Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI NAMA : SITI RABIATUL ADAWIYAH BT HASSAN NO.

K/P : 920313-06-5334 NAMA PENSYARAH : ENCIK ABDULLAH ZAWAWI BIN CHE MAT SUBJEK : WAJ 3109

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpahan kurniaan nikmatNya yang tidak terhingga ini saya masih diberi peluang untuk mengecapi nikmat iman dan Islam juga nikmat kehidupan yang penuh dengan pengajaran terhadap hamba-hambaNya yang menyedari.

Tugasan yang diperolehi berkaitan kursus WAJ 3109 pada kali ini adalah tentang permainan bola baling. Saya telah mendapat bimbingan yang sangat berkesan daripada pensyarah pembimbing bagi kursus ini iaitu Encik Abdullah Zawawi Bin Che Mat. Saya telah melakukan tugasan ini bersama dua orang rakan yang lain iaitu Asmaa bt Razali dan Siti Najihan bt Wahab.

Saya berpeluang menimba ilmu tentang bola baling serta menganalisis tentang permainan ini. Terdapat beberapa jenis kemahiran yang perlu diketahui dan difahami oleh pemain supaya mereka dapat bermain dengan betul. Antara jenis-jenis kemahiran tersebut termasuklah kemahiran membuat hantaran, kemahiran melantun, menjaring, mengacah, menggelecek dan lain-lain lagi.

Pada peringkat awal mendapat tugasan, saya bersama rakan-rakan telahmembuat perbincangan dan sedikit draf tentang kerja kami. Kami telah mengambil masa untuk saling bertukar-tukar idea tentang pendapat masing-masing tentang tugasan ini. Dalam hal ini, perbezaan pendapat adalah perkara biasa. Namun, perkara itu dapat kami atasi dengan baik. Sebagai seorang guru, haruslah pandai mengawal situasi perbincangan dan kemahiran menyelasikan masalah yang baik. Sebagai contohnya, jika terdapat 30 orang murid yang mempunyai latar belakang yang berbeza di dalam sebuah kelas, sebagai guru, saya harus bijak

mengawal dan memantau mereka agar kesemua mereka selesa untuk meneruskan sesi P&P.

Banyak pengajaran dan pengalaman telah saya timba semasa melaksanakan tugasan terutama membuat rakaman tentang latihan ansur maju. Salah satunya ialah untuk membina 5 langkah bagi setiap aras. Walaupun pada hakikatnya, saya telah faham tentang apa yang ingin disampaikan, namun proses untuk membina 5 langkah latihan ansur maju bagi setiap aras ini tetap menjadi pengalaman yang sangat sukat buat saya. Hal ini kerana, saya perlu mengetahui aras pemikiran murid sekolah rendah supaya mereka dapat menerima apa yang akan disampaikan ketika sesi P&P nanti. Kami telah mengambil masa yang agak panjang untuk memmenyelesaikan masalah ini. Pada pendapat saya, ilmu tanpa amal adalah seperti pokok yang tidak berbuah. Kata-kata ini saya petik daripada pepatah arab. Hal ini saya lihat berdasarkan pengalaman saya tadi. Akhlak dan moral adalah aset penting seorang guru. Walaupun, seorang guru mempunyai ilmu yang penuh di dada, tetapi jika guru tersebut tidak pandai menggunakan kemahiran yang ada untuk menyampaikan ilmu tersebut kepada pelajar,maka adalah mustahil objektif pengajaran dapat dicapai. Oleh sebab itu, sebagai seorang guru, saya sedar betapa penting bagi diri saya untuk mempunyai akhlak dan nilai moral yang tinggi untuk membina generasi baru di sekolah kelak. Sebagai seorang guru, sangat penting untuk saya berani dan tabah untuk menghadapi sebarang masalah demi memastikan masa hadapan murid-murid cerah. Hal ini bermakna tiada lagi istilah makan gaji buta dalam kalangan guru.

Selain daripada itu juga, saya melihat subjek bola baling ini sangat penting kepada saya sebagai seorang guru. Walaupun saya bukan daripada opsyen sukan, namun sebagai seorang guru yang cemerlang, saya mestilah menyiapkan diri saya dengan segala kemahiran yang ada. hal ini supaya saya dapat mengatasi sebarang kemungkinan yang akan berlaku apabila posting di sekolah nanti. Subjek ini adalah sangat penting kepada pelajar demi memastikan mereka dapat pendidikan yang seimbang dan penting untuk pertumbuhan dan kesihatan murid masing-masing.

Oleh itu, saya percaya bahawa pendidikan bukan sahaja berlaku di dalam kelas namun, boleh berlaku di padang permainan juga. Hal ini akan berlaku jika seorang guru bijak memainkan peranannya untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid. Saya bukan lah seorang insan yang sempurna yang mampu mendepani semua perkara berlaku tanpa sebarang masalah. Tidak saya nafikan bahawa terdapat beberapa masalah yang saya alami ketika menjalankan tugasan ini seperti masalah masa, komitmen, kerjasama dan lain-lain. Tetapi saya percaya bahawa jika saya ikhlas untuk menyiapkan tugasan ini, sebarang masalah atau halangan yang ada, pasti saya dapat tempuhi. Hal ini kerana segala-galanya bermula daripada niat di hati kita sendiri.

Khulasahnya, saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini sehingga selesai. Perkara yang paling saya harapkan kepada tugasan ini adalah semoga tugasan ini dapat membentuk saya menjadi seorang guru yang menepati ciri-ciri seorang guru yang digariskan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Saya menyeru semua rakan saya agar ikhlaskan niat untuk menjadi guru kerana tugas sebagai seorang guru ini banyak untungnya. Betulkan niat kita. Kita akan mendapat untung bukan sahaja di dunia, malah juga untung di akhirat. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai