Anda di halaman 1dari 13

Rancangan

Pengajaran

dan

Pembelajaran

Harian

Matematik

berdasarkan Model ASSURE. 1.0 Pengenalan

Model ASSURE adalah satu model yang telah direka bentuk oleh Heinich, Molenda, dan Russel. Perancangan pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan jadi lebih baik dan berhasil apabila guru menjadikan model ini sebagai panduan pengajaran mereka kerana ianya berfokuskan kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah ditujukan kepada setiap pelajar.

Model

rancangan

ini

dibina

secara

sistematik

bagi

memastikan

penggunaan alat dan bahan bantuan mengajar member kesan optimum dalam proses mencapai objektif yang ditetapkan bagi satu pengajaran dalam bilik darjah. Malah penyerapan penggunaan teknologi dalam kaedah pengajaran ini mampu membantu murid untuk lebih menguasai matapelajaran tersebut. Bagi memahami bagaimana penggunaan media tersebut digunakan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kita perlu juga mengetahui apa itu rancangan mengajar dan Model ASSURE.

Model ASSURE yang direka bentuk merangkumi enam elemen utama iaitu : A S S U R E Analyse -- ( Analisis pelajar ) State -- ( Nyatakan objektif ) Select -- ( Pemilihan media dan bahan ) Utilise -- ( Penggunaan media dan bahan ) Require -- ( Penglibatan murid dalam pembelajaran ) Evaluate -- ( Penilaian semula bahan )

Keenam-enam elemen di atas akan menjadi satu rangkaian langkah berturutan di dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Hubungan yang berkait antara satu sama lain menjadikan model ASSURE ini satu rancangan yang mantap bagi satu sesi pembelajaran. 1

2.0

MODEL REKA BENTUK ASSURE

Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang berpandukan setiap langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkan penggunaan media pengajaran yang sesuai dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) bagi matapelajaran matematik tahun 1. Rancangan pengajaran ini adalah untuk rancangan pengajaran harian selama 60 minit untuk kelas 1 Arif yang memiliki seramai 30 orang pelajar.

2.1

Analisis Pelajar ( Analyze Learners)

Analisis pelajar adalah penting sebelum sesuatu pengajaran berlaku. Perhatian dan perancangan teliti adalah perlu supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kita mesti membuat analisis para pelajar kita dengan mengambil kira dari pelbagai aspek, antaranya ialah :-

2.1.1

Ciri-ciri umum pelajar

Tajuk pembelajaran matematik Tahun 1 Arif adalah tambah iaitu mengenal pasti pasangan nombor untuk membentuk satu nombor yang berkaitan dari rancangan tahunan Matematik Tahun 1 bagi tahun 2013. Pelajar berusia dalam lingkungan 7 tahun. Pelajar-pelajar ini mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi, sederhana dan lemah. Mereka merupakan pelajar pelbagai tahap kecerdasan sebelum mereka menjalani saringan LINUS pada bulan April nanti.Namun kebanyakannya telah menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira dengan baik. Walaupun ada 2 atau 4 orang yang masih lemah namun jumlahnya terlalu kecil.Pelajar tahun 1 Arif terdiri daripada pelajar yang mempunyai taraf sosial yang berbeza. Ini kerana kelas tahun 1 tidak diasingkan mengikut murid berdasarkan keputusan peperiksaan atau tahap kecerdasan.

Walaupun Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam merupakan sekolah dalam kategori bandar, namun kebanyakkan pelajar di kelas 1 Arif terdiri dari murid-murid yang tinggal di kampung Sungai Rokam dan taman perumahan yang berdekatan. Ibu bapa pelajar di kelas 1 Arif secara puratanya semuanya bekerja. Ada di antara mereka bekerja sebagai guru, pegawai, kerani, posmen, pekerja kilang dan berniaga secara kecil-kecilan. Mereka ini terdiri daripada pelajar berbangsa Melayu yang beragama Islam. Terdapat 17 orang pelajar perempuan dan 13 orang pelajar lelaki.

2.1.2

Kompetensi pra syarat

Guru juga perlu melihat pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar, selain daripada melihat ciri-ciri umum pelajar. Pengetahuan lepas atau pun

pengetahuan sedia ada yang terdapat pada pelajar merujuk kepada aras kebolehan pelajar sebelum bermulanya pengajaran. Kebolehan intelek pelajar, apa yang pernah dipelajari oleh pelajar, aras motivasi dan penentu-penentu budaya serta kebolehan pembelajarannya perlu ada supaya pengajaran guru cepat ditangkapi dan difahami oleh pelajar.

