Anda di halaman 1dari 24

PENGHARGAAN. Pertama sekali, kami ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya.

Alhamdulillah, Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi subjek Kemahiran Kecerdasan Emosi ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi besar kita Muhammad s.a.w dan kepada ahli keluarganya, seterusnya kepada para sahabat baginda dan para tabi'n, para alim ulama sehinggalah kepada sekelian hamba-hamba Allah yang mengikuti jejak langkah mereka. Seinfiniti perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Mohd Anuar bin Husin selaku Pensyarah Penasihat mata pelajaran ini yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan Kerja Kursus ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripadanya, mana mungkin saya akan dapat menghasilkan satu tugasan yang baik. Terima kasih juga kepada semua pensyarah di Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Mizan khususnya, yang telah banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada saya semasa proses kajian dijalankan. Terima kasih yang amat terhingga juga saya sisipkan kepada kedua orang tua saya yang telah mendidik dan mengasuh saya dari kecil hinggalah ke hari ini dalam keta'atan kepada Allah s.w.t. Tidak lupa juga untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan dorongan disamping idea-idea yang bernas pada masa saya ketandusan idea, budi kalian akan saya kenang. Semoga Allah s.w.t. memberikan ganjaran pahala yang besar kepada semua hamba-hamba-Nya yang sentiasa membantu saudaranya Akhir kata,

sepuluh jari disusun mengatur kemaafan kiranya ada salah silap dalam menyiapkan kerja kursus ini. Pancaindera lidah dibentuk mengucapkan jutaan terima kasih

kepada semua pihak yang telah terlibat dalam usaha menyiapkan kerja kursus ini.

1.0. PENGENALAN.
Manusia adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T yang sempurna dan yang membezakannya dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini adalah

pengurniaan akal dan fikiran yang baik. Melalui akal fikiran inilah, berkembangnya emosi manusia seiring dengan peredaran masa. Perasaan dan emosi seperti sedih ,ketawa ,takut mencorakkan warna kehidupan ,membentuk sikap dan personaliti seseorang. Perkataan emotion ini berasal daripada perkataan Greek emovere yang bermaksud untuk keluar. Maka untuk itu, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. Kebolehan untuk mengecam perasaan orang lain serta memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan kita dengan orang lain dengan baik dipanggil Kompetensi Kecerdasan Emosi. Kecerdasan emosi didefinisikan juga sebagai sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi diantara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya, manfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu.(Young ,1996). Kecerdasan Emosi adalah banyak dibelajar sepanjang hidup kita dan kompetensi kita dalamnya boleh berkembang sepanjang hidup .Kecerdasan Emosi ini dipanggil EQ (Emotional Quotient).Mengikut Danial Goleman (1995) ,EQ adalah prasyarat untuk keberkesanan IQ.Maksudnya ,IQ kita tidak akan berfungsi dengan baik sekiranya bahagian otak kita rosak daripada kecacatan emosi. Beliau turut menyatakan penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan intelektual (IQ), tetapi yang lebih penting ialah kecerdasan emosi (EQ). EQ meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek dalam kehidupan seseorang individu ,termasuk aspek kesihatan dan sosial. (Working with Emotional Intelligence:Goleman ,D .1998). Selain itu, beliau Berpendapat bahawa IQ bersifat relatif tetap ,sementara EQ bersifat boleh berubah sehingga dapat dibentuk dan dipelajari.

Dalam pekerjaaan menurutnya people of high IQ flounder and those of moderate IQ do surprisingly welllack of emotional intelligence can sabotage the intellect and ruin career Ini bermaksud kejayaan diri dalam pekerjaan perlu seimbang dengan aspek emosi. Kecerdasan emosi boleh dikembangkan seumur hidup melalui proses pembelajaran. Kecerdasan emosi lahir seiring dengan pertumbuhan seseorang individu sejak lahir sehinggalah beliau meninggal dunia. Pertumbuhan kecerdasan emosi dipengaruhi oleh keluarga, lingkungan persekitaran dan contoh-contoh pengalaman yang diperolehi seseorang sejak lahir dari kedua ibu bapanya. Kecerdasan emosi mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia yang semakin moden dan maju kini. Antara aspek kecerdasan emosi yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia kini adalah seperti berikut:I. II. III. IV. V. VI. VII. Empati iaitu memahami orang lain secara mendalam Mengungkapkan dan memahami perasaan Mengendalikan amarah Kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari Kemampuan untuk menyesuaikan diri Disukai oleh orang lain Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di sekeliling VIII. IX. X. Semangat setiakawan Keramahan Sikap hormat-menghormati

