Anda di halaman 1dari 1

Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh menyebabkan sesuatu kurikulum perlu diperbaharui.

Kadang-kadang faktor-faktor itu bergerak sendiri dan kadang-kadang bergabung. Antara faktorfaktornya ialah: 1. Kewujudan atau penemuan ilmu-ilmu yang baru Ilmu sentiasa berkembang dan tidak static. Contohnya, dalam bidang perubatan kita mendapati ia berkembang dengan pesat sekali. Sekiranya terdapat penyakit baru yang datang, penyelidik akan cuba mencari penawar untuk sesuatu penyakit itu. Oleh hal yang demikian, ia penting kepada ahli-ahli pengubal kurikulum untuk menerapkan ilmu mutakhir dan tidak mempelajari ilmu yang sudah ketinggalan zaman. 2. Kehendak masyarakat yang berubah. Elemen yang mempengaruhinya ialah tahap kedewasaan dan tahap kematangan ahli-ahli masyarakat itu. Maka, setiap kemahuan masyarakat akan menjadi faktor penting perubahan kurikulum. 3. Perkembangan dasar kerajaan. Pembaharuan perkembangan dasar kerajaan. Setiap arahan daripada kerajaan memerlukan pihak pembentuk kurikulum meneliti semua kurikulum yang sedang digunakan dan seterusnya membuat pelbagai tindakan ke arah memperbaharui kurikulum sedia ada. Oleh itu, perkembangan dasar kerajaan mempengaruhi perubahan kurikulum. 4. Kelemahan yang dikesan terdapat dalam kurikulum sedia ada Contohnya, mungkin telah didapati bahawa proses pemilihan objektif ataupun isi bagi kurikulum telah tidak dilaksanakan dengan sempurna. Oleh hal yang demikian, menyebabkan kurikulum itu tidak dapat menghasilkan individu yang diharapkan dengan berkesan. Kesan dari itu maka satu kurikulum baru perlu digubal bagi mengatasi kelemahan yang ada.

Anda mungkin juga menyukai