Anda di halaman 1dari 8

UNSUR-UNSUR MUZIK 1. Irama, melodi dan ekspresi merupakan konsep muzik utama yang dikenal pasti. 2.

Konsep-konsep yang berkaitan dengan muzik dapat dihimpunkan di bawah konsep-konsep utama tersebut. Konsep Utama Irama, Melodi dan Ekspresi Konsep Berkaitan 1. Irama 2. Detik 3. Meter 4. Tekanan 5. Tempo 6. Corak irama 7. Tempoh masa (Nilai not) 8. Melodi 9. Pic 10. Skel 11. Frasa 12. Harmoni 13. Warna ton 14. Tekstur 15. Bentuk 16. Ekspresi 17. Mud 18. Dinamik

1.1 IRAMA Irama merangkumi faktor detik, meter, tekanan, tempoh masa (duration) dan tempo. Irama terbentuk daripada sesuatu susunan bunyi.

1.1.1 Detik Dalam muzik, detik adalah unit denyutan. Denyutan yang berulang dan berterusan adalah elemen yang fundamental dan penting dalam seni muzik. Jangka masa dari satu detik ke satu detik diukur dengan nilai not muzik.

1.1.2 Meter Secara konvensionalnya, detik dihimpukan dalam kumpulan 2, 3, 4 dan seterusnya. Lazimnya jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap bar. Pengumpulan tersebut dikenali sebagai pembahagian meter dan dinyatakan dalam skor lagu dalam bentuk tanda masa seperti berikut: Angka di sebelah atas menyatakan bilangan detik dalam satu unit atau bar. Angka di sebelah baw ah pula menyatakan jenis not yang menjadi asas detik berkenaan sama ada not krocet(4), minim(2), kuaver(8) dan sebagainya. Meter diklasifikasikan meter lazim dan meter tak lazim (a) Meter lazim Meter , dan dikenali sebagai meter lazim. Dalam meter lazim duaan , setiap bar mengandungi dua detik krocet ( q ). Setiap detik krocet bersamaan dengan nilai dua kuaver ( ).

(b) Meter Tak Lazim Meter merupakan meter tak lazim duaan. Setiap detik mempunyai persamaan nilai masa tiga kuaver. Dalam sesuatu bar terdapat dua detik asas yang dinotasikan.Setiap krocet bertitik mew akili tiga kuaver .

1.1.3 Tekanan Semasa menyanyi atau memainkan sesuatu corak irama seringkali Terdapat detik yang dirasakan lebih kuat atau lebih diberi penegasan yang lebih daripada detik-detik lain. Menguatkan detik tertentu diertikan sebagai memberi tekanan.

1.1.4 Tempo Tempo adalah unsur yang berkaitan dengan kelajuan detik dalam sesebuah lagu. Sesetengah lagu boleg dicipta dalam tempo cepat, lambat atau sederhana. Tempo boleh dinyatakan dengan menggunakan istilah seperti Allegro, Andante dan Moderato. Tempo juga boleh dinyatakan dalam bentuk digit mengikut sukatan metronome dan ditulis seperti berikut:

1.1.5 Corak Irama Corak irama terbentuk apabila bunyi dan senyap ( rehat ) disusun menggunakan berlainan nilai masa untuk menjadikan satu corak yang nyata. Semasa menulis corak irama, pembahagian meter adalah penting sebagai
4

panduan dan sukatan nilai not dalam setiap bar agas menepati bilangan detik yang ditetapkan mengikut meter yang digunakan. ( a ) Corak Irama Rentak Rentak merupakan corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi lagu. Corak irama rentak memberi identiti kepada sesebuah lagu sebagai lagu berentak Mac, Waltz, Inang, Masri, Asli, Sumazau dan Joget. Beberapa contoh corak irama rentak tersebut adalah seperti berikut : i) Rentak Mac ii) Rentak Waltz iii) Rentak Inang iv) Rentak Masri v) Rentak Zapin vi) Rentak Joget vii) Rentak Sumazau

( b ) Corak Irama Ostinato Satu corak irama yang dinyanyikan atau dimainkan secara instrumental berulang-ulang dalam sesebuah lagu lazimnya sebagai ir ingan dan harmoni.