2.0. KONSEP KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI.


Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, kompetensi bermaksud hak ataupun kuasa untuk memutuskan atau melakukan sesuatu. Kecerdasan ialah kesempurnaan akal untuk berfikir atau mengerti sesuatu. Emosi pula bermaksud perasaan jiwa yang kuat seperti gembira atau suka ataupun disebut juga perasaan untuk merasa sesuatu dalam hati atau batin. Salovey dan Mayor (1993) berpendapat, kompetensi kecerdasan emosi (KKE) adalah kebolehan untuk mengenali perasaan sendiri dan perasaan orang lain bertujuan untuk memotivasi dan mengurus emosi diri sendiri dalam usaha membina dan mengekalkan hubungan dengan orang lain. Menurut Young (1996), kecerdasan emosi diertikan sebagai sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya memanfaatkan maklumat-maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu. Neely (1997) mendefinisikan kecerdasan emosi secara saintifik sebagai satu rangkaian kebolehan yang melibatkan dua proses berlaku serentak secara tidak langsung iaitu tindakbalas otak dan tindakbalas emosi, keupayaan dan kecekapan yang mempengaruhi kebolehan seseorang untuk menghadapi cabaran persekitaran. Copper dan Sawaf (1998) mengatakan bahawa kecerdasan emosional adalah kemampuan merasakan, memahami, dan secara selektif menerapkan daya dan kepekaan emosi sebagai sumber tenaga dan pengaruh yang manusia. Kecerdasan emosi menuntut meramal perasaan, untuk belajar mengakui, menghargai perasaan pada diri dan orang lain serta mengganggapnya dengan tepat, menerapkan secara efektif tenaga emosi dalam kehidupan sehari-hari. Daniel Goleman (1998) pula mengatakan, kecerdasan emosi adalah the ability to monitor ones own and others emotions, to discriminate among them, and to use the information to guide ones thinking and actions. Maksudnya, kemampuan untuk mengenalpasti emosi sendiri dan orang lain, membezakan emosi-emosi tersebut dan menggunakan maklumat tersebut untuk memandu pemikiran dan tindakan.
4

Sementara

itu,

Howes

dan

horald

(1999)

pula

mengatakan

pada

intinya, kecerdasaan emosional merupakan komponen yang membuat seseorang menjadi pintar menggunakan emosi. Lebih lanjut dijelaskan bahwa emosi manusia berada di wilayah dari perasaan lubuk hati, naluri yang tersembunyi, dan sensasi emosi yang apabila diakui dan dihormati, kecerdasaan emosional menyediakan pemahaman yang lebih mendalam dan lebih utuh tentang diri sendiri dan orang lain. Dio (2003) menyatakan dalam konteks pekerjaan, pengertian kecerdasan

emosi adalah kemampuan untuk mengetahui yang orang lain rasakan, termasuk cara tepat untuk menangani masalah. Orang lain yang dimaksudkan adalah biasanya meliputi orang atasan, rakan sejawat, orang bawahan atau juga pelanggan. Realiti menunjukkan seringkali individu tidak mampu menangani masalah masalah emosional di tempat kerja secara memuaskan. Bukan saja tidak mampu memahami perasaan diri sendiri, melainkan juga perasaan orang lain yang berinteraksi dengan kita. Akibatnya sering terjadi salah faham dan konflik antara peribadi. Hein (2004) mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai: The mental ability we are born with which gives us our emotional sensitivity and our potential for emotional learning management skills which can help us maximize our long- term health, happiness and survival. Sementara itu, Harmoko (2005) pula mengatakan kecerdasan emosi dapat diertikan kemampuan untuk mengenali, mengelola, dan mengekspresikan dengan tepat, termasuk untuk memotivasi diri sendiri, mengenali emosi orang lain, serta membina hubungan dengan orang lain. Jelas bila seorang indiovidu mempunyai kecerdasan emosi tinggi, dapat hidup lebih bahagia dan sukses karena percaya diri serta mampu menguasai emosi atau mempunyai kesehatan mental yang baik.

Jadi, dapatlah dirumuskan di sini bahawa KKE bermaksud kebolehan untuk mengenalpasti perasaan sendiri dan orang orang lain serta memotivasikan diri untuk mengurus emosi sendiri serta perhubungan dengan orang lain dengan baik.

3.0.

FAKTOR-FAKTOR EMOSI INDIVIDU.

MEMPENGARUHI

MASALAH

PERKEMBANGAN

Perempuan mempunyai ekspresi lebih takut berbanding lelaki. Jantina

Status Kanak-kanak kelas rendah lebih terdedah kepada masalah keganasan. Sosioeko nomi

Keadaan Fizikal

Kelaparan, kepenatan dan keadaan fizikal yang tidak baik.

Hubunga n Sosial

Kumpulan manusia yang takut untuk bergaul.

Personalit i

Kanak-kanak tidak yakin dan lebih takut.

Persekitar an

Masalah pencemaran, kebakaran dan sebagainya.

Kewanga n

Tanpa wang, manusia boleh didatangi pelbagai masalah lain.

Kepintara n

Mereka yang pintar lebih peka kepada keadaan bahaya

Rajah 1. Faktor-faktor mempengaruhi perkembangan emosi individu.

4.0. KES KENAKALAN REMAJA MASA KINI.

Seks bebas/ seks rambang

Lari dari rumah

Buli

Vandalisme

Penyalahgunaan dadah

Rajah 2. Kes kenakalan remaja masa kini. Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah

membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita. Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah para remaja mula

mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa (Bettelheim, 1950). Mereka bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri atau berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, ponteng sekolah, lari dari rumah, seks bebas serta serta lagi melepak tidak memeranjatkan kita. Mereka kini sudah berani melakukan perbuatan jenayah berat seperti menganggotai kumpulan samseng seperti kumpulan gengsterisme,

membunuh, samun tanpa senjata api mahupun dengan senjata api, merogol, pelacuran, judi, vandalisme, penyalahgunaan dadah, minum minuman keras, terbabit video lucah dan sebagainya. Keadaan seperti ini bukan sahaja berlaku disekolah bandar dan di pinggiran bandar, malah disekolah luar bandar. Pelajar yang sering melanggar disiplin atau salah laku sekolah digelar pelajar devian. 4.1. Seks Bebas Dan Jenayah Seksual Seks bebas dan jenayah seksual di kalangan pelajar kini

semakin menular dan membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota. Apa yang menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun tingkatan ketika mereka mereka berada di

satu dan dua. Seorang guru disiplin di sebuah sekolah

menengah mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang disimpan dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah tersebut Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius. Seorang lagi guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa beliau pernah membuat tinjauan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada waktu malam dan merasa sungguh terkejut

kerana mendapati pelajarnya, lelaki dan perempuan meneguk minuman keras tanpa segan silu di khalayak ramai. Beliau juga mendedahkan terdapat seorang pelajar wanita di sekolahnya terlibat dalam pengedaran pil ecstasy.
8

Pelajat terbabit kerap ponteng sekolah dan apabila disiasat , pihak sekolah mendapati pelajar itu adalah ketua pengedar pil ecstasy di sekolah itu. Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim, jenayah seksual di kalangan pelajar terutamanya di sekitar Kuala Lumpur semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Di antara jenayah

seksual yang mereka lakukan seperti mencabul kehormatan , merogol dan juga pelacuran . Mangsa yang dicabul oleh mereka bukan sahaja pelajar wanita tetapi juga wanita-wanita dewasa. Selain jenayah seksual, beliau mendedahkan mengenai masalah seks rambang, hamil luar nikah

dan pelacuran dikalangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT). Menurutnya, sehingga bulan Jun tahun ini, seramai 141 gadis bawah umur berjaya diselamatkan daripada kancah pelacuran dan kegiatan seks haram di seluruh negara dan sepanjang tahun lalu pula seramai 230 remaja bawah umur yang terlibat berjaya diselamatkan dan dihantar ke pusat

pemulihan akhlak. Berikut adalah merupakan laporan media tempatan mengenai kes ini: 4.1.1. 21 kes pelajar mengandung, bersalin anak luar nikah sejak 2006 KUALA LUMPUR: Sebanyak 21 kes pelajar yang mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang telah dikesan oleh Kementerian Pelajaran. Timbalan Menteri

Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata 12 daripadanya berlaku di sekolah luar bandar dan sembilan di kawasan bandar. "Siasatan yang dilakukan kementerian menunjukkan bahawa 20 kes adalah berdasarkan suka sama suka antara pasangan manakala satu kes melibatkan kes rogol," katanya. Ketika menjawab soalan Senator Datuk Azian Osman di persidangan Dewan Negara di sini hari ini, beliau berkata kesemua kes berkenaan berlaku di dalam kawasan perumahan masingmasing.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seks oral dibawah meja di bilik darjah oleh empat orang murid tahun dua di sebuah sekolah rendah di Taiping. Hasil siasatan guru-guru, didapati bahawa seorang daripada murid itu mengulangi apa yang yang dilihatnya dalam sebuah filem lucah , bersama-sama ibu bapanya pada malam sebelumnya. Di sebabkan oleh sebab sifat ingin tahu, dia meminta rakan-rakannya untuk mencubanya di bawah meja selepas guru mereka meninggalkan bilik darjah.

Namun apa yang sangat menyedihkan ialah sikap ibu bapa itu sendiri yang sanggup mendedahkan anaknya kearah gejala sosial dengan menonton video lucah bersama-samanya. Remaja dan pelajar merupakan golongan pewaris kepimpinan hari ini dan penerus wawasan negara. Kepesatan pembangunan ekonomi dan teknologi telah memberikan kesan kepada pembangunan sosial dan insaniah para pelajar. Minda mereka menjadi lebih terbuka dan bebas. Salah satu daripada gejala yang berlaku pada masa kini ialah masalah penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan remaja.

