Anda di halaman 1dari 6

Powel

ialah

bekas

anggota

tentera

berpangkat

Leftenan

Jeneral.

Selepas

penubuhan

Pergerakan

Pengakap,

beliau

memperkenalkan Pandu Puteri (Girl Guides)


pada tahun 1910 dengan bantuan saudara
perempuannya, Agnes

Baden-Powell. Pada

tahun 1910, Pergerakan Pengakap bermula di


Malaysia.
Sekumpulan

kecil

Kumpulan

Pengakap

ditubuhkan pada tahun 1908 diberikan hak


memakai

saputangan

hijau

sebagai

penghormatan keahlian mereka bagi kumpulan


perintis.
Pergerakan Pengakap merebak ke seluruh
United

Kingdom

tidak

lama

selepas

penerbitan Scouting For Boys. Pergerakan


Pengakap dengan pantas menjadi organisasi tersendiri. Pergerakan Pengakap berjalan
dengan pantas ke seluruh Empayar British. Unit luar yang pertama disah dan dicatatkan
(chartered) di Malta. Benih Pengakap bermula di Mafeking, Afrika Selatan, di mana
Baden Powell berkhidmat sebagai pegawai pemerintah ketika Perang Boer 1899 1902.
Baden-Powell mempertahankan bandar tersebut daripada Boers (Afrikaner), yang
berganda lebih besar jumlahnya berbanding anggotanya pada nisbah lapan kepada satu.
Dia membentuk Kor Kadet Mafeking untuk membantu menyokong anggota tentera. Kor
tersebut dianggotai sepenuhnya oleh sukarelawan remaja lelaki. Baden-Powell melatih
pemuda tersebut dan mereka membuktikan diri mereka dengan baik, membantu
mempertahankan bandar tersebut dengan jayanya (1899 1900). Setiap anggota Kor
Kadet menerima lencana, gabungan titik kompas dan kepala lembing. Logo ini akhirnya
menjadi fleur-de-lis, yang diambil Pengakap sebagai simbol antarabangsanya.
Batu peringatan di Pulau Brownsea, Pelabuhan Poole, England, memperingati kem
Pengakap pertama.
Hasil daripada statusnya sebagai wira antarabangsa, didapati hasil daripada usaha
gigihnya mempertahankan Mafeking ketika Pengepungan Mafeking Siege of Mafeking,
manual latihan tentera Baden-Powell, Aids to Scouting (Bantuan kepada Pengakap)
(ditulis pada 1899) menjadi jualan utama dan digunakan oleh guru dan organisasi remaja.
Pada 1906, Ernest Thompson Seton menghantar satu salinan bukunya kepada BadenPowell berjudul The Birchbark Roll of the Woodcraft Indians (Gelong Kulit kayu Birch

mengenai Seni Rimba Indian). Seton, berbangsa Kanada kelahiran British tinggal di
Amerika Syarikat, kemudiannya bertemu Baden-Powell dan mereka berkongsi idea
mengenai program latihan remaja.
Baden-Powell digalakkan untuk menulis semula Aids to Scouting untuk pembaca muda.
Pada 1907 Baden-Powell telah menyiapkan draf bertajuk Boy Patrols. Pada tahun yang
sama, untuk menguji sebahagian ideanya, Baden-Powell telah mengumpulkan 22 orang
budak lelaki dari latar belakang sosial yang berlainan dan mengadakan perkhemahan
selama seminggu, bermula 29 Julai, di Pulau Brownsea di Poole Harbour,Dorset, England.
Kaedah organisasinya, sekarang dikenali sebagai Kaedah Patrol Patrol Method,
merupakan kunci kepada kaedah Pengakap, membenarkan kanak-kanak lelaki untuk
menyusun diri mereka dalam kumpulan kecil dengan Ketua Patrol yang dilantik. Pada
musim luruh 1907, selepas menerbitkan draf bukunya dan ekspedisi perkhemahan yang
berjaya, Baden-Powell memulakan lawatan ceramah yang intensif yang diatur oleh
penerbit bukunya, Pearsons, untuk mempromosi bukunya yang akan datang. Bermula
Januari 1908 penerbitan pertamanya muncul sebagai enam ansuran dalam majalah budak
lelaki yang diterbitkan dua kali sebulan.
Bahagian tersebut kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku sebagai Scouting for
Boys (Pengakap untuk Budak-budak Lelaki), pada masa sekarang dianggap sebagai edisi
pertama Boy Scout Handbook (Buku Rujukan Pengakap). Pada masa itu Baden-Powell
bermaksud buku tersebut akan memberikan idea untuk pertubuhan sedia ada, khususnya
Boys Brigade. Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki membentuk patrol Pengakap secara
spontan dan membanjiri Baden-Powell dangan permohonan untuk bantuan. Dengan cara
ini pergerakan Pengakap muncul tanpa disengajakan dan terbentuk disebabkan
pergerakkannya sendiri. Ketika Pergerakan Pengakap berkembang, Unit Pengakap Laut
Sea Scout dan Pengakap Udara Air Scout ditambah kepada pilihan Pergerakan
Pengakap. Baden-Powell tidak dapat menasihati kesemua remaja yang meminta
bantuannya. Untuk memberikan pimpinan dewasa, latihan diperlukan. Lencana Rimba
Wood Badge dimajukan untuk mengiktiraf latihan kepimpinan dewasa. Pada tahun 1919
Gilwell Park dibeli sebagai tapak latihan dewasa dan tapak perkhemahan Pengakap.
Baden-Powell turut menulis buku untuk membantu pemimpin yang berjudul Aids to
Scoutmastership (Panduan untuk Kemahiran Berpengakap).
F.M.C Baden Powell, adik kepada BP memperkenalkan Pengakap Udara menjelang Perang
Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini ia membantu England dalam kempen Battle of
Britain.
Warrington Baden Powell, abang kepada BP memperkenalkan Pengakap Laut menjelang
Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini juga membantu England menjaga dan

memerhati diperairan lautnya dengan bantuan unit tentera lautnya diperbatasan


menjelang Perang Dunia Pertama.
----

Potret Baden Powell yang dipaparkan telah dihasilkan oleh David Jagger pada tahun
1929

Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson
Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. BadenPowell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia
pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah
seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada
Laksamana British bernama W.T. Smyth. Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun,
bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang
sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam
kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah
Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki
berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP
telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India
dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai
penolong Setiausaha Tentera.
Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan
satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud
Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan
musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah
tidur.
Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk
memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang
menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).
Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang
dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah
peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan
untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan
British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang
British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan
itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam
peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding
dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan
papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer.

Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya BadenPowell berjaya memenangi peperangan itu.
Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur
43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, BadenPowell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral
Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50
tahun.
Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan
satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang
budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea
berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku "Aids To
Scouting". Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan
berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat
nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau
Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya.
Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul
"Scouting For Boys". Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa
menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea.
Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap.
Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak
ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909,
Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas
itu di seluruh dunia.
BIODATA BP
Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan : BP
Tarikh Lahir : 22 Februari 1857
Tempat Lahir : London, England
Pendidikan Awal : Charter House, London
Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British
Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell

Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941 dan disemadikan di Kenya.

Anda mungkin juga menyukai