Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat justeru, guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran pada era globalisasi ini. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mendekatkan diri dengan masyarakat dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.

Aktiviti khidmat masyarakat ini direncanakan dalam program Bina Insan Guru (BIG) Semester 2 dengan tujuan semua pelajar dapat menyumbang kepada masyarakat di kawasan yang dipilih untuk aktiviti ini. Selain itu, guru pelatih juga diberikan pendedahan awal tentang kehidupan bermasyarakat yang sebenar. Guru pelatih juga dilatih supaya mampu melihat skop guru yang lebih luas dalam masyarakat dan bukan sahaja di dalam bilik darjah semata-mata. Program khidmat masyarakat amat bertepatan dalam merealisasikan kehendak Falsafah Pendidikan Guru selaras dengan elemen-elemen yang terkandung dalam falsafah tersebut.

2.0 MATLAMAT

Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Selain itu, BIG khidmat masyarakat ini juga dapat menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan. 1

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memenuhi sukatan pelajaran Bina Insan Guru Fasa II. 3.2 Memahami konsep nilai dan etika keguruan. 3.3 Memberi sumbangan kepada rakyat dan masyarakat setempat. 3.4 Menunjukkan kepekaan dan bertindak balas secara positif kepada realiti persekitaran. 3.5 Menunjukkan kemahiran dalam pengurusan hubungan dengan komuniti pendidikan dan pihak berkaitan. 3.6 Menghayati konsep kerja sebagai ibadah. 3.7 Mengamalkan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab.

4.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 24 Julai 2011 Masa : 11.00 pagi hingga 6.00 petang

5.0 TEMPAT

Masjid As- Syakirin, Kampung Semut Api, Badang, Kota Bharu, Kelantan.

6.0 PENSYARAH

Tutor PISMP Pendidikan Pemulihan Semester 2 1. Encik Muhamad Kushairi bin Jusoh

7.0 PESERTA Pelajar PISMP Pendidikan Pemulihan Semester 2 21 orang guru pelatih Pendidikan Pemulihan yang terdiri daripada : Guru pelatih lelaki : 7 orang Guru pelatih perempuan : 14 orang

*Sila rujuk Lampiran A

8.0 JAWATANKUASA INDUK

8.1 Jawatankuasa Induk Bina Insan Guru Siri II / 2011

Penaung : Tn. Hj. Hashim bin Deraman ( Pengarah IPG Kampus Kota Bharu ) Pengerusi : Dr. Mohd Aziz bin Mohd Din ( Timbalan Pengarah IPG Kampus Kota Bharu) Setiausaha : Encik Abdul Khabir bin Mat Dahang ( Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar ) Penyelaras BIG : Encik Zainol Abidin bin Zakaria Bendahari : Encik Yusof Bin Maarof Pensyarah Pembimbing (Tutor) : Encik Muhamad Kushairi bin Jusoh

8.2 Jawatankuasa Pelaksana

Pemantau : Encik Zainol Abidin bin Zakaria Pensyarah Pembimbing (Tutor) : Encik Muhamad Kushairi bin Jusoh Pengurus Projek : Mohamad Alif Fitri bin Mohamad Yusoff Timbalan Pengurus Projek : Nor Azirah binti Mohd Rashid Setiausaha : Siti Norzahrah binti Othman Naib Setiausaha : Wan Madihah binti Wan Mohd Aminuddin Bendahari : Nor Farahiyah binti Man

Jawatankuasa Bersama : 1. Tempat : Muhammad Adib bin Mat Mohd Khalis Zaqwan bin Roslan 2. Aktiviti : Farawaheda binti Mad Rodzi (Dalam masjid) 3

Siti Nur Syahirah binti Abd Rahman (Dalam masjid) Azrul Fahmi bin Azizi (Kawasan luar masjid dan kubur) Atikah binti Zolkipli (Kawasan luar masjid dan kubur)

3. Peralatan : Raja Kamal Zulhafizie bin Raja Ibrahim Nik Azri bin Nik Mohamed Arriff

4. Pengangkutan : Wan Muhammad Hasbi bin Wan Juhari Sufia Wahidah binti Mohd Solpian

5. Keselamatan dan kebajikan : Nur Afifah binti Mohammed Noorhamizah binti Hassan

6. Makanan dan persegaran : Nurul Nadia binti Mazuki Nurul Sakinah Farhana binti Abdul Aziz

7. Cenderahati : Nor Asmida Asma binti Mamat Nur Fahada Kamilah binti Rozali

9.0 PERALATAN

9.1 Penyapu Sampah 9.2 Plastik Sampah 9.3 Mesin Rumput 9.4 Parang 9.5 Mop Lantai 9.6 BerusTandas 9.7 Berus Longkang 9.8 Penyapu Sawang

- 3 batang - 2 paket - 1 sahaja - 3 bilah - 2 batang - 2 batang - 3 batang - 3 batang 4

10.0

PENGANGKUTAN

Bas IPG Kampus Kota Bharu

11.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

A. Perbelanjaan Bil. 1. 2. Perkara Makanan Cenderahati (surah yaasin) Per unit RM 5.00 21 peserta RM 1.50 x 24 Jumlah RM 84.00 RM 36.00

B. Sumber pendapatan Bil. 1. Perkara Wang dana kutipan kelas Per unit RM 7 x 21 Jumlah RM 147

Jumlah Keseluruhan
1.

Jumlah Perbelanjaan

RM 120

C. Permintaan Barang dari Stor IPG Kampus Kota Bharu 1. Peralatan untuk aktiviti Bil. 1. 2. 3. 4. 5. Perkara Sabun Serbuk Plastik Sampah Berus Longkang Penyapu Sawang Penyepit Pembersih Cermin 5 Jumlah 1 unit 2 unit 3 unit 3 unit 3 unit

6. 7. 8. 9.

Penyapu Sampah Parang Mop Lantai Berus Tandas

3 batang 3 bilah 2 batang 2 batang

2. Makanan dan persegaran Bil. 1. Perkara Air mineral Jumlah 48 botol (500 ml)

12.0

TENTATIF PROGRAM

*Sila rujuk Lampiran B

13.0

PENUTUP

Pihak kami berharap program ini akan berjalan dengan lancar dan sempurna. Semoga program ini mendapat kerjasama daripada pihak-pihak yang berkaitan secara langsung ataupun secara tidak langsung demi menyebarkan ilmu di bumi Allah yang tercinta ini. Semoga program ini dapat mencapai objektifobjektif yang telah ditetapkan agar mendapat kemajuan dalam organisasi dan dalam pimpinan sebagai seorang bakal guru. Semoga program ini mendapat keberkatan dan keredhaan oleh Allah s.w.t. InsyaAllah.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

........................................................ (SITI NORZAHRAH BINTI OTHMAN)

................................................ (MUHAMAD KUSHAIRI BIN JUSOH)

Setiausaha, Program Bina Insan Guru Siri II, PISMP Pendidikan Pemulihan, IPG Kampus Kota Bharu.

Tutor, PISMP Pendidikan Pemulihan, IPG Kampus Kota Bharu.

Melalui,

Disahkan oleh,

....................................................... (ZAINOL ABIDIN BIN ZAKARIA) Penyelaras Bina Insan Guru, IPG Kampus Kota Bharu.

.................................................. (HAJI HASHIM BIN DERAMAN) Pengarah, IPG Kampus Kota Bharu.

Anda mungkin juga menyukai