Anda di halaman 1dari 15

OUMM 3203

2013

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER / TAHUN Mei/2013

KOD KURSUS

OUMM 3203

TAJUK KURSUS PROFESSIONAL ETHICS

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : :

NUR RASHIDAH BT YUSOF 740723065486001 740723065486 019-9644142 ara.shidah@yahoo.com KELANTAN LEARNING CENTRE

~1~

OUMM 3203

2013

1.0 PENGENALAN Gejala rasuah bukan suatu fenomena yang baru. Sejarah rasuah boleh disusuri dari masa manusia mulai membentuk masyarakat bersosial sejak beribu-ribu tahun. Dr Syed Hussein Al-Attas (1980) dalam kajiannya telah mengupas kejadian rasuah di peradaban lama seperti Roman, Greek dan Cina. Kegiatan rasuah di negara ini berlaku sejak zaman kesultanan Melaka lagi. Melaka jatuh ke tangan orang-orang Portugis dikatakan ekoran dari sogokan wang oleh tentera-tentera Portugis kepada pegawai-pegawai yang bertugas di istana. Kegiatan rasuah terus wujud dan menular di Malaysia seperti tiada jalan penyelesaiannya.Sebelum dibincang lebih jauh lagi, mari kita teliti terlebih dahulu definisi rasuah. Akta Pencegahan Rasuah mendefinisikan rasuah sebagai menerima apa-apa suapan sebagai dorongan, upah, atau galakan daripada seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan. Sebagai contoh, suapan tersebut termasuklah wang ringgit, komisen, hadiah, lesen, tanah dan sebagainya.( Malaysia (1997). Undang-undang Malaysia: Akta Pencegahan Rasuah 1997:(Akta 575)

(Kamus Dewan edisi keempat 2007, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur). Dari segi bahasa, rasuah bermaksud pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok,

menyuap),(wang) tumbuk rusuk (sogok, suap). Manakala takrifan suapan atau dari sudut syarak adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudaratan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan. (http://berita-harianonline.com/tag/rasuah). Secara keseluruhannya, rasuah boleh ditakrifkan dengan pelbagai cara tetapi maksudnya adalah sama iaitu penerimaan atau pemberian sesuatu yang bertujuan melakukan perkara yang tidak digalakkan sama ada oleh undang-undang peraturan harian tertentu yang berkaitan dengan tugas. Gejala rasuah di Malaysia tidak seteruk di kebanyakkan negara membangun seperti Filipina, Bangladesh dan negara-negara dalam peralihan, tetapi ia perlu dicegah sebelum merebak. Mengikut Transparency International, pada tahun 2003, Malaysia menduduki tempat ke-37 dari segi tahap amalan rasuah, kedudukan tersebut kurang selesa berbanding negara Finland menduduki tempat pertama.

~2~

OUMM 3203

2013

Amalan rasuah ini memberi kesan yang negatif dan ianya terbukti berdasarkan kepada situasi keadaan masa sekarang dan juga sejarah-sejarah yang terdahulu yang mana kesannya memberi kesan yang buruk sama ada daripada sudut politik, masyarakat sosial dan juga kepada ekonomi sesebuah negara.

2.0 ANALISIS EKONOMI KE ATAS RASUAH Ekonomi menurut kamus dewan ditakrifkan seperti berikut :

Politik iaitu ilmu yang berkaitan dengan asas-asas pengeluaran, pembahagian, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan serta masalah yang bersangkutan . (Kamus dewan edisi baru 198 , muka surat 304 Kamus Oxford advance learner) Secara ringkasnya, ekonomi boleh didefinisikan mengkaji tingkah laku manusia di dalam membuat pilihan menggunakan sumber ekonomi yang terhad untuk memaksimumkan kehendak-kehendak atau kepuasan mereka yang tidak terbatas. Bidang ekonomi boleh dibahagikan kepada dua iaitu mikro ekonomi dan makro ekonomi. Mikroekonomi didefinisikan sebagai bidang ekonomi yang menumpukan kajian terhadap aktiviti-aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh unit-unit kecil di dalam ekonomi. Kajian mikroekonomi dibuat terhadap aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh individu, firma, dan kerajaan, misalnya kajian mengenai kesan kenaikan pendapatan individu terhadap permintaan individu dan kenaikan harga barang terhadap penawaran firma.

