Anda di halaman 1dari 1

NURUL ILINA SYAZWANI BINTI ZAMURI 930513-02-5512 PISMP SEJARAH SEMESTER 2 AMBILAN JANUARI 2013 SOALAN : SEJAUH MANAKAH

PENGHAYATAN TERHADAP SEJARAH NEGARA AMAT PENTING DALAM KEHIDUPAN GENERASI ALAF KE-21? Menurut E.H. Carr (1965) dalam karyanya yang berjudul What Is History? menyatakan bahawa sejarah adalah penyelidikan proses sosial dan justeru itu merupakan perhubungan di antara masyarakat sekarang dengan masyarakat yang telah lalu. Pendapat ini disokong oleh Muhd Yusof Ibrahim (1975) yang menyatakan bahawa fakta sejarah dan teknik penulisan sejarah itu amat bergantung kepada ahli sejarah itu sendiri. Hal ini bermakna, konsep keobjektifan sejarah amat penting dalam mengekalkan keaslian sumber sejarah supaya dapat membantu generasi kini membuat penyelidikan tentang peristiwa lampau. Penghayatan terhadap sejarah negara penting kerana sejarah merupakan himpunan kisah-kisah yang telah lalu. Jadi, terdapat kepelbagaian peristiwa dan

fenomena telah berlaku dan ini memungkinkan generasi baru untuk mengambil iktibar dan pengajaran. Walau bagaimanapun, sejarah itu sememangnya perlu dijadikan

sumber kesedaran kepada masyarakat dalam memupuk semangat bagi memperbaiki segala kelemahan, menilai kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat tradisi, memulihkan kekuatan moral dan mental bagi kemajuan individu., masyarakat dan negara. Manusia juga menggunakan masa lalu sebagai petunjuk bagi merancang Skop ini dapat diperhatikan melalui peristiwa

masa depan yang lebih bermakna.

ketidaksetiaan sesetengah golongan pembesar Melaka pada awal abad ke-15 yang bersubahat dengan Portugis telah menjadi salah satu daripada faktor runtuhnya empayar Melaka. Peristiwa ini boleh dijadikan pengajaran agar masyarakat perlulah bersatu-padu dalam menjaga keutuhan dan kedaulatan negara Malaysia daripada dicemari oleh sebarang unsur asing yang berbentuk penjajahan.
RUJUKAN Muhd Yusof Ibrahim. (1975). Pengertian Sejarah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai