Anda di halaman 1dari 1

SITI NADAWIAH BINTI ABD RAHMAN, PISMP MATEMATIK 1 SEMESTER 4, IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL, 21030 KUALA

TERENGGANU, TERENGGANU. ___________________________________________________________________ KETUA UNIT PRAKTIKUM, IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL, 21030 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU. Tuan, Tunjuk Sebab Atas Ketidakhadiran Ke Taklimat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dukacita dimaklumkan bahawa ketidakhadiran saya ke taklimat PBS pada 7 Ogos 2012 adalah kerana saya mengalami cirit-birit akibat keracunan makanan yang mungkin berpunca daripada juadah sewaktu berbuka puasa bersama rakan-rakan pada hari sebelumnya. 3. Saya memohon maaf atas ketidakhadiran saya ke taklimat tersebut dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi. Kerjasama dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang benar,

09 OGOS 2012

_________________________ (SITI NADAWIAH BINTI ABD RAHMAN) PISMP Matematik 1 Semester 4

Anda mungkin juga menyukai