Secara umum, bidang kajian mikroekonomi meliputi teori harga, teori permintaan dan penawaran, teori pengeluaran, teori pasaran dan teori agihan

(http://makroekonomistpm.blogspot.com/search/label/Definisi%20dan%20Skop%20Analisis %20Makroekonomi). Manusia mempunyai kehendak yang tidak terhad dan selalu mahukan sesuatu yang melebihi daripada apa yang mereka mampu. Disebabkan ketamakan manusia itulah gejala rasuah boleh berlaku dalam pelbagai bidang seperti ekonomi dan sosial. Perbincangan tentang rasuah dalam ekonomi termasuk isu-isu penting tentang sumber dan punca rasuah dari perspektif ekonomi, kos atau kesan amalan rasuah ini ke atas firma industri dan ekonomi negara serta kesan ke atas masyarakat dan individu. Jenis rasuah yang dikenalpasti ada tiga jenis iaitu rasuah pentadbiran, rasuah dalam urusan perolehan awam dan rasuah dalam bentuk penawanan beberapa institusi negara.

~3~

OUMM 3203

2013

Pertama, rasuah dalam perolehan awam melibatkan agihan atau peruntukan kewangan dan sumber awam ataupun kerajaan. Ia kerap diukur untuk mendapatkan sesuatu kontrak kerajaan. Proses untuk mendapatkan tender berlaku pada pelbagai peringkat, bermula dari permulaan projek dan perancangan hinggalah kepada pelaksanaan projek. Jika ini berlaku secara berleluasa, ia boleh merugikan rakyat. Contohnya, dalam kecacatan di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2, keruntuhan bumbung di Stadium Terengganu. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia melibatkan belanjawan berjuta-juta ringgit. Ini kerana sumber-sumber ekonomi seperti tender-tender mudah didapati secara sogokan yang paling lumayan tetapi tidak memberi kualiti yang baik dan tidak bertanggungjawab. Akibatnya ditanggung oleh rakyat disebabkan hasil kerja buruk oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab. Misalnya, Baru-baru ini Bahagian Pembangunan Usahawan Kementerian Kerja Raya melaporkan bahawa 85.37% projek yang dilaksanakan oleh kontraktor bumiputera mengalir kepada kaum lain. Isu ketirisan projek ini telah mendapat reaksi yang hangat, khususnya bagi mereka yang sering

tertindas.(http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/311-sn113-rasuah-semakin-parah). Jika rasuah berleluasa ia boleh menyebabkan konsep keadilan terhakis. Kedua, rasuah dari segi pentadbiran di mana ia merujuk kepada penyelewengan dalam penguatkuasaan dan perlaksanaan secara sewenang-wenang seperti peraturan, undang-undang dan garis panduan. Kebanyakan berkuatkuasa oleh kakitangan awam bagi tujuan mendapatkan keuntungan peribadi secara haram. Contohnya, bahagian penguatkuasaan Imigresen yang banyak dilaporkan terjadinya rasuah dalam pengambilan pendatang tanpa izin. Laporan Audit Negara 2008,
...kelemahan dalam urusan pungutan duti tersebut seperti kelewatan ejen penghantaran atau pengimport mengikrarkan barangan dan membayar duti/cukai import, kesilapan penjenisan dan penilaian oleh Pegawai Penaksir, kelemahan pengendalian borang kastam...

http://www.pmo.gov.my/GTP/documents/Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP/Pelan%20Hala% 20Tuju%20GTP_Bab07.pdf Laporan ini menyerlahkan keadaan yang sekiranya tidak diuruskan dengan baik, mampu memberikan peluang kepada rasuah dan amalan yang tidak sewajarnya di jabatan dan syarikat kerajaan. Contoh lain, misalnya pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang jalan raya. Amalan ini biasa dilakukan oleh rakyat dengan memberi sogokan kepada pihak berkuasa supaya dilepaskan dari membayar saman.

~4~

OUMM 3203

2013

Ketiga, rasuah dari segi penawanan beberapa institusi negara. Tindakan ejen-ejen ekonomi atau firma dalam sektor awam atau swasta untuk mempengaruhi penggubalan serta perlaksanaan undang-undang, peraturan, arahan dan lain-lain dasar kerajaan supaya memihak serta memberi keuntungan kepada mereka dengan memberi sogokan kewangan. Kecekapan dan keberkesanan (E&E) sektor awam telah banyak membantu melonjakkan keyakinan para pelabur sedia ada dan bakal pelabur yang ingin melabur di Malaysia. Cuba bayangkan dengan kombinasi transformasi ekonomi yang menakjubkan dan E&E sektor awam beserta tadbir urus kerajaan yang baik akan menghasilkan sebuah negara yang maju, aman dan adil pengagihan ekonominya, seterusnya gejala rasuah dapat ditangani sebaik mungkin.http://farihinzul1974.blogspot.com/2012/12/isu-umum-antara-transformasi-

ekonomi.html. Jika rasuah yang kronik, kos pelaburan akan meningkat. Akibatnya pelaburan akan berkurangan kecuali pelepasan cukai yang lumayan sebagai insentif.

Dalam bidang makroekonomi dasar fiskal dan dasar kewangan di adakan oleh kerajaan dalam mengatasi masalah ekonomi. Dasar fiskal melibatkan perbelanjaan kerajaan dan cukai manakala dasar kewangan pula perubahan penawaran wang. Peningkatan kos boleh terjadi apabila harga yang ditawarkan telah dimark-up bagi mendapat balik keuntungan setelah ditolak dengan jumlah rasuah yang telah dikeluarkan. Oleh itu, kita dapati pada hari ini pengguna dibebankan dengan harga yang tidak sepatutnya. Jika ini berleluasa, ia boleh meningkatkan kadar inflasi sesebuah negara. Fahim A. Al-Marhubi (2000). Penyelidikan beliau meliputi 41 buah negara dan bukti kajian menunjukkan bahawa kadar rasuah yang tinggi menyumbangkan kepada kadar inflasi yang tinggi. Cara kerja, prosedur jabatan, suasana dan sistem perundangan secara tidak langsung menyumbang kepada amalan rasuah di negara ini. Oleh itu, ia hendaklah dikaji dari masa ke semasa agar ia lebih mudah dan telus untuk mengurangkan kegiatan rasuah yang boleh dianggap penyakit sosial utama di negara ini.

~5~

OUMM 3203

2013

3.0 Rasuah dari segi undang-undang Semua negara mempunyai undang-undang untuk menghukum amalan rasuah ini. Merujuk kepada modul OUMM 3203, undang-undang adalah satu set peraturan yang dibentuk oleh masyarakat untuk mengawal tingkah laku dalam masyarakat. Undang-undang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Undangundang digunakan untuk mengawal ahli-ahli masyarakat daripada melakukan sebarang tindakan yang salah dan memudaratkan diri dan orang ramai. Di antara kepentingan undangundang adalah mengatur perjalanan hidup manusia tidak mengira pangkat, agama, warna kulit, ideologi politik dan lain-lain lagi. Ini terbukti apabila undang-undang itu sendiri mengatur dan menentukan peranan institusi atau badan kerajaan dalam sesebuah negara. Bagi individu yang melanggar peraturan undang-undang akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka. Ia bertujuan memberi pengajaran kepada pesalah dan orang ramai. Dengan itu, hak-hak dan kebebasan setiap individu akan terjaga dan membentuk kehidupan sosial dan politik yang stabil dapat diwujudkan. Sesebuah masyarakat perlu merujuk kepada undang-undang apabila berhadapan dengan dilema etika sama ada di dalam atau di luar organisasi. Akta Pencegahan Rasuah 1997 boleh dijadikan panduan apabila berlaku salah laku rasuah. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu : (http://silverpadu.blogspot.com/2011/02/usaha-usaha-yang-telah dilaksanakan.html) a) Meminta / Menerima Rasuah Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta / menerima / bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan. (http://silverpadu.blogspot.com/2011/02/usaha-usaha-yang-telah-dilaksanakan.html)

b) Menawar / Memberi Rasuah Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta / menerima / bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan. (http://silverpadu.blogspot.com/2011/02/usaha-usaha-yang-telah-dilaksanakan.html)

~6~

OUMM 3203

2013

c) Membuat Tuntutan Palsu Mana-mana orang memberi kepada ejen atau ejen memberi kepada prinsipal atau majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal/majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya. (http://silverpadu.blogspot.com/2011/02/usaha-usaha-yang-telah-dilaksanakan.html)

d) Menyalahguna Jawatan/Kedudukan Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutunya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung. (http://silverpadu.blogspot.com/2011/02/usaha-usaha-yang-telah-dilaksanakan.html)

Menyentuh tentang kes-kes rasuah, kes-kes yang berprofil tinggi dilihat agak kurang berbanding kes-kes lain seringkali menjadi isu perundangan. Perlu diingat bahawa kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa agak kompleks dan terdapat perbezaan dari sudut pembuktian dengan kes-kes jenayah yang lain. Persoalan fakta undang-undang termasuk pembuktian bagi sesuatu kesalahan rasuah memerlukan kemahiran. Ini turut diakui oleh JKMR apabila dalam Laporan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) 2010 turut menyatakan tumpuannya dalam aspek pendakwaan dan perundangan. (2.2, 2.3, 2.4), cadangan JKMR (2.3.1) ada membuktikan bahawa kes-kes rasuah ini sememangnya kes yang boleh diklasifikasikan sebagai jenayah rumit dan kompleks. Ini kerana jenayah berbentuk begini bersifat merentasi sempadan negara dan berhubung kait dengan jenayah lain seperti jenayah bersindiket, jenayah ekonomi, kewangan, keganasan, penggubahan wang haram,

penyeludupan manusia yang dibantu oleh perkembangan pesat teknologi maklumat. (http://farihinzul1974.blogspot.com/2011/12/isu-sosial-undang-undang-rasuah lebih.html)

~7~

OUMM 3203

2013

Pegawai berpangkat tinggi yang terbabit dalam kes rasuah yang melibatkan jumlah wang yang besar, terdapat kekurangan ketelusan dan liputan tindakan yang diambil terhadap kes-kes yang berprofil tinggi. Pendakwaan yang berjaya ke atas individu yang berkuasa dan berpangkat juga jarang berlaku dan jarang didengar. Kekalahan kes-kes berprofil tinggi kerana mereka berpengetahuan dalam cara-cara mengelakkan diri daripada dikenakan tindakan undang-undang. Contohnya kes Datuk Norza Zakaria, bagaimana ia memperlihatkan keterangan saksi yang bercanggah berbanding keterangan ketika diberi kepada SPRM mampu membuatkan sesuatu kes itu tamat dengan keputusan yang memihak kepada tertuduh. (http://farihinzul1974.blogspot.com/2011/12/isu-sosial-undang-undang-rasuah lebih.html) Ini sepatutnya tidak berlaku di negara kita. Pemberi dan penerima rasuah sepatutnya dihukum dengan sewajarnya tanpa mengira kuasa dan pangkat. Penyalahgunaan kuasa atau jawatan juga adalah satu kesalahan jenayah rasuah. Contohnya, antara penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh Mahathir dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri adalah pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti. http://www.kedahlanie.info/2013/04/dedah-isu-penyelewengan-salah-guna.html Bagi individu ya ng menyalahguna kuasa dan jawatannya boleh didakwa di bawah seksyen 15. Kesalahan di bawah seksyen 15 ini adalah kesalahan bagi seseorang pegawai badan awam menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan suapan. Bagi maksud kesalahan ini, terdapat anggapan (presumption) di bawah seksyen 15(2) bahawa, sesiapa pegawai awam yang membuat keputusan berhubung dengan sesuatu perkara dimana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan, adalah dianggapkan telah menggunakan kedudukan untuk mendapat suapan. http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%2013/Akta_613_%282%29.pdf Akta Pencegahan Rasuah 1997 [Akta 575] Oleh itu, rasuah di dalam perundangan perlu ketelusan dan keadilan dari pihak berkuasa dan tindakan yang akan dikenakan tidak kira warna kulit atau pangkat seseorang. Individu yang sememangnya salah perlu diheret ke muka pengadilan dan dihukum secara saksama.