Dalam tajuk ini, pelajar sememangnya telah didedahkan dengan operasi tambah dan tolak sejak di tadika atau pra sekolah lagi. Jadi mereka telah mempunyai pengetahuan asas mengenai operasi tambah. Aktiviti yang dibuat untuk mengukuhkan lagi konsep asas penambahan mereka supaya mereka mengingat kembali apa yang telah mereka pelajari. Selain itu, guru juga ingin mengukuhkan pengetahuan mereka dengan konsep tambah agar mereka faham apa yang dimaksudkan dengan operasi penambahan.

2.1.3

Gaya pembelajaran

Elemen terakhir yang terdapat dalam analisis pelajar ialah gaya pembelajaran. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Kecenderungan 3

murid ini berbeza kerana terdapat murid yang cenderung kepada penggunaan visual, radio dan kaset, sentuhan dan kinestetik ataupun pergerakan murid. Inilah maka guru akan menentukan kaedah pengajaran, media pembelajaran dan bahan yang diperlukan untuk menarik minat murid supaya pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Saya juga dapati pelajar-pelajar saya lebih cenderung kepada penggunaan ICT, benda-benda maujud , aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengayaan. Pelajar-pelajar di tahun 1 Arif suka kepada gaya pembelajaran visual iaitu melalui penglihatan bahan-bahan sumber atau maujud serta gaya pembelajaran auditori iaitu melalui pendengaran.

2.2

Nyatakan Objektif Pembelajaran

Objektif pembelajaran yang disediakan dengan baik akan memandu guru ke arah pencapaian yang dikehendaki. Objektif yang disediakan itu seharusnya realistik dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat murid. Malah ianya perlu dirangka secara teratur daripada mudah kepada yang susah mengikut sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Malah panduan objektif yang diambil kira pengukurannya perlu dilaksanakan seperti penglibatan pelajar (Audience), peringkat boleh diukur (Behavior), keadaan / kategori (Conditions) dan tingkat prestasi pelajar (Degree) akan memudahkan pencapaian objektif tercapai. Perkara penting ialah guru tahu bagaimana hendak mempraktikkannya dan bagaimana objektif pengajaran boleh membantu guru untuk melaksanakan pengajaran berkesan sebagai contoh :-

Pada akhir pembelajaran murid berupaya untuk : (i) Menyatakan pasangan nombor bagi jumlah yang diberi Peringkat ini jelas dapat dilihat pada langkah pertama pengajaran iaitu semasa Fasa Persediaan di mana penglibatan semua pelajar apabila guru meminta mengira jumlah gula-gula yang ditunjukkan.

Aktiviti soal jawab juga dapat dilaksanakan apabila guru bertanya mengenai jawapannya. Selain itu penayangan slaid powerpoint dengan gambar yang berwarni-warni telah menarik minat pelajar untuk belajar dan mengetahui perkara selanjutnya.

Soalan melaui slaid powerpoint dapat meningkatkan pemahaman mereka mengenai operasi tambah.

(ii)

Menjawab 3 soalan di slaid powerpoint iaitu dengan menyebut jumlah dua nombor dengan betul

(iii)

Senaraikan lima kombinasi dua nombor bagi jumlah nombor yang diberi dengan betul Melaui Fasa Imiginasi pula, pelajar telah dibahagikan kepada 5 kumpulan yang mempunyai pelbagai tahap kecerdasan. Pelajar juga diberikan dengan bahan-bahan maujud seperti gulagula, jelly, coklat yang berbentuk stik. Ini menembahkan lagi semangat dan minat mereka untuk belajar membina dan menyebut dua nombor bagi membentuk jumlah yang diperolehi. Bahan-bahan kegemaran maujud yang diberi Ini merupakan tidak makanan langsung

pelajar-pelajar.

secara

meningkatkan minat mereka untuk belajar lebih-lebih lagi apabila guru berjanji untuk memberikan ganjaran apabila mereka dapat membuat aktiviti dengan baik berpandukan arahan guru serta menjawab soalan dengan betul.