Aktiviti seperti "Lepak Siber", melayari halaman lucah dan hiburan keterlaluan, penyebaran fitnah dan sebagainya merupakan gejala negatif yang semakin menular di kalangan remaja. Justeru itu, satu bentuk langkah pembendungan dan penyelesaian terbuka yang sesuai dengan minat dan citarasa mereka ini perlu dilaksanakan agar mereka dapat mempertingkatkan potensi diri mereka dan memanfaatkannya ke arah yang lebih positif.

4.2. Samseng Dan Gengsterisme


Gejala samseng atau gengsterime di sekolah menengah di seluruh negara juga semakin membimbangkan. Mereka ternyata semakin berani mencabar undang-undang dan tidak takut melakukan kesalahan

jenayah termasuk menggunakan senjata merbahaya. Berita Harian , 12 Julai 2001 lalu melaporkan dalam tempoh 10 tahun antara 1989 hingga 1998 kadar jenayah membabitkan remaja lelaki dan pelajar meningkat sebanyak 35 peratus dan 25 peratus bagi remaja perempuan. Kemeterian Pendidikan dengan kerjasama polis telah mengenal pasti pelajar di 456

sekolah menengah di seluruh negara terdedah kepada kegiatan samseng.


10

Angka ini bukan sedikit dan menunjukkan gejala ini ini berada pada tahap membimbangkan. Berikut adalah antara kes yang telah berlaku: 4.2.1. Ibu dibelasah lima pelajar perempuan depan anak. PETALING JAYA: Seorang eksekutif wanita dibelasah

sekumpulan enam pelajar perempuan Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah di sini, di depan anaknya dan puluhan pelajar lain, kelmarin. Ibu berusia 33 tahun itu dikatakan diserang di luar kawasan sekolah berkenaan, kira-kira jam 1.15 tengah hari, selepas memarahi seorang daripada pelajar terbabit yang mengganggu serta mengejek anak perempuannya yang juga pelajar Tingkatan Lima sekolah itu. Zatul Bazamah Zainal Abidin, dikatakan ditendang, dipijak dan rambutnya ditarik oleh

kumpulan pelajar terbabit hampir setengah jam sebelum kejadian itu dileraikan tiga anggota polis yang tiba sebaik menerima panggilan orang ramai. Berikutan kejadian itu, Zatul Bazamah yang mengalami kesakitan di seluruh badan, membuat laporan di Balai Polis Damansara Damai. Kalau kita menyorot kembali gejala ini, kita akan diperlihatkan kepada pembabitan pelajar dalam kes jenayah berat seperti membunuh, merogol, menyamun, mengugut dan kes pukul. Terdapat juga pelajar yang terlibat dengan dadah, mabuk, memiliki senjata api menceroboh , judi dan membuli. Peristiwa terbaru ialah kejadian membakar sekolah dan rumah guru yang dilakukan oleh pelajar sekolah. Mereka yang seawal belasan tahun sudah mula terjebak dengan jenayah ekstrem seperti membunuh , merogol dan menyamun. Bagi mereka yang sudah menjinakkan diri dengan kes seperti mencuri motosikal, pecah rumah dan memukul orang, tidak mustahil

akan terbabit dengan jenayah berat seperti membunuh, sindiket senjata api, pengedaran dadah dan juga rompakan senjata api.

11

Mengikut Parlimen,

laporan

Menteri

Pendidikan

semasa

persidangan

di

statistik kesalahan membunuh, merompak, merogol dan dadah mengikut

yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh

negeri-negeri dari tahun 1999 hingga tahun 2000 dan pertengahan tahun 2001 ialah 12 kes bunuh, 123 kes rogol dan 51 kes samun dan rompakan. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya gejala-

gejala tersebut seperti faktor rumah tangga, sekolah, persekitaran, media massa dan diri pelajar itu sendiri. Ramai pelajar dan remaja mudah

terpengaruh dengan media yang memberikan ganjaran keseronokan dan mula tersesat dengan meniru apa yang dilihat dan dibaca. Kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada pelbagai budaya luar yang kebanyakannya merosakkan pemikiran mereka. Selain itu rumah tangga yang porak peranda dan persekitaran yang tidak sihat juga menyumbang kearah kelakuan tidak baik di kalangan remaja .Sekiranya ini berlaku pelajar atau remaja akan mengambil jalan singkat dengan menjadikan perbuatan tidak sihat sebagai jalan keluar kepada permasalahan mereka.