~8~

OUMM 3203

2013

Setiap akta di dalam badan perundangan perlu diwartakan agar diketahui umum. Contoh, penguatkuasaan undang-undang mampu menangani kegiatan rasuah. Kakitangan kerajaan yang terlibat wajar dipecat adalah langkah yang bijak. Apa yang paling mustahak, usah berpilih-pilih di dalam penguatkuasaan dan siasatan rasuah. Kita tidak mahu perasuah yang mengambil ratusan atau ribuan ringgit sahaja yang diheret ke muka pengadilan manakala perasuah ratusan juta ringgit dan mencuri aset negara tidak pula didakwa dan nanti suruhanjaya tersebut hanya menjadi bahan tawa sinikal rakyat. 4.0 Rasuah dari sudut etika Menurut modul OUMM 3203, etika adalah satu prinsip kelakuan individu-individu yang boleh diterima dari segi akhlak. Dari segi individu pula, sama ada salah atau betul, ianya tidak serupa untuk setiap individu. Etika profesional pula untuk menilai prinsip moral untuk sesuatu kumpulan yang dibuat untuk mengawal prestasi mereka di dalam menjalankan sesuatu tugas atau penggunaan sumber yang mereka ada. Kes rasuah ini berkait rapat dengan masalah etika dan moral. Individu yang terlibat dengan gejala ini sama ada memberi atau menerima rasuah adalah orang yang tidak beretika serta nilai-nilai moral yang kurang. Mereka yang terlibat dengan rasuah bertujuan sematamata untuk kepentingan diri sendiri serta tidak mengambil kira hak dan kepentingan orang lain. Mereka bukan sahaja lupa tanggungjawab mereka pada masyarakat malah sanggup meletakkan diri mereka di dalam situasi yang amat merbahaya demi untuk kesenangan diri sendiri. Contohnya, seorang kontraktor yang cuba memberi sogokan duit kepada seorang guru besar di sebuah sekolah pedalaman Kelantan. Kontraktor memberitahu beliau mendapat tender baik pulih komputer di sekolah tersebut dengan nilai RM5000. Walaubagaimana pun, kontraktor ini cuba menyogok sebanyak rm500 kepada guru besar supaya menandatangani surat pengesahan. Ini kerana kontraktor mahukan wang tanpa melakukan tugas seperti yang diamanahkan. Namun begitu, guru besar sekolah tersebut tidak menerima duit sogokan dan tetap dengan pendiriannya dengan menyuruh kontraktor tersebut membaik pulih komputer terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan pembayaran. Kontraktor tersebut agak kecewa dan terkejut dengan tindakan guru besar itu. Keesokan harinya, kontraktor bermula dengan membaik pulih komputer sehingga selesai.

~9~

OUMM 3203

2013

4.1 Ciri masalah etika seperti: a) Kebanyakkan keputusan etika mempunyai akibat berpanjangan Sebarang keputusan yang dibuat oleh seseorang atau pihak pentadbiran memberikan kesan berpanjangan kepada masyarakat atau dalam organisasi terbabit. Dalam kes di atas, jika guru besar memilih untuk mengambil wang yang diberi, keadaan komputer sekolah masih rosak dan sebaliknya.

b) Kebanyakkan keputusan etika mempunyai berbagai pilihan altenatif Berbagai pilihan alternatif perlu dibuat apabila membuat sebarang keputusan atau pilihan etika. Dalam kes guru besar ini, beliau mempunyai banyak pilihan keputusan yang boleh diambil. Namun beliau terpaksa berhati-hati sebelum membuat keputusan.

c) Kebanyakkan keputusan etika mempunyai hasil atau keadaan berbeza Keuntungan dan kerugian sosial serta juga pulangan kewangan dan perbelanjaan sering kali berkait dengan pilihan alternatif etika yang dipilih. Jalan singkat dan keputusan wujudlah amalan rasuah.

d) Kebanyakkan keputusan etika mempunyai akibat yang tidak pasti Akibat dari sesuatu keputusan atau pilihan etika yang diambil tidak dapat dipastikan. Kebanyakkan keputusan etika mempunyai impak peribadi. Keuntungan dan kerugian sosial serta juga pulangan kewangan dan perbelanjaan sering kali berkait dengan impak peribadi di dalam pilihan alternatif etika yang dipilih. Demikian kes ini, guru besar tersebut tidak mungkin tahu dengan jelas akibat-akibat yang akan dihadapinya jika menerima rasuah daripada seorang kontraktor. 4.2 Teori Etika a) Utilitarianisme Merupakan Teori Teleologis (akibat) yang diasaskan oleh Jeremy Eenthan dan John Stuart Mill. Mereka membahagikan teori ini kepada dua iaitu utilitarianisme lakuan dan utilitarianisme aturan. Utilitarianisme lakuan menyatakan bahawa suatu tindakan itu dianggap betul apabila tindakan tersebut membawa kepada akibat-akibat yang diingini iaitu kebaikan. Kebaikan tersebut haruslah terbaik untuk orang ramai. Melakukan tindakan yang betul adalah proses

~ 10 ~

OUMM 3203

2013

memaksimumkan kebaikan. Teori ini lebih menekankan tindakan individu berbanding peraturan umum. Utilitarianisme aturan menyatakan bahawa sekiranya seseorang itu melakukan sesuatu tindakan mengikut peraturan maka ia pasti akan menghasilkan kebaikan kepada semua orang. Selain itu tindakan seseorang individu itu dianggap betul sekiranya mereka mengikut peraturan yang disediakan. Contohnya, individu yang melakukan kesalahan rasuah akan dikenakan hukuman (http://diplomastudentinmt.blogspot.com/2013/04/etika-professionalpemikiran-dan-teori.html).

Merujuk pada kes guru besar di atas, guru besar itu telah melakukan tindakan yang betul di mana ia tidak menerima sogokan duit dari kontraktor malah beliau menyuruh kontraktor membaiki komputer terlebih dahulu. Tindakan guru besar itu memberi kebaikan pada semua di mana komputer telah boleh diguna oleh guru-guru di sekolah itu. Guru besar bertindak sedemikian kerana beliau mengikut peraturan yang sepatutnya yang dianggap betul dan jika beliau terima duit tersebut boleh dikenakan hukuman. b) Teori Etika Deontologi Klasik (Universalism) Pendekatan deontologi adalah membawa maksud tugas dan komitmen terhadap seseorang individu di dalam bahasa Greek. Teori ini berdasarkan kepada niat seseorang itu dan bukannya bergantung kepada hasil dari tindakan. Dalam teori ini, jika niat seseorang itu baik, maka kesan hasil dari tindakannya itu akan menjadi baik, dan begitu juga sebaliknya. Berdasarkan pada teori ini, guru besar memutuskan untuk tidak menerima rasuah dari kontraktor tersebut kerana beliau mahu kontraktor terbabit membaiki komputer di sekolahnya. Beliau tidak mahu gara-gara beliau menerima wang komputer di sekolah tidak boleh dguna untuk semua. Guru besar itu juga mahu memastikan duit kerajaan digunakan untuk tujuan yang sebenar dan bukan diseleweng oleh individu korup seperti kontraktor tersebut. c) Teori Kebebasan Diri Menurut teori yang di cadangkan oleh Robert Norzick ini, ia adalah berdasarkan kepada kebebasan atau hak seseorang individu. Menurut Norzick undang-undang undang atau nilai sesebuah masyarakat yang menyekat kebebasan individu patut di tolak. Menurutnya lagi seseorang itu mempunyai hak untuk memegang kekayaan atau pun apa sahaja yang di miliki tanpa berkongsi dengan orang lain tetapi mereka juga mempunyai hak untuk memberikannya

~ 11 ~

OUMM 3203

2013

kepada sesiapa sahaja yang di sukainya. Seseorang individu di benarkan untuk memilih salah satu alternatif pilihannya sendiri mengikut kehendaknya. Teori ini juga mempunyai kelemahan iatu ia mempunyai definisi yang sempit tentang kebebasan yang mana akan memberikan impak yang negatif kepada orang lain.

(http://myoum.wordpress.com/2008/05/02/oumm-3203-%E2%80%93-etika-profesional/) d) Teori Hukum Alam Hukum alam ialah hukum atau etika yang berkait rapat dengan agama dan kepercayaan. Apa yang betul dan salah dalam teori ini adalah bergantung kepada pegangan agama dan kepercayaan sesebuah masyarakat atau kaum . Setiap satu agama telah menetapkan hukum untuk kaumnya dan mereka harus mematuhi hukum itu . Kelebihan yang ada pada teori hukum ini ialah , ia di terima oleh semua golongan yang berpegang pada agama dan ia di terima sepanjang zaman. Namun apa yang menjadikan teori ini tidak sempurna ialah, ia tidak universal kerana setiap agama mempunyai pegangan, pemahaman dan kepercayaan masingmasing, jadi mereka mempunyai moral,etika dan nilai murni yang berbeza.