(iv)

Menjawab 8 soalan daripada 10 soalan dalam lembaran kerja dengan betul. Lembaran kerja yang dibina bertujuan untuk mengetahui tahap pemahaman pelajar serta mengesan kelemahan pelajar dalam tajuk yang diajar pada hari itu. Selain itu, guru boleh menggunakan lembaran kerja untuk mengetahui sama ada 5

objektif pembelajaran pada hari itu tercapai atau pun tidak. Dalam hal ini pelajar 1 Arif tidak menghadapi masalah dalam menyelesaikan soalan tambah tetapi masalah yang dikenal pasti ialah untuk menyenaraikan kombinasi dua nombor bagi jumlah yang diberi. Ini diperolehi semasa menjalankan ujian pra sebelum sesi PdP menggunakan model ASSURE ini dijalankan. Akan tetapi penjelasan guru dan selepas mereka membina sendiri kombinasi tersebut menggunakan bahan sumber yang diberikan pada setiap kumpulan, Alhamdulillah pemahaman mereka semakin jelas dan seterusnya dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul. Cuma ada 2 atau 3 orang yang agak lambat menguasainya.

2.3

Memilih Kaedah Pengajaran ( Instruction Methods)

2.3.1

Lazimnya dalam satu proses pengajaran banyak kaedah yang digunakan. Kaedah ini digunakan di setiap peringkat pengajaran secara berbeza-beza. Sebagai contoh, untuk memulakan pengajaran iaitu fasa persediaan dimulakan dengan teknik bersoal jawab oleh guru. Selain itu tayangan slide, perbincangan, penyelesaian masalah, latihan dan latih tubi turut digunakan dalam PdP matematik ini.

2.3.2

Antara kaedah pengajaran yang kerap digunakan dalam pengajaran matematik Tahun 1 ini ialah soal jawab, perbincangan dan penyelesaian masalah. Guru memberikan bahan maujud, pen marker dan kertas kepada setiap kumpulan. Guru menunjuk cara untuk mencari pasangan nombor kemudian memberikan arahan kepada setiap kumpulan mencarikan jawapannya dengan menggunakan bahan maujud yang diberikan. Memang tidak dinafikan penggunaan bahan maujud dalam PdP sangat berkesan untuk menarik perhatian pelajar. Murid dapat berbincang dan menyelesaikan masalah yang 6

diberikan. Kaedah perbincangan menggalakkan interaksi antara murid secara bermakna serta menggalakkan pertukaran idea dan

pandangan dalam kalangan murid.

2.3.3

Kaedah ini dipilih supaya pelajar dapat memahami konsep tambah itu dengan sendiri. Kaedah ini juga dipanggil inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah di mana murid cuba mencari sendiri dan menyenaraikan pasangan nombor yang dapat memberikan

jawapannya seperti yang dikehendaki. Contohnya kumpulan 1 perlu mencari pasangan nombor bagi jawapan 6. Setiap kumpulan diberi nombor yang berlainan. Kaedah ini dapat menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan kritis serta peka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP).

2.4

Pemilihan Penggunaan Media dan Bahan ( Instructional media)

2.4.1

Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih. Faktor asas dalam pemilihan media ialah bergantung kepada isi pengajaran, objektif, kaedah dan pelajar. Di dalam pengajaran ini, guru telah memilih untuk menggunakan benda maujud, slide power point, gambar-gambar yang menarik dan berwarna-warni untuk menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar. Ia juga dapat menggalakkan penglibatan keseluruhan pelajar.

2.4.2

Penggunaan bahan maujud pada fasa persediaan bertujuan untuk menarik minat murid untuk memberi tumpuan kepada PdP pada hari itu memang berkesan. Apabila guru mengeluarkan bahan maujud iaitu gula-gula, semua tumpuan pelajar tertumpu kepada guru dan menantikan apa yang ingin guru sampaikan. Apatah lagi guru berjanji akan memberikan bahan-bahan maujud itu kepada pelajar-pelajar 7

selepas sesi PdP berakhir dengan perjanjian pelajar-pelajar mengikut arahan guru, membuat apa yang disuruh guru dan menggunakan bahan-bahan maujud untuk menyelesaikan masalah dengan betul dan berkesan serta menjaga disiplin.

2.4.3

Penggunaan slaid powerpoint juga dapat menarik minat murid kerana gambarnya yang jelas, berwarna-warni dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Selain itu juga, ia dapat meningkatkan pengetahuan serta mengukuhkan lagi pemahaman mereka mengenai konsep tambah. Soalan yang disertakan semasa tayangan power point secara tidak langsung dapat digunakan oleh guru untuk mengukur samada objektif pada hari itu tercapai atau tidak.

