
Pengakap juga berusaha untuk membentuk disiplin dan jati diri dengan menerapkan
nilai-nilai kesopanan serta mewujudkan sifat bertanggungjawab terhadap diri,
keluarga dan juga masyarakat didalam diri setiap ahli bagi mencapai matlamat
pergerakan pengakap membentuk warganegara yang berguna kepada agama,
bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai