Anda di halaman 1dari 13

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 1

SULIT 021 / 031 Bahasa Melayu Kertas 1 Julai 2007 50minit JABATAN PELAJARAN PERAK

O21 / 031

______________________________________________________ UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2007 LEARNING TO SCORE SET 1

BAHASA MELAYU SJK Kertas 1 Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. 2. 3. 4.

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas ini mengandungi 14 halaman bercetak

021 / 031

2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak 1

SULIT

LEARNING TO SCORE 2007 Jabatan Pelajaran Perak.

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 1

Arahan Am Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan iaitu A , B dan C atau empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih.

Soalan 1 hingga Soalan 18 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar 1

Gambar 1 1 Rumah baharu yang Encik Chong diami telah mulai ______________ . A B C D calar retak pecah carik

Soalan 2 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2 2 Pekerja itu sedang ______________seguni beras untuk dimasukkan ke dalam lori. A B C D menggalas mendukung memikul menjunjung

LEARNING TO SCORE 2007 Jabatan Pelajaran Perak.

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 1

Banyak binatang buas seperti singa, harimau, dan beruang semakin ______________. A B C D lenyap pupus ghaib mati

Sanggupkah ______________menderhakai sultan dan kerajaan Melaka ? kata Hang Tuah kepada Hang Jebat. A B C D patik hamba baginda tuan hamba

Soalan 5 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3 5 Burung itu dipelihara di dalam ______________ yang sempit. A B C sangkar kandang reban

Negara kita ______________ menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-50 tidak lama lagi. A B C D akan masih sedang telah

LEARNING TO SCORE 2007 Jabatan Pelajaran Perak.

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 1

Murid-murid yang aktif bersukan sering cemerlang dalam ______________. A B C belajar mengajar pelajaran

Pihak sekolah ingin mendapatkan ______________ daripada penjaga murid-murid berhubung lawatan sambil belajar yang bakal diadakan. A B C kaji selidik maklum balas soal siasat

______________lah riwayat hidup Sultan Mahmud Shah yang mangkat dijulang, kata Hasrul. A B C D Itu Ini Begitu Begini

Soalan 10 dan Soalan 11berdasarkan Gambar 4

Gambar 4 10 Puan Aminah membasuh pakaiannya di ______________ A B C bilik mandi bilik makan bilik rehat

LEARNING TO SCORE 2007 Jabatan Pelajaran Perak.

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 1

11 Puan Aminah ______________ pakaian yang telah dibasuhnya itu di ampaian. A B C D jemur dijemur menjemur jemuran

Soalan 12 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5 12 Emak menyimpan pisau itu di ______________ laci agar tidak diambil oleh adik. A B C D celah hujung dalam sudut

Soalan 13 berdasarkan gambar 6

Gambar 6

LEARNING TO SCORE 2007 Jabatan Pelajaran Perak.

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 1

13 Nenek ______________tangan adik yang terseliuh. A B C memicit-micit menekan-nekan mengetuk-ngetuk

Soalan 14 berdasarkan gambar 7

Gambar 7 14 Ali ketawa kegelian ______________Si Putih menggeselkan badan di kakinya. A B C tetapi apabila manakala

15 Rani dan Malar ______________menjaga ibu mereka yang sakit di hospital. A B C bersaing-saing bergilir-gilir berselang-seli

16 Penyair itu sedang mendeklamasi se______________sajak bertemakan kemanusiaan. A B C D utas perenggan rangkap untai

LEARNING TO SCORE 2007 Jabatan Pelajaran Perak.

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 1

17 Emak menyuruh adik membeli tiga ______________bawang putih dan sebiji kelapa di Kedai Haji Osman. A B C D labu biji ulas butir

18 Rumah usang kepunyaan datuk Chee Mei ______________ tidak boleh didiami lagi. A B C D pernah masih telah sudah

19 Kakak membeli tiga ______________filem untuk digunakan semasa majlis perkahwinannya nanti. A B C D gelung gulung keping kajang

Soalan 20 Pilih perkataan seerti dengan perkataan bergaris. 20 Tok Aki suka bercerita kisah-kisah dongeng seperti Batu Belah Batu Bertangkup. A B C D tahyul rekaan khayalan tiruan

LEARNING TO SCORE 2007 Jabatan Pelajaran Perak.