2.5

Pemilihan Bahan Pengajaran ( Instructonal materials)

2.5.1 Pemilihan media yang berasaskan teknologi pengajaran sebagai media utama dalam model ASSURE ini. Media tayang gerak yang berasaskan penggunaan bunyi dan gambar yang terhasil dalam slaid powerpoint adalah bertujuan membantu pelajar memahami dengan lebih mudah pengajaran pada waktu itu. Walaupun penggunaan audio hanya berdasarkan bunyi-bunyi alam namun ia dapat menarik dan merangsang minat murid untuk mengikuti PdP. Murid seronok melihat pergerakan benda-benda yang bergerak yang saya download daripada intenet. Ini merupakan salah satu cara untuk menarik perhatian murid untuk belajar.

2.5.2 Selain itu, penggunaan bahan sumber iaitu bahan maujud membantu murid untuk mengira dengan betul kerana tahap kebolehan murid tahun 1 memerlukan bahan konkrit agar mudah untuk memahami apa yang dipelajari seterusnya menjalankan sesi pengajaran.

Keberkesanan pengajaran menggunakan bahan konkrit amat jelas 8

terbukti kerana tahap pengetahuan pelajar yang berumur lingkungan 7 tahun amat menenkankan penggunaan bahan konkrit. Ini telah dipelajari dalam teori pengajaran. 2.5.3 Penggunaan media bukan tayang iaitu kad gambar dan kad nombor juga bersesuaian dengan tahap pelajar tahun 1. Kad gambar yang cantik dan berwarna-warni memang menjadi perhatian pelajar. Pelajar berlumba-lumba untuk melekadkan kad di papantulis dan seterusnya melengkapkan kad nombor bagi membina ayat matematik tambah. Jelas keberkesanannya apabila ada dikalangan murid merunggut apabila namanya tidak dipanggil ke hadapan kelas. Kad gambar dibina menggunakan perisian Microsoft Word dan gambar diambil daripada internet kerana kualiti dan mutu gambarnya yang cantik, berwarna-warni dan menarik.

2.5.4 Malah penggunaan bahan iaitu lembaran kerja juga membantu murid dengan lebih cepat dan mudah mengingati dan memahami apa yang diajar oleh guru. Lembaran kerja dibina menggunakan perisian Microsoft Office Word. Penggunaan Microsoft ini mudah dan sesuai bagi membina soalan-soalan untuk diedarkan kepada murid.

Tulisannya boleh diubah suai mengikut tahap kebolehan murid. Bagi pelajar tahun 1, tulisan bersaiz 16 dan bertulisan Centry Gothic amat sesuai kerana bentuknya yang besar dan jelas.

2.6

Menggunakan Media dan Bahan ( Utilise media and materials)

2.6.1 Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan. Seandainya seorang guru gagal untuk menentukan media yang sesuai, adalah penting untuk kita mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakan sendiri. untuk melaksanakan tugasan ini, Memilih media merujuk kepada pemilihan bahan sumber yang dapat 9

membantu

mencapai

objektif

yang

diperlukan.

Penyemakan,

pratonton, kaji sumber bahan sebelum dapat digunakan dapat membantu guru agar proses PdP berjalan lancar. Guru perlu menonton semula slaid powerpoint dan menyemak bahan sumber yang lain sebelum digunakan di dalam kelas. Guru perlu memastikan bahan yang digunakan berada dalam keadaan yang baik.

2.6.2 Penyediaan bahan untuk penggunaan dalam kelas. Contohnya penghasilan slaid powerpoint ini melibatkan perisian Microsoft Power Point dan Adobe Photoshop serta melibatkan proses pengeditan grafik. Guru menggunakan perisian ini untuk mengukuhkan

pemahaman pelajar mengenai proses penambahan. Lembaran kerja yang disediakan digunakan sebagai pengukuhan di mana murid perlu menjawab soalan berkaitan topik penambahan. Bahan sumber iaitu bahan maujud perlulah mencukupi untuk jumlah murid di dalam kelas kerana selepas sesi PdP, bahan maujud tersebut akan diedarkan dan dibahagikan kepada murid sebagai satu penghargaan.

2.6.3 Penyediaan persekitaran yang sesuai. Guru perlu memastikan LCD dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya tidak, guru menggunakan makmal komputer. Di sini, guru memilih untuk menggunakan LCD yang ada disediakan di dalam kelas. Walaupun keadaan

pencahayaan agak terang kerana dalam kelas, namun ia masih dapat membantu pengajaran guru pada hari itu. Selain itu, guru juga telah menyusan atur kedudukan meja murid dalam bentuk berkumpulan bersesuaian dengan aktiviti yang dirancang. Kebetulan PdP pada hari itu adalah selepas waktu rehat, jadi segala keperluan dapat disediakan semasa pelajar tiada di dalam kelas iaitu sewaktu mereka rehat.