4.3. Ponteng Sekolah.


Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial yang baru di kalangan pelajar sekolah di negara kita. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan menunjukkan pelajar terbabit dengan gejala itu agak membimbangkan iaitu 32092 orang pada tahun 1993, 154305 pada 1995 dan 80937 pada 1997. Pelajar sekolah menengah, terutama di

peringkat usia antara 14 hingga 15 tahun dikenal pasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng. Daripada keseluruhan pelajar yang dikenal pasti terbabit

dengan masalah ponteng, kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan pelajar lelaki dan baki 3 peratus adalah pelajar perempuan. Menurut

Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk Mahadzir Mohd Khir, masalah ponteng lebih ketara berlaku di kalangan pelajar peringkat

menengah iaitu tingkatan dua dan tiga terutama mereka yang bersekolah di kawasan bandar dan sekolah di pinggir bandar. Berikut merupakan contoh kes:
12

4.3.1. Pelajar ponteng ditemui mati dalam gaung KANGAR: Seorang pelajar tingkatan dua yang ponteng sekolah bersama lima rakannya, ditemui mati dalam sebuah gaung di kawasan berbukit di Telok Lalang, Sungai Batu Pahat dekat sini, awal hari ini. Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, berkata mayat Mohd Ridzuan Baharom, 14, yang parah di bahagian muka dan kepala, ditemui polis tersangkut pada pokok jam 12.30 tengah malam tadi. Pelajar itu yang menuntut di sebuah sekolah menengah di Abi di sini, disedari hilang oleh keluarganya setelah tidak pulang ke rumah pukul 6 petang semalam dan kakak Mohd Ridzuan membuat laporan polis mengenai kehilangannya pada 7 petang, katanya kepada pemberita di sini. Abdul Rahman berkata polis bersama penduduk kampung itu melancarkan gerakan mencari mangsa selepas menerima laporan mengenai kehilangannya. Katanya mangsa bersama lima rakan sekolahnya dipercayai menaiki bukit itu menggunakan tiga buah motosikal jam 11 pagi semalam. - Bernama Di antara faktor-faktor yang menyumbang kearah berlakunya gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah ialah tiadanya minat atau motivasi untuk ke sekolah, tiada kesedaran betapa pentingnya ilmu pengetahuan, pengaruh persekitaran seperti melepak di pusat hiburan, pusat membeli belah, melayari internet di kafe siber dan terikut-ikut atau terpengaruh dengan rakan sebaya. Sesungguhnya gejala ponteng sekolah adalah masalah serius yang perlu diberi perhatian.dengan mengambil pendekatan bersepadu dengan

mengesan punca pelajar terbabit dengan gejala itu dan kaedah yang berkesan untuk menanganinya.

13

4.4. Black Metal.


Saban hari bilangan remaja yang terjebak dengan gejala sosial kian meningkat. Yang lebih menyayatkan adalah gejala ini seolah-olah epidemik atau wabak yang menjangkiti remaja melayu babak demi babak, peringkat demi peringkat dan yang terakhir dan masih terasa bahangnya ialah masalah Black Metal dan kini Pink Metal. Semua ini sebenarnya adalah masalah lama yang diberi manifestasi baru kerana kelekaan sendiri. Masalah Black Metal misalnya merupakan masalah masyarakat yang telah membelakangkan adab dan budayanya sendiri sehingga wujud satu kekosongan atau vacum yang kaku dan bisu. Kegiatan Black Metal adalah suatu kegiatan yang mempunyai unsur pemujaan dan penyembahan syaitan malah ada pengikut

mereka yang sudah meminum darah kambing sebagai tanda setia kepada kumpulan mereka.. Hasil daripada siasatan, polis mendapati 10 pelajar dari sebuah sekolah menengah di Parit Buntar mula terbabit dengan kumpulan Black Metal sejak 1999. Ada diantara pelajar berkenaaan terbabit dalam upacara membakar ayat Al Quran dan mengikuti upacara yang diketuai `tok guru` yang berselubung hitam. Akibat dari ketandusan aqidah , pelajar Islam dengan Uluhiyyah. agenda Adalah Yahudi dengan mula terpengaruh tauhid

menafikan

menjadi perkara yang sangat menyedihkan dan

mengecewakan apabila terdapat golongan pelajar Islam di negara ini yang terpengaruh dengan budaya yang kurang sihat ini. Ilmu dan pengajaran daripada simpulan bahasa dan perumpamaan melayu misalnya, tidak

langsung mendapat tempat sebagai pegangan hidup kita. Membenteras gejala negatif ini merupakan tanggungjawab sosial semua pihak dari seluruh anggota masyarakat. Usaha ini memerlukan

kerjasama yang padu di kalangan anggota masyarakat. Dengan komitmen, kesungguhan dan keikhlasan semua pihak, gejala ini akan dapat ditangani dengan sebaiknya, tanpa kita membebankan mana-mana pihak.

14

4.5. Dadah, Merokok dan Lari Dari Rumah.


Penglibatan pelajar sekolah di negara kita dalam kes merokok, dadah, lari dari rumah dan judi bukanlah perkara yang baru. Bagi kesalahan penyalahgunaan dadah yang dilakukan oleh pelajar sekolah bagi tahun 1999 ialah sebanyak 328 kes manakala bagi tahun 2000 ialah sebanyak 448 kes. Diantara jenis-jenis dadah yang dikesan dikalangan pelajar ialah ganja, heroin, pil ectasy, menghidu gam, meminum ubat batuk dan lain-lain bahan yang mempunyai kesan-kesan dadah. Akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 25.08.2000 melaporkan bahawa 10 orang pelajar ditahan dalam serbuan polis yang disyaki ponteng dan menghidu gam. Masalah merokok di kalangan pelajar pula semakin bertambah bilangannya dari sehari ke sehari. Akhbar Berita Harian bertarikh 30.03 1998 melaporkan terdapat lebih 7000 murid tahun 4 telah merokok diseluruh negeri. Berikut pula adalah laporan dalam Berita Harian mengenai kes lari dari rumah: 4.5.1. Pelajar pintar mahu segera nikah. LANGKAWI: Halimaton Abd Rashid, 15, pelajar pintar yang dilaporkan hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sejak lapan hari lalu kini berada di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Kisap, di sini. Ketika ditemui, Halimaton yang berasal dari Kampung Lanai, Kupang, Baling, berkata dia sanggup meredah segala kepayahan bagi memastikan dia dan teman lelakinya, Mohamad Noor Abdullah, 19, dapat berkahwin dalam tempoh terdekat. Halimaton juga menafikan dakwaan kakaknya, Hamiza, 23, dan ibunya, Normah Abd Mutalib, 46, mengenai dirinya, selain menyifatkan ia sebagai fitnah. Saya keluar dari rumah kakak di Sungai Petani jam 9 pagi Isnin lalu dengan rela hati sebelum menaiki bas ke jeti Kuala Perlis sebelum menaiki feri ke Langkawi dan dijemput adik Mohamad Noor pada jam 11.30 pagi di jeti Kuah. Saya terus ke rumah mak cik (ibu Mohamad Noor). Jadi dakwaan dibuat kakak

15

dan ibu mengatakan saya dilarikan adalah fitnah, katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Terdapat beberapa sebab pelajar merokok seperti ingin menonjolkan imej yang hebat dan kedewasaan, ingin mencuba, dan mengikut tingkah laku ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan iklan serta mudah diperolehi di pasaran. Manakala satu lagi kesalahan yang selalu melibatkan para remaja ialah lari atau hilang dari rumah. Statistik untuk tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan remaja yang lari atau menghilangkan dari rumah semakin membimbangkan. Masalah ini mungkin akan menyebabkan wujudnya masalah yang lebih besar apabila mereka menghadapi kesulitan hidup setelah dari dari rumah seperti terlibat dalam pelacuran, pelayan di kelab malam atau disco dan sebagainya.

16

5.0.

IMPLIKASI MASALAH EMOSI KANAK-KANAK KE ATAS PERKEMBANGAN MASA DEPAN.

Kehidupan dipersiakan begitu sahaja.

Sukar untuk mendapat pekerjaan jika mempunyai rekod yang buruk.

Dunia sekarang yang penuh mencabar memungkinkan mereka terjebak dalam masalah sosial.

Remaja mudah terpengaruh dengan kegiatan negatif keran mereka mempunyai sifat-sifat negatif.

Pemikiran mereka dipenuhi dengan keburukan dan pergaulan bebas membuatkan mereka melakukan tindakan di luar kawalan.

Rajah 3. Kesan masalah emosi kanak-kanak pada masa hadapan.

17

6.0.

KEPENTINGAN GURU MENGAWAL EMOSI DI BILIK DARJAH SUPAYA SUASANA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LEBIH KONDUSIF.

Mengelakkan stres

Mempengaruhi tahap pencapaian pelajar

Keselesaan semasa proses P&P

Pelajar memberi tumpuan terhadap pembelajaran

Rajah 4. Kesan guru mengawal stress. Pengawalan emosi sangat penting kepada setiap individu terutamanya kepada individu yang mempunyai kerjaya dalam bidang perguruan. Hal ini kerana, pengawalan emosi yang baik mampu membantu seseorang menangani tekanan atau stres. Jika seseorang guru dipengaruhi stres, guru tersebut tidak dapat membuat keputusan yang rasional dan seterusnya tahap pencapaian kerjayanya akan terganggu. Sebagai contoh, seorang guru yang mengalami stres akibat masalah rumah tangganya berkemungkinan besar akan terbawa-bawa masalah itu ketika proses P&P dijalankan. Kesannya, guru tersebut mudah marah kerana tidak dapat berfikir dengan rasional dan keinginannya untuk melepaskan masalah yang dirasakannya berat. Hasilnya, para pelajar berasa takut untuk bertanya apa yang tidak difahaminya. Jika guru tersebut mampu mengawal emosinya, dia pasti akan bersabar dan mengasingkan masalah diri dengan kerjayanya. Guru tersebut tidak dipengaruhi masalah peribadi dan dapat menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya.

