Anda di halaman 1dari 6

Membuat REFLEKSI terhadap tindakan (sebelum, semasa dan selepas)

Oleh: Siti Aisyah Bt Khalid

Apa itu REFLEKSI??


Refleksi merupakan proses mengingat kembali pengalaman yang telah dilalui,memikirkannya, mempertimbangkannya dan seterusnya membuat penillaian terhadap pengalaman tersebut. Refleksi amat penting dalam Kajian Tindakan. Ia didefinisikansebagai inkuiri yang sistematik oleh seseorang guru terhadap amalan pengajaran sendiri bagi memperbaiki dan meningkatkan keberkesanannya serta memperdalamkan kefahaman terhadapnya. Knowles (1992) menegaskan bahawa: One way to think about the meaning of reflective is in terms of properties of mirrors and prisms. Mirrors and transparent prisms reflect and refract light, they change the direction that light rays travel, sometimes even bending them back on themselves, causing them to move in direction opposite to that in which they originally travelled.
Semua guru perlu menjadi pemikir yang reflektif. Guru yang efektif adalah berkait rapat dengan guru yang reflektif. Guru yang reflektif adalah guru yang responsif terhadap perubahan emosi dan keperluan pendidikan setiap individu murid yang diajarnya, sentiasa memantau tindakan yang diambil dan matlamat yang hendak dicapai, seterusnya melihat kembali matlamat pengajaran, kaedah dan bahan pengajarannya. Trish (1992) dalam Norton (1997:404) menganggap: A reflective teacher is one who checks back and say, Did that work? What could I do to help that child? Its (reflective thinking ) an on-going process that you do before you arrive at school, during the school day,and in the evening at home. Its an on-going check of the childs progress. You dont get to the end of the year and find out that one of your students cant read

Mengikut Dewey (1909/1933), sikap yang perlu ada untuk menjadi seorang yang berfikiran reflektif adalah berfikiran terbuka, kesungguhan, dan tanggungjawab. Seseorang yang berfikiran reflektif mempunyai kesediaan melihat sesuatu masalah daripada pelbagai perspektif dengan penuh kesungguhan dan tanggungjawab. Bey (1987) mencadangkan soalan-soalan berikut bagi memupuk fikiran reflektif: What am I doing? Why am I doing? What other way can I do it? How does it work? Can I do it again or another way?

KAEDAH REFLEKSI
Refleksi boleh dilaksanakan seperti berikut: Analisis audio: Guru merakam sesi pengajaran dan pembelajarannya sendiridan menganalisisnya Analisis video: Guru merakam sesi pengajaran dan pembelajarannya sendiriatau dengan bantuan rakan dan menganalisisnya. Perbincangan dengan rakan setugas secara bersemuka ataupun chatting bagimembincangkan isu semasa berkaitan pengajaran dan pembelajarannya. Melibatkan diri dalam penulisan jurnal bagi berkongsi idea dan bertukar-tukarfikiran. Bertukar peranan dan tugas dengan rakan sejawatan bagi mengesan masalahpengajaran dan pembelajaran. Analisis dokumen. Menggunakan artikel terkini berkaitan isu-isu pendidikan.

Tujuan REFLEKSI
Tujuan refleksi adalah untuk membolehkan guru: Memikir jenis tindakan yang sesuai digunakan dalam kajian tindakan. Membuat renungan mengenai keberkesanan tindakan berdasarkan data yang dikumpul. Menilai kekuatan dan kelemahan tindakan yang dilakukan dalam kajian tindakan. Membuat analisis dan menilai semula tindakannya dalam kajian tindakan untuk mencari sebab mengapa tindakannya kurang berkesan. Merancang tindakan yang baru, yang akan digunakan dalam kajian tindakan yang seterusnya.

Strategi membuat REFLEKSI


Schein (1999) telah mengemukakan satu strategi membuat refleksi melibatkan pemerhatian, reaksi, pertimbangan dan model intervensi. 1) 2) 3) Pemerhatian: menjelaskan apa yang terjadi Reaksi: Meneroka reaksi emosi terhadap apa yang telah diperhatikan. Pertimbangan: Menganalisis, memproses dan membuat pertimbangan berdasarkan pemerhatian dan perasaan dengan tujuan mengenalpasti apakah perkara yang didasarkan kepada perasaan dan apakah perkaran yang didasarkan kepada analisis apa peristiwa yang terjadi. Intervensi: Merancang pendekatan seterusnya.

4)

Bila Melakukan REFLEKSI?


Refleksi adalah segala proses mengingat dan merenung kembali aktiviti yang telah dijalankan seseorang di peringkat awal, semasa dan selepas menjalankan kajian tindakan.
Refleksi Peringkat Awal Refleksi peringkat ini dilakukan sebelum memulakan sesuatu Kajian Tindakan. Antaralangkah yang boleh dijalankan adalah: membuat analisis situasi serta menjelaskan isu, fenomena atau masalahpedagogi; menganalisis kefahaman kendiri terhadap isu, fenomena atau masalahpedagogi; menentukan isu/bidang keprihatinan; dan mengenalpasti tindakan intervensi yang bersesuaian. Contoh: Apakah masalah dalam kelas saya? Mengapa ia berlaku? Bagaimanakah masalah itu boleh ditangani? Refleksi Semasa Kajian Refleksi peringkat ini dilakukan semasa kajian sedang dijalankan iaitu: membuat keputusan awal terhadap perjalanan proses tindakan (intervensi); menerima komen dan teguran spontan semasa menjalankan tindakan tersebut; mengatasi segala rintangan dengan penambabaikan yang sewajarnya; dan menilai keberkesanan tindakan intervensi tersebut. Contoh: Adakah anda setuju dengan tindakan yang diambil? Apakah persepsi anda terhadap tindakan tersebut? Apakah rintangan yang dihadapi semasa menjalankan tindakan?

Refleksi Selepas Kajian Refleksi peringkat ini dilakukan selepas menjalankan tindakan iaitu: mensintesis perubahan dan peningkatan diri guru dan murid; menilai kembali kesan tindakan yang telah diambil serta kefahaman baru yangdiperolehi; menentukan rumusan yang boleh dilaksanakan; dan merancang tindakan susulan. Contoh: Apakah perubahan yang berlaku selepas tindakan diambil? Apakah perasaan anda terhadap keseluruhan tindakan? Apakah kesimpulan daripada tindakan?

Hasil REFLEKSI
1) 2) 3) 4) 5) Kefahaman baru Kesedaran Keinsafan Perubahan persepsi Perubahan amalan

Anda mungkin juga menyukai