Anda di halaman 1dari 1

Berlaku dua fasa dakwah. Mengapakah wujud dua fasa tersebut?

Apakah tema-tema dakwah baginda dalam kedua-dua fasa tersebut? Apakah kesan yang berlaku melalui dakwah Baginda secara sirriyyah dan jahriyyah? Rasulullah SAW memulakan usaha mengembangkan agama Islam setelah menerima seruan Allah seperti yang termaktub dalam surah al-Muddaththir ayat 1-2 yang bermaksud: Hai orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan!. Bermula dari ketika itu, Rasulullah memulakan gerakan dakwahnya. Pada peringkat awal dakwah dilakukan secara sulit. Ini adalah satu strategi dakwah di peringkat awal dengan bimbingan wahyu dari Allah. Suasana masyarakat yang begitu menebal kepercayaan kepada agama nenek moyang serta amalan jahiliyyah yang masih utuh menjadikan dakwah secara sirr ini adalah jalan terbaik ketika itu. Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad begitu bertentangan dengan amalan masyarakat sekeliling boleh mencetuskan suasana tidak tenang dalam masyarakat dan boleh mengancam perkembangan Islam diperingkat awal. Rasulullah mengumpulkan kekuatan daie Islam dari kalangan ahli keluarga dan sahabat terdekat yang boleh membantu mengembangkan Islam pada peringkat seterusnya. Aqidah yang mantap ditanam dalam diri mereka yang menerima Islam pada peringkat awal ini. Pada peringkat ini dakwah nabi lebih ditumpukan kepada menyeru mentauhidkan Allah. Setelah berdakwah secara sulit dijalankan selama lebih kurang 3 tahun, datang seruan Allah untuk menyeru secara terbuka melalui perintah-Nya yang bermaksud: Maka sampaikanlah olehmu secara terangterangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dan orang-orang yang musyrik. (Surah Al-Hijr ayat 94) Pada peringkat inilah Rasulullah menerima ujian dan penentangan dari mereka yang berkepentingan di Mekah ketika itu. Seruan Rasulullah SAW adalah menyembah kepada Allah SWT dengan meninggalkan amalan tradisi jahiliyyah iaitu menyembah berhala serta meninggalkan amalan penindasan dalam masyarakat. Rasulullah menunjukkan satu jalan hidup masyarakat yang mentauhidkan Allah dan berakhlak mulia.

Anda mungkin juga menyukai