18

19 Dengan pengawalan emosi yang baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran, para pelajar akan berasa lebih selesa semasa menuntut ilmu. Tambahan pula, mereka akan merasa lebih yakin dan suka untuk berdampingan dengan guru dan bertanyakan kepada guru mengenai perkara yang tidak mereka fahami. Hal ini jelas dapat dilihat di mana-mana sahaja. Seseorang akan suka berdampingan dengan orang yang tenang dan tidak kuat marah dan pelajar tidak terkecuali berperasaan begitu kepada gurunya. Seorang guru seharusnya menitik beratkan masa depan anak muridnya, selaras dengan pendapat Fullan (1993) iaitu guru masa depan ialah guru yang membuat komitmen moral yang akan merubah kehidupan anak muridnya. Jika diteliti dengan baik, tahap pencapaian pelajar berkait rapat dengan pengawalan emosi guru. Hal ini kerana, dengan pengawalan emosi yang baik, pelajar akan berasa selesa semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan berlaku sebaliknya jika guru tidak mengawal dan mengurus emosinya dengan baik. Hal ini terbukti apabila mereka tidak berasa malu untuk menjawab soalan yang diberikan guru. Malahan, mereka berasa gembira dan berlumba-lumba untuk menjawab soalan yang diberi oleh guru. Guru boleh membuat penilaian dalam mengurangkan kadar ponteng dan permasalahan disiplin pelajar melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kadar bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam sesebuah bilik darjah bukan satu ukuran yang subjektif untuk dibuat satu kesimpulan bahawa kelas tersebut tidak boleh dibangunkan.Kecekapan dankesungguhan yang ditunjukkan oleh guru boleh menghasilkan bilik darjah sebagai sebuah rumah dalam slogan bilik darjahku, rumahku. Kemahiran mengawal disiplin pelajar sangat penting kerana seorang guru tidak boleh melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sekiranya para pelajar tidak dapat memberikan tumpuan atau fokus dalam bilik darjah. Guru mungkin berhadapan dengan beberapa pelajar yang nakal tetapi seharusnya diingatkan bahawa bukan semua pelajar menjadi punca segala permasalahan yang timbul kerana jika tiada pengawalan yang baik, jumlah pelajar

19

yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah dan akhirnya menjejaskan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran dalam bilik darjah. Antara strategi bagi mengawal keadaan ini adalah guru memainkan peranan penting dengan mengenalpasti pelajarnya yang boleh menimbulkan punca permasalahan supaya pelajar lain tidak menjadi pakturut semata-mata.

Permasalahan yang diwujudkan oleh rakan mereka itu perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum bertindak untuk cuba membantu menyelesaikan permasalahan tersebut. Pendekatan boleh dilakukan dalam aktiviti pengajaran dengan banyak berinteraksi dengan pelajar yang berkenaan sehingga pelajar tersebut merasakan dirinya mendapat perhatian dandihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana tingkahlakunya yang tidak disenangi guru. Beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan dalam pengurusan tingkahlaku pelajar adalah seperti menerangkan peraturan yang wajib dipatuhi oleh pelajar sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan selain menyatakan sebab-sebab serta objektif pelaksanaannya. Guru perlu membiasakan diri menepati masa datang kebilik darjah untuk mengelakkan tumpuan pelajar terganggu. Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian pelajar yang dimulakan dengan set induksi yang menarik kemudian diikuti dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran boleh menghilangkan rasa kebosanan pelajar selain melakukan beberapa tugasan yang berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut. Guru tidak boleh melengah-lengahkan waktu untuk memulakan pengajaran dan melambatkan untuk menamatkan pembelajaran bagi mengelakkan pelajar melakukan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan hasil pembelajaran. Guru yang kreatif perlu merangsangkan minda pelajar dengan kata-kata motivasi disamping jenaka sense humor dan pujian supaya suasana bilik darjah ceria dan tidak membosankan. Guru yang cemerlang ialah guru yang bijak mengawal emosi dirinya serta emosi para pelajarnya. Dengan pengawalan emosi yang baik, pelajar akan lebih berminat untuk belajar dan akan memberi sepenuh tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sebenarnya, dengan tumpuan 100% terhadap pembelajaran di dalam kelas, seseorang pelajar itu sudah mampu memperoleh keputusan yang cemerlag walaupun kurang membuat ulangkaji di rumah. Hal ini
20

kerana, ilmu yang diajar di dalam kelas selari dengan kehendak peperiksaan. Oleh itu, ilmu yang diperoleh di dalam kelas sangat berguna untuk menjawab soalan peperiksaan. Berikut adalah merupakan antara insiden yang menimbulkan kontroversi dalam bidang pergruan akibat sesetengah guru tidak dapat mengawal emosi mereka: 1. Seorang murid tahun tiga rosak saluran pendengaran kanan dan demam selain bengkak setelah ditampar guru disiplin gara-gara lewat ke sekolah yang disebabkan dia terperangkap dalam kesesakan jalan raya. 2. Seorang murid tahun empat mengalami sesak nafas sehingga pucat dan kebiruan setelah disepak oleh guru besar sekolahnya kerana dia salah menulis jawapan pada kertas jawapan dan bukan pada kertas soalan seperti yang diarahkan oelh guru tersebut. 3. Seorang guru membelasah seorang murid lelaki sehingga menyebabkan lebam dan kecederaan kerana salah menyangka murid berkenaan hendak memukul seorang pelajar lain. 4. Seorang guru ditahan polis atas tuduhan merogol seorang pelajar. Dalam siasatan awal, pihak polis mendapati suspek dan mangsa adalah pasangan kekasih. Ibu pelajar berkenaan yang juga guru disiplin di sekolah itu telah menarik kembali laporan kerana ingin menutup malu. 5. Seorang murid tahun satu di sebuah sekolah di Sanglang, mengalami pendarahan di pipi akibat dicakar oleh gurunya. Pelajar itu juga pernah demam akibat disuruh ketuk ketampi oleh guru yang sama.