10

2.6.4 Seterusnya guru perlu memastikan bahan sumber yang digunakan dapat dimanfaat oleh murid dan memberi pembelajaran bermakna buat semua murid. Bahan sumber yang digunakan semuanya dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya dan benar-benar dapat meningkatkan pemahaman murid mengenai konsep tambah. Aktiviti kumpulan menggalakkan aktiviti sosial di kalangan murid-murid dan memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama, tolong-menolong antara satu sama lain, bertolah ansur dan tidak mementingkan diri dapat diserap secara tidak langsung. Inilah merupakan pengalaman bermakna bagi murid selain daripada mempelajari konsep tambah.

2.7

Memerlukan Penyertaan Pelajar ( Require Learner Participation)

2.7.1 Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Namun keputusan yang diambil apabila semuanya telah berakhir. Ia berlaku sepanjang proses pengajaran iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Sebelum pengajaran, analisis pelajar dilakukan untuk disesuaikan dengan kandungan, kaedah dan media yang digunakan. Penilaian

diumpamakan sebagai cara untuk menuju ke garis penamat.

2.7.2 Daripada PdP ini dapat diperhatikan pelajar seronok menjalankan aktiviti kumpulan. Dapat dilihat bagaimana pelajar berkomunikasi antara satu sama lain. Semua pelajar bergerak dan melibatkan diri secara aktif. Walaupun mereka merupakan pelajar tahun 1, namun semasa aktiviti ini dijalankan nampak kematangan mereka

menjalankan aktiviti. Mereka memang pelajar yang pintar, cerdas dan cergas. Mereka dapat menjalankan setiap aktiviti yang disediakan dengan baik dan sempurna walaupun kadangkala memerlukan

11

bimbingan daripada guru. Memang sudah menjadi tangungjawab guru sebagai fasilitator. 2.8 Nilai dan Semak ( Evaluate and revise )

2.8.1 Menilai media dan kaedah. Setelah selesai pembelajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan alat atau bahan media secara menyeluruh pembelajaran harus telah dijalankan. tercapai Dalam dengan penilaian berkesan ini, sekali. objektif Cuma

sebahagian kecil murid yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru. Namun objektif pembelajaran dapat dicapai dengan bimbingan guru. Bahan sumber yang disediakan juga digunakan dengan semaksimum yang mungkin. Bahan sumber yang disediakan amat bersesuai mengikut tahap murid. Ia dapat menarik minat murid sepanjang sesi PdP dijalankan.

2.8.2 Menilai pencapaian pelajar. Setelah sesi pembelajaran selesai, penyediaan lembaran kerja dapat digunakan untuk mengesan keberkesanan pengajaran yang telah disampaikan. Walaupun

tugasan diberi pada akhir pengajaran, namun pelajar-pelajar telah diuji dari awal hingga akhir pengajaran. Menjawab soalan di slaid powerpoint, menyenaraikan kombinasi dua nombor yang bersesuai dalam aktiviti kumpulan dan aktiviti melengkapkan gambar dengan ayat matematik merupakan salah satu cara penilaian di buat. Latihan yang disediakan bukan bertujuan untuk mencari kelemahan pelajar tetapi untuk merangka langkah-langkah yang boleh membantu pelajar yang di bawah tahap pengguasan. Latihan juga diberikan bertujuan untuk menilai kembali pemahaman murid terhadap proses pengajaran yang telah berlaku.

12

2.9

Rumusan

Model ASSURE ialah sebuah model reka bentuk pengajaran yang paling sesuai diaplikasikan di dalam bilik darjah yang memerlukan penggunaan media sebagai kaedah pengajaran. Melalui model ini, guru lebih yakin untuk menyampaikan isi pengajaran dan

pembelajaran serta dapat memastikan objektif penmbelajaran dapat dicapai dengan jayanya. Ini adalah kerana di dalam model ini terkandung elemen-elemen penting seperti pernyataan objektif, kaedah penyampaian, pemilihan dan penggunaan media, analisis pelajar dan penilaian diambil kira sebelum proses pengarajaran berkesan. Kesannya pengajaran yang dijalankan akan lebih efektif dan objektif pengajaran tercapai. Jika model ini dibandingkan dengan model yang lain, model ASSURE merupakan model yang terbaik kerana mementingkan penggunaan bahan media.

13

Anda mungkin juga menyukai