1.1.6 Tempoh Masa Dan Nilai Not Panjang atau pendek bunyi dilambangkan dengan not dalam pelbagai bentuk seperti . Masa senyap ( period of silence ) dilambangkan dengan tanda rehat pelbagai bentuk. Nilai sesuatu not dapat dipanjangkan dengan meletakkan satu titik di tepi not tersebut. Titik tersebut mewakili separuh daripada not asal.

1.2 MELODI Melodi adalah turutan pic yang disusun sama ada secara menaik, menurun atau mendatar. Susunan pic ini terdiri daripada bunyi panjang atau pendek yang membentuk irama melodi yang berkontur. Melodi berubah apabila pic dan not diubah.

1.2.1 Pic Pic adalah berkaitan dengan aras sesuatu bunyi sama ada bunyi tinggi atau bunyi rendah. Contoh: Pic rendah Pic tinggi

Pic bergerak secara bertangga, melompat dan mendatar. (i) Pergerakan bertangga

1.2.2 Skel Skel adalah suatu siri pic yang disusun secara menaik atau menurun mengikut jeda tertentu dan mew ujudkan kesan nada atau tonaliti. Dalam muzik KBSR, hanya dua jenis skel sahaja yang ditegaskan iaitu skel Major dan skel minor (harmonik). (i) Skel Major menaik (ii) Skel minor menaik (iii) Pergerakan mendatar (ii) Pergerakan melompat

1.2.3 Frasa Frasa adalah sekumpulan not yang membentuk satu unit penyataan muzik yang signifikan atau satu keratan lagu. Dalam penulisan skor muzik, frasa ditanda dengan simbol.

1.2.4 Harmoni Harmoni adalah bunyi muzikal yang dihasilkan melalui kombinasi dua atau lebih not yang berbunyi serentak. Ini melibatkan kaunter melodi yang terdiri
7

daripada dua lapisan suara, dalam bentuk kaunter melodi, kord, dron dan ostinato.

1.2.5 Warna ton Warna ton merupakan karekter atau kualiti bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu alat muzik atau suara, sama ada bunyi berat atau bunyi ringan. Contoh : i) Dram bes - bunyi berat ii) Kastanet - bunyi ringan

1.2.6 Tekstur Tekstur adalah berkaitan dengan jalinan lapisan-lapisan suara dalam sesebuah lagu. Tekstur lagu boleh jadi nipis atau tebal bergantung kepada bilangan lapisan suara atau bunyi yang terdapat dalam sesebuah gubahan.

1.2.7 Bentuk Bentuk sesebuah karya ditentukan oleh gabungan beberapa segmen muzik. Segmen muzik ini boleh terdir i daripada motif, frasa dan seksyen. Segmen-segmen muzik ini boleh diulang dan dipelbagaikan untuk membentuk sesebuah karya muzik. 1.3 EKSPRESI Ekspresi adalah berkaitan dengan pernyataan perasaan dan fikiran yang ditonjolkan oleh sesebuah lagu atau karya muzik. Pernyataan perasaan dan fikiran ini dapat
8

disampaikan melalui mud dan dinamik apabila muzik diperdengarkan.

1.3.1 Mud Mud membentuk sifat atau suasana sesebuah karya muzik. Ia selalu dilahirkan dalam bentuk perasaan ketika karya muzik dipersembahkan. Mud lazimnya dinyatakan sebagai riang, sedih, bersemangat dan sebagainya.

1.3.2 Dinamik Dinamik adalah berkaitan dengan sifat kuat atau lembut bunyi muzik yang dihasilkan. Dalam skor Iagu, dinamik dinyatakan dalam bentuk tanda isyarat dan istilah seperti beransur lembut dan beransur kuat

Anda mungkin juga menyukai