5.1.

Kesan positif guru yang berjaya mengawal emosi. I. II. III. IV. Murid lebih aktif bertanya. Murid lebih berminat dengan pengajaran. Murid tidak akan berasa bosan dalam pelajaran. Murid akan berasa lebih tenang dan selesa.

5.2.

Kesan negatif guru yang tidak mengawal emosi. I. II. III. IV. Murid hilang minat belajar. Murid menjadi lebih pasif. Murid akan sentiasa dalam keadaan takut. Murid tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran.
21

7.0.

RUMUSAN. Melihat kepada permasalahan dan gejala sosial yang melanda para

pelajar dan remaja kita pada hari ini amatlah mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi Malaysia. Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkahlaku pelajar dan remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada punca masalah dan biasanya bersifat umum sahaja. Di sebabkan terlalu banyak punca yang diramalkan, tindakan untuk membendung masalah tidak lagi berfokus. Meskipun ada cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah, namun ia hanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar. Memang ada program yang dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat kepada segelintir mereka sahaja dan lebih bersifat komersial. Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul

tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Sebagai masyarakat mikro, sekolah sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang ada dalam masyarakat makro. Oleh itu adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat melalui interaksi mereka di sekolah. Kerajaan juga perlu melancarkan satu kempen yang menyeluruh untuk menyedarkan remaja dan pelajar supaya menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang boleh merosakkan diri dan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman. Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini.

22

8.0.

REFLEKSI Alhamdulillah,pertama sekali saya bersyukur kehadrat Illahi dan berasa

sangat gembira kerana dapat menyiapkan kerja kursus Kompetensi Kecerdasan Emosi ini dengan jayanya. Selain itu, saya berasa gembira kerana pensyarah memberi peluang kepada saya untuk mencari pelbagai sumber bagi mendapatkan maklumat. Saya banyak mendapat sumber dari internet dan memperolehi maklumat daripada buku yang dipinjam daripada perpustakaan. Di samping itu, banyak maklumat yang saya fahami antaranya dapat mengetahui dengan lebih banyak ilmu tentang konsep dan kepentingan kecerdasan emosi dan tingkah laku bagi setiap komponen kompetensi kecerdasan emosi. Saya berharap subjek kemahiran kecerdasan emosi ini dapat diadaptasikan dalam kehidupan seharian. Tambahan pula diri saya ini yang bakal bergelar guru nanti dapat bersedia dengan sebaiknya untuk mendidik anak bangsa. Walaupun banyak kerja yang perlu dilaksanakan tetapi saya memperoleh pelbagai manfaat dan lebih berpengetahuan. Akhir kata, ilmu yang diperolehi akan dimanfaatkan dengan sempurna.

23

BIBLIOGRAFI.
Cooper and Sawaf. 1999. Executive EQ: Kecerdasan Emotional Dalam Kepemimpinan dan Organisasi (terjemahan Widodo). Jakarta: PT. Gramedia Pustaka Utama. Mastura Badzis (2002) & lsquo; Planning an Affective Education for Pre-school Children: within Islamic and Western Perspective & rsquo; Jurnal Pendidikan Islam, Vol. 10, No. 2, pp.65-78. Aminuddin Mohd Yusof (1992). Tingkahlaku pemimpin; Faktor wujudulu dan sumbangan kepada keberkesanan kepimpinan. Tesis PhD, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Amir Hasan Dawi, 2001. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Tanjong Malim: Quantum Books. Alex Inkeles, 1982 . What is Sociology? : An Introduction to the Discipline and Profession. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahadi Osman, 1996 . Masyarakat melayu dan gejala sosial. KualaLumpur: Institut Perkembangan Minda. Utusan Malaysia, 20 Sept.2000. Seks Bebas. Berita Harian, 1 Julai 2000. Punca Masalah Disiplin Pelajar. Utusan Malaysia, 17 Oktober 2000. Jenayah Pelajar. Berita Harian, 31 Mei 2000. Tangani Masalah Remaja Lebih Serius. http://www.scribd.com/doc/13961139/Aplikasi-Ilmu-Sosiologi-Pendidikan-Dalam Pengurusan-Bilik-Darjah

24

Anda mungkin juga menyukai