Anda di halaman 1dari 5

Implikasi kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia: Aspek Pelajar

Jantina

Adat resam

Bangsa

Implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap pelajar

Struktur masyarakat

Bahasa

Agama dan kepercayaan

Jantina

Pelajar lelaki dan perempuan mempunyai gaya belajar yang berbeza. Perbezaan ini dapat membantu para pelajar sekiranya mereka bekerjasama dan membantu satu sama lain dalam pelajaran. Pelajar lelaki dan perempuan mempunyai hak untuk mendapatkan layanan sama rata dalam proses menimba ilmu.

Bangsa

Dapat bersosialisasi bersama dan menambah kenalan pelbagai bangsa melalui pendekatan sekolah kebangsaan. Dapat menghapuskan sifat prejudis sesuatu bangsa terhadap bangsa yang lain.

Bahasa

Pelajar dapat menguasai bahasa kebangsaan dengan baik kerana bahasa ini digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah. Dapat meluaskan komunikasi para pelajar apabila para pelajar bergaul dengan pelajar yang berlainan bahasa dan ini seterusnya dapat menambahkan pengusaan pelbagai bahasa bagi seseorang individu.

Struktur masyarakat

Menggalakan para pelajar bergaul antara satu sama lain walaupun berlainan status ekonomi. Melaksanakan tugas berdasarkan sistem organisasi dalam bilik darjah. Pelajar dapat mempraktikan amalan bantu membantu dalam kehidupan seharian dengan membantu rakan yang kesusahan.

Agama dan kepercayaan

Pelajar dapat mengenal agama dan kepercayaan lain yang terdapat di Malaysia. Pelajar dapat belajar untuk menghormati agama dan kepercayaan lain yang terdapat di Malaysia Pelajar dapat mengamalkan nilai-nilai murni dari agama dan kepercayaan dalam diri mereka.

Adat resam

Dapat mengenal adat resam dari pelbagai kaum dan meluaskan pengetahuan pelajar berkenaan dengan sesuatu bangsa. Dapat melatih para pelajar untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat pelbagai kaum.

Anda mungkin juga menyukai