Anda di halaman 1dari 12

Pogram

Program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada tiga kategori yang utama iaitu Program
Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran, Program Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan dan
Program Pendidikan Khas Integrasi. Ketiga- tiga program ini disediakan dari peringkat prasekolah
sehinggalah sekolah menengah. Disamping itu, pendidikan teknik dan vokasional juga disediakan
untuk ketiga-tiga kategori ini, khususnya bagi masalah pendengaran. Malah pelajar masalah
pendengaran yang berkelayakan dapat meneruskan pengajian mereka di politeknik yang
menjalankan program pendidikan secara inklusif.

Secara umumnya, masyarakat melabelkan orang yang memerlukan keperluan khas sebagai
orang cacat,kurang upaya dan ketidaksempurnaan. Menurut Noriati A.Rashid et al. (2011), kumpulan
berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak istimewa (luar biasa atau tercabar dari segi intelek,
jasmani, sosial atau emosi). Kumpulan ini dianggap sebagai istimewa kerana ibu bapa dan guru
menumpukan perhatian yang lebih berbanding murid-murid normal. Antaranya murid yang
menghadapi penyakit autisme, sindrom down, masalah pembelajaran disleksia, lewat
perkembangan cerebral palsy, kecacatan pendengaran dan penglihatan, pintar cerdas, kecelaruan
tingkah laku dan lain-lain lagi. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 di bawah Peraturan-peraturan
Pendidikan Khas (1997), murid-murid dengan keperluan khas bermaksud murid-murid yang
mempunyai kecacatan samaada penglihatan, pendengaran ataupun masalah pembelajaran. (Jamila
K.A Mohamed, 2006)

Wednesday, 30 January 2013
GARIS PANDUAN PELAKSAAN INKLUSIF PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

1.0 APA ITU PENDIDIKAN INKLUSIF?

Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa. Bantuan
yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan
pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.(KamariahJarji,1994).

Abraham, Morris and Wald (1993): one in which children with and without disabilities learn and
play together.

Bowe (1995): an approach in wich children with disabilities (including those with severe disabilities)
are placed in rooms with and receive services side by sidewith children who have no disabilities.

2.0 PENCALONAN

Pencalonan dibuat berdasarkan kemampuan dan prestasi pelajar berkeperluan khas yang berada di
program pendidikan khas integrasi yang dikenalpasti boleh :

Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran perdana
Bersosialisasi
Menduduki peperiksaan awam
3.0 KONSEP DAN DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF

Berkaitan dengan pendemokrasian pendidikan dan konsep keadilan kepada:
i. Kanak-kanak mempunyai banyak persamaan
ii. Agen yang baik boleh mengajar semua jenis kanak-kanak.
iii. Semua kanak-kanak boleh dibekalkan dengan kualit pendidikan yang tinggi.
iv. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid/childcentered.

4.0 OBJEKTIF PENDIDIKAN INKLUSIF.

I. Membolehkan pelajar pendidikan khas mendapat tempat yg sama dalam pendidikan.
II. Menempatkan pelajar pendidikan khas ini daalm persekitaran yang seakan normal
mengikut kesesuaian pendidikan untuknya.
III. Membolehkan pelajar pendidikan khas tersebut menyesuaikan diri dalam semua aspek
kurikulum dan kokurikulum sejak dari awal.

IV. Membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan yang
setanding dengan rakan-rakan yang normal.

V. Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut kelaziman orang normal.

VI. Mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat.


5.0 PENEKANAN DALAM PENDIDIKAN INKLUSIF

I. Pemupukan budaya ilmu, iaitu melalui amalan membaca berfikir, berkarya dan belajar.
II. Penerapan nilai-nilai murni.
III. Pendidikan teknik dan vokesional spt pelajaran Kemahiran Hidup dan pelajaran Reka
Cipta.
IV. Pendidikan sains teknologi serta penguasaan bahasa lain.
V. Pemupukan budaya niaga & keusahawanan.
VI. Menanam semangat kenegaraan melalui sifat patriotisme dan perpaduan.
VII. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang komputer.


6.0 PERLAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF.

I. Fleksibel dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan pengubahsuaian
kurikulum mengikut aras dan keupayaan pelajar.
II. Berasaskan kepada prinsip pengajaran iaitu dari senang ke susah dan dari mudah ke
kompleks.
III. Galakan kemahiran komunikasi dan interaksi.
IV. Melibatkan pelajar dalam pengajaran dan bina keyakinan diri, daya saing dan daya tahan.
Sediakan aktiviti P&P yg menarik.
V. Berikan penekanan kepada kurikulum bersepadu.
VI. Waktu bimbingan / resos dicatatkan dalam jadula waktu peribadi dan penulisan rph adalah
sama.
VII. Murid berkeperluan khas ditempatkan ke kelas mengikut keputusan mesyuarat .
VIII. Guru pendidikan khas akan bersama murid berkeperluan khas sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran.
IX. Pelajar berkeperluan khas diberi tempoh percubaan 3 bulan untuk tujuan penyesuaian di
program pendidikan inklusif.
X. Penilaian:
Penilaian pelajar berkeperluan khas dibuat dengan menggunakan senarai semak / ujian
formatif dan sumatif dari aspek:
Tingkah laku
Sosial
Akademik
Pelajar berkeperluan khas yang berjaya melepasi penilaian akan terus berada di program
pendidikan inklusif.
Pelajar berkeperluan khas yang gagal melepasi penilaian dalam tempoh percubaan akan
kembali semula ke program pendidikan pra inklusif.

7.0 BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF

7.1 Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa
pelajar mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti pelajar biasa.
Senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas.
Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru pendidikan khas (guru
pendamping) sekiranya terdapat sebarang masalah samada dari segi pembelajaran atau
tingkahlaku.
Pelajar pendidikan khas diberi peluang untuk mengambil peperiksaan awam
7.2 Pendidikan Separa Inklusif

Pelajar mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja.
Waktu selebihnya mengikuti program di kelas pendidikan khas.
Senarai nama pelajar pada daftar program Pendidikan Khas.
Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.
Ujian mata pelajaran terlibat sama dengan pelajar biasa.
Program Pendidikan Inklusif ini boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah bergantung
kepada laporan prestas atau RPI oleh guru untuk menentukan samada pelajar itu layak atau
sebaliknya.

8.0 MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF

1.Model A Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum dan
strategi P&P.
2.Model B Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat
nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas.
3.Model C Penempatan dalam kelas biasa dan dalam Kelas Khas/BilikResos/ Pusat Sumber.
4.Model D Penempatan di Sekolah Khas (BaseSchool) dan kelasSatellite di sekolah
biasa.(OctopusModel)
5.Model E Penempatan sepenuhmasa di Sekolah Pendidikan Khas.
6.Model F Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.



9.0 KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF

1. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan.
2. Dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal.
3. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan dari usaha mereka membantu.
4. Semua pelajar menikmati faedah dari pembelajaran bersama guru pendamping/ resos.
5. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru.
6. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah.
7. Memungkinkan pelajar pendidikan khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat
setempat.
8. Menyediakan lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar pendidikan khas untuk berdikari dan
memperolehi peluang pekerjaan.

10.0 KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF

I. Kurangnya tumpuan dan perhatian pelajar-pelajar pendidikan khas.
II. Guru mata pelajaran sukar memberi tumpuan yang sepatutnya kepada pelajar
pendidikan khas.
III. Pelabelan terhadap pelajar pendidikan dalam kalangan rakan sebaya dan guru
aliran perdana.
IV. Sikap guru aliran perdana terhadap program inklusif dan sukar memberi kerjasama.
V. Kurangnya komitmen antara guru mata pelajaran dan guru pendidikan khas.
VI. Pelajar pelajar pendidikan khas belum bersedia sepenuhnya dalam pnp kelas
inklusif.
VII. Kurang penyeliaan dari pihak pentadbiran.
VIII. Kurang kerjasama dari ibu bapa.
IX. Jurang yang besar dalam kurikulum .

11.0 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INKLUSIF
Peranan Dan Tanggungjawab
Pengetua/Guru Besar
i. Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah.
ii. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas program
pendidikan inklusif.
iii. Bertanggungjawab terhadap Polisi dan Objektif.
iv. Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan program
pendidikan inklusif di sekolah.
v. Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan murid program pendidikan
inklusif di sekolah.
vi. Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program pendidikan inklusif
di sekolah.
vii. Merancang dan melaksana Program Motivasi murid program pendidikan inklusif.


B. Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (GPKPK)

i. Naib Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah.
ii. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas program
pendidikan inklusif.
iii. Bertanggungjawab terhadap Polisi dan Objektif .
iv. Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan program
pendidikan inklusif di sekolah.
v. Penolong Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan pelajar program
pendidikan inklusif di sekolah.
vi. Penolong Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program
pendidikan inklusif di sekolah.
vii. Merancang dan melaksana Program Motivasi pelajar program pendidikan inklusif.

Guru Kelas
i. Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif .
ii. Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan pengajaran
semasa .
iii. Menerima kemasukan pelajar berkeperluan khas.
iv. Membuat penilaian.
v. Membuat laporan prestasi pelajar berkeperluan khas.

C. Guru Mata pelajaran
i. Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif .
ii. Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan pengajaran
semasa .
iii. Menerima kemasukan pelajar berkeperluan khas.
iv. Membuat penilaian.
v. Membuat laporan prestasi pelajar berkeperluan khas.

Guru Pendidikan Khas (Guru Pembimbing)
i.Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif .
ii.Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa bersama guru mata
pelajaran.
iii.Mengenalpasti kesediaan pelajar berkeperluan khas untuk ditempatkan di pra inklusif.
iv.Merancang dan melaksanakan P&P di pra inklusif
v.Menilai pelaporan prestasi dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
vi.Membimbing pelajar berkeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Kelas
Pendidikan Khas semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran di kelas aliran perdana.
vii.Menjalankan pengukuhan dan pengayaan pada pelajar berkeperluan khas selepas
pengajaran dan pembelajaran di aliran perdana.
viii.Mendapatkan kebenaran bertulis dari ibu bapa / penjaga berhubung dengan penempatan
ke progran pendidikan inklusif.

Murid Berkeperluan Khas
i. Menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira).
ii. Tiada masalah tingkah laku berat.
iii. Bersedia belajar di kelas aliran perdana.
iv. Boleh berinteraksi dengan semua pihak dengan baik.

E. Rakan pembimbing
i. Menerima kehadiran pelajar berkeperluan khas dalam kelas.
ii. Rakan Pembimbing.
iii. menjadi role model.

F. Ibu bapa
i. Memberi sokongan moral terhadap pelajar berkeperluan khas.
ii. Memberi motivasi kepada murid berkeperluan khas.
iii. Membantu mengulangkaji pelajaran di rumah.
iv. Memberi kebenaran bertulis untuk mengikuti program pendidikan inklusif.

12.0 PRA INKLUSIF DI KELAS PENDIDIKAN KHAS

Pra Inklusif merupakan penempatan sementara pelajar berkeperluan khas sebelum mengikuti
program pendidikan inklusif dari aspek :
Kurikulum perdana
Masa pembelajaran
Asas kemahiran


13.0 MESYUARAT JAWATANKUASA INKLUSIF

Ahli jawatankuasa inklusif terdiri daripada:
Pengerusi: Pengetua/Guru Besar
Naib pengerusi: Guru Penolong Kanan Kurikulum/Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
Setiausaha: guru pendidikan khas
Ahli jawatankuasa:
i. Guru kelas
ii. Guru mata pelajaran
iii. Guru pembimbing (guru pendidikan khas)
iv. Guru bimbingan dan kaunseling
v. Ibu bapa / penjaga

2. Menetapkan kelas yang sesuai berdasarkan pencapaian
pelajar berkeperluan khas.
3. Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa
4. Merancang dan membina instrumen penilaian.
5. Menetapkan mata pelajaran yang bersesuaian bagi pelajar
berkeperluan khas dalam program pendidikan separa inklusif.



14.0 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF

14.1 Sebelum Program

1. Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif .
2. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat pemilihan pelajar
berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian serta ujian diagnostik yang dijalankan oleh guru-
guru yang telah dipertanggungjawabkan.
3. Mengumpul ,menganalisis data dan maklumat pelajar khas yang akan mengikuti Program Inklusif.
4. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru Pendidikan Khas
dan PPM .
5. Penolong Kanan Pendidikan Khas mengadakan perbincangan dengan pentadbir dan guru-guru
aliran perdana yang terlibat.Setiap guru telah mendapat taklimat yang jelas dan telah menyebabkan
mereka berasa yakin untuk mengajar pelajar Pendidikan Khas tersebut.

6. Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga.Ibu bapa dipanggil untuk diterangkan
tujuan dan kepentingan program ini terhadap anak-anak mereka.Ibu bapa yang bersetuju diminta
menulis surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak mereka mengikuti pengajaran dan
pembelajaran di kelas biasa.
7. Membuat perjumpaan dengan semua pelajar yang berkenaan.
8. Menyediakan sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan mata pelajaran yang sama
dengan aliran perdana iaitu di kelas pendidikan khas.
9. Menyediakan jadual kelas yang sama dengan aliran perdana.
10. Penolong kanan PPKI memaklumkan pada semua pelajar aliran perdana dan warga sekolah pada
perhimpunan rasmi sekolah. Penerangan dan taklimat telah diberikan secara fomal dan tidak
fomal.Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa melalui PIBG mengenai implementasi
Program Inklusif dijalankan.
11. Pelajar berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling sesuai. .Tiada perubahan atau
penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar di buat ke atas kelas yang dipilih.Namun
demikian,guru-guru PPKI serta PPM bertindak sebagai mentor kepada mereka.
12. Kedudukan pelajar berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-satu kelas
.Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam dan memudahkan
mereka untuk berinteraksi dengan guru dan sebaliknya.
13. Semua mata pelajaran wajib diinklusifkan.
14. Meninjau sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.
15. Guru Pendidikan khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian
dengan keperluan pelajar khas semasa di dalam kelas inklusif atau kelas pendidikan khas.

14.2 Semasa Program

1. Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa.
2. Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guru-guru yang terlibat
serta mengambil tindakan susulan.
3. Pelajar pendidikan khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan
pelajar lain. Semua pelajar khas digalakkan terlibat secara aktif dalam semua aktiviti yang
dianjurkan oleh sekolah.
Guru mata pelajaran dan guru pendamping berkongsi bahan bantu mengajar yang sama dengan
pelajar lain dan diberikan tugasan yang sama . Pelajar pemdidikan khas yang tiada masalah akan
terus melakukan tugasan yang diberikan tanpa merujuk kepada mentor.Ini membuktikan pelajar
pendidikan Khas ini tidak bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping sahaja. Mereka telah
berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru khas sekiranya diperlukan.
6. Dari segi sosialisasi dan komunikasi, pelajar pendidikan khas ini sudah boleh berkomunikasi
dengan guru-guru dan pelajar lain dan boleh bersosialisasi dengan aktif .Komunikasi dua hala
sentiasa berlaku di sekolah malah di luar sekolah.
7. Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan impak positif kepada
pembelajaran pelajar pendidikan khas.

14.3 Selepas Program

1. Guru pendamping dan guru mata pelajaran menilai kemajuan pelajar dan mencatatkan
pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi.
2. Penilaian keberkesanan program terhadap pelajar pendidikan khas sentiasa dijalankan secara
berperingkat-peringkat.
3. Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada pelajar.
4. Guru Pendamping memaklumkan perkembangan pelajar kepada ibu bapa atau penjaga.
5. Keputusan peperiksaan pejar Pendidikan Khas berkenaan dihantar ke Unit Pendidikan Khas PPD
dan JPN.

15.0 Program Mentor Mentee

1. Program Mento Mentee diadakan bagi membantu pelajar berkeperluan khas yang terlibat semasa
aktiviti pengajaran dan pembelajaran .
2. Guru Pendidikan Khas bertindak sebagai pendamping dan mentor kepada pelajar.
3. Mentor bertanggungjawab dengan memberikan bimbingan serta penerangan tambahan yang
diperlukan dan mengadakan kelas tambahan serta semasa sesi menjalankan RPI.
4. Guru pendidikan khas sebagai mentor juga membantu pelajar ini menyediakan bahan-bahan
rujukan seperti keratan akhbar,buku rujukan ,laptop untuk pencarian sumber maklumat bagi
memastikan kerja kursus pelajar khas yang terlibat berjalan dengan lancar.
5. Di samping itu,penerapan kaunseling dan motivasi oleh mentor sentiasa dilakukan telah memberi
kesan dan impak yang mendalam kepada pelajar pendidikan khas yang terlibat dalam membentuk
masa depan yang cemerlang.


http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2013/01/garis-panduan-pelaksaan-inklusif.html

Anda mungkin juga menyukai