Anda di halaman 1dari 2

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA GURU

i) Agama dan kepercayaan Guru tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif yang berkaitan dengan sesuatu agama atau kepercayaan untuk menjaga sensitiviti setiap murid. Guru perlulah mempunyai pegangan agama yang kukuh untuk menjadi dan menunjukkan contoh yang baik kepada para pelajar.

ii) Bahasa Guru perlu menggunakan bahasa standard dan mengikut laras bahasa murid Menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid agar proses Pengajaran dan Pembelajaran dapat berjalan dengan berkesan

iii) Adat Guru perlu memahami cara hidup, budaya dan adat resam yang diamalkan oleh setiap murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa Guru harus menghormati adat resam yang diamalkan oleh setiap muridnya

iv) Bangsa Guru perlu memberi layanan yang adil kepada setiap murid tanpa mengira bangsa Guru harus bijak memilih bahan dan sumber P&P yang sesuai untuk mengelak sensitiviti setiap kaum. Guru perlu menyusun kedudukan murid dalam kelas agar murid yang berbilang bangsa dapat bercampur dan bergaul dengan baik.

v) Jantina Guru harus memberikan layanan yang sama rata dan adil terhadap murid lelaki dan murid perempuan Mengenalpasti gaya pembelajaran setiap murid kerana gaya pembelajaran bagi murid lelaki dan perempuan adalah berbeza.

Guru perlu menjalankan strategi pembelajaran dalam proses P&P agar pembelajaran koperatif melalui perkongsian idea dan pengalaman antara murid lelaki dan perempuan dapat berlangsung di dalam kelas.

vi) Kelas Sosial Guru perlu mengetahui latar belakang setiap murid supaya guru dapat memberikan layanan yang adil Guru tidak boleh melayan murid mengikut kelas sosial mereka seperti memberikan perhatian yang lebih kepada murid yang berasal dari keluarga yang kaya dan tidak mempedulikan murid yang miskin.

Anda mungkin juga menyukai