(http://myoum.wordpress.com/2008/05/02/oumm-3203-%E2%80%93-etika-profesional/) Sebagai orang Islam, kita tahu bahawa rasuah itu adalah haram seperti yang dilakukan oleh kontraktor tersebut. Kita sebagai umat Islam mesti mematuhi hukum itu dan jika melanggarnya ia menjadi satu kesalahan dan seharusnya dihukum.
Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya. (al-Baqarah : 188) http://www.scribd.com/doc/19783285/GEJALA-RASUAH

~ 12 ~

OUMM 3203

2013

5.0 Kesimpulan Secara umum perbuatan rasuah terdapat dalam hampir semua negara di dunia. Kesan perbuatan jenayah ini boleh merosakkan ekonomi sesebuah negara, menghambat pembangunan, menjatuhkan sesebuah kerajaan, dan menghakis kepercayaan terhadap kerajaan atau juga terhadap seseorang individu atau sesebuah organisasi. Pembuat dasar dan pentadbir juga anggota masyarakat secara umum bingung cara bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini dengan jayanya.

Seseorang yang beretika mempunyai kualiti emosi yang dapat membentuk sifat-sifat sabar, pengasih, rasional, bertimbang rasa dan sebagainya. Dari segi mental pula, orang yang beretika tidak gemar memikirkan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Mereka akan

sentiasa membuat pertimbangan daripada sudut baik dan buruk sesuatu perkara sebelum membuat sesuatu tindakan. Oleh itu, individu yang sentiasa mengamalkan etika yang baik mempunyai sifat-sifat terpuji dan siasah diri yang unggul walau di mana sahaja dia berada kerana nilai etika telah membentuk falsafah hidup, gaya berfikir dan tindak- tanduknya.

Sesebuah kelompok manusia yang dipenuhi oleh individu-individu yang mempunyai nilai etika yang tinggi, akan membentuk keluarga, organisasi dan masyarakat yang lebih progresif, aman, damai dan harmonis. Negara juga akan turut aman, damai, maju dan mempunyai imej yang tinggi di peringkat antarabangsa. Selagi sesuatu bangsa itu dapat mengekalkan tahap amalan etika yang tinggi, selama itulah bangsa itu akan terus maju dan berkembang.

Secara keseluruhannya, rasuah dan pengajaran pembelajaran beretika tidak boleh dipisahkan kerana pendidikakn etika dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai matlamat diharapkan kegiatan rasuah akan berkurangan. (3123 pp)

~ 13 ~

OUMM 3203

2013

Rujukan Kamus Dewan edisi keempat 2007, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Prof. Dr Ansary Ahmad et. al. (2007). Open University Malaysia: OUMM3203 Professional Ethics.. Kuala Lumpur. MeteorDoc Sdn. Bhd Memerangi Rasuah Tanggungjawab Bersama http://razak.wordpress.com/2011/01/04/memerangi-rasuah-tanggungjawab-bersama/ Malaysia (2009). Undang-undang Malaysia: Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009: (Akta 694) dirujuk pada 14 Julai 2013 di http://www.sprm.gov.my/akta-akta.html Malaysia (1997). Undang-undang Malaysia: Akta Pencegahan Rasuah 1997:(Akta 575) Takrifan suapan (rasuah) diperoleh daripada http://berita-harianonline.com/tag/rasuah/ Takrifan suapan (rasuah) diperoleh daripada http://tatiuc.edu.my/syahrul/Rasuah.htm Kenyataan media diperoleh daripada http://www.sprm.gov.my Definisi makroekonomi dan mikroekonomi dirujuk pada 13 Julai 2013 di http://makroekonomistpm.blogspot.com Etika profesional dirujuk pada 14 Julai 2013 di http://myoum.wordpress.com/2008/05/02/oumm-3203-%E2%80%93-etikaprofesional/

Mengakibatkan pengurangan dalam pelaburan domestik dan FDI - Rasuah dari sudut ekonomi dirujuk pada 14 Julai 2013 di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1221&pub=utusan_malaysia &sec=rencana&pg=re_05.htm&arc=hive

Etika profesional dan teori dirujuk pada 15 Julai 2013 di (http://diplomastudentinmt.blogspot.com/2013/04/etika-professional-pemikirandan-teori.html). usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pegawai awam. (http://silverpadu.blogspot.com/2011/02/usaha-usaha-yang-telah-dilaksanakan.html)

~ 14 ~

OUMM 3203

2013

~ 15 ~

Anda mungkin juga menyukai