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 1

Soalan 21 Pilih perkataan berlawan dengan perkataan bergaris. 21 Hanya pucuk daun teh sahaja yang dipetik untuk dijadikan serbuk teh. A B C D ranting batang dahan akar

Soalan 22 Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan. 22 Tidak, Rabiatul tidak pergi ke pekan kerana tidak diizinkan oleh ibunya. A B C Adakah Rabiatul pergi ke pekan ? Mengapakah Rabiatul tidak pergi ke pekan ? Siapakah yang melarang Rabiatul pergi ke pekan ?

Soalan 23 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan. 23 Siapakah yang menjuarai pertandingan syarahan bahasa Melayu itu ? A B C D Ya, memang dialah yang menjuarai pertandingan itu. Yu Ling, pelajar dari dari SJK (C) Hua Lian . Saya tidak mendengar pengumuman keputusan itu. Sudah, mungkin keputusannya telah diumumkan.

Soalan 24 hingga Soalan 26 Pilih ayat yang betul. 24 A B C D Kita akan sampai awal jika sekiranya bertolak sekarang. Pihak polis sedang mengkaji gerak geri lelaki itu. Daun lalang itu meliuk-liuk ditiup angin. Kamu belajar bersungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

LEARNING TO SCORE 2007 Jabatan Pelajaran Perak.

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 1

25 A B C D

Eh, cantik sungguh hiasan balai persandingan itu! Amboi, sudah mahir kau melayari internet! Cis, ada jualan murah di pasar raya itu! Aduhai, malang benar nasib budak miskin itu !

26 I II III IV

Segala penduduk di Kampung Murni terlibat dalam aktiviti tersebut. Kita ke rumah kamu semalam, kata Yati kepada Husna. Kerja sekolah itu sudah kami siapkan semalam. Hanya saya yang tahu masalah Hani.

A B C D

I dan IV III dan IV I, II dan III II, III dan IV

Soalan 27 hingga Soalan 28 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 27 Oleh sebab Danial sakit, eloklah kita batalkan sahaja majlis ini, kata Samual. A B C D Danial berharap majlis itu dibatalkan kerana Samual sakit. Majlis itu dibatalkan oleh Samual kerana Danial sakit. Samual berpendapat majlis itu dibatalkan kerana Danial sakit. Majlis itu dibatalkan kerana Danial sakit disetujui oleh Samual.

28 Yang berkebaya biru dan berkaca mata itulah kakak sulung saya. A B C Menurutnya, kakak sulungnya berkebaya biru dan berkaca mata. Kakak sulungnya berkebaya dan tidak memakai kaca mata. Saya memakai baju kebaya berwarna biru manakala kakak sulung saya memakai kaca mata.

LEARNING TO SCORE 2007 Jabatan Pelajaran Perak.

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 1

Soalan 29 hingga Soalan 30 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 29 I II III IV Cuaca hari ini panas tarik. Abang tarik guni beras yang berat itu. Pelanggan itu memesan secawan teh tarik. Kami memenangi acara tarik tali yang diadakan di sekolah.

A B C D

I dan II I dan III II dan III III dan IV

30 I II III IV

Datuk saya ialah seorang bekas guru. Almari ini adalah hasil bekas tangan Pak Mail Tukang. Simpan buku awak di dalam bekas masing-masing. Lebam bekas kena pukul masih kelihatan lagi pada lengannya.

A B C D

I dan II I,II dan III I, II dan IV I, II, III dan IV

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca puisi di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikut. Aduhai adik kakak berpesan, Kelak dirimu jadikan panduan, Cintailah keindahan jaga kebersihan, Persekitaran indah tiada pencemaran. Kempen kebersihan bersama dihayati, Udara nyaman pasti dinikmati, Sihat badan wajah berseri, Negara aman hidup harmoni. Jadilah warga bertimbang rasa, Kepada alam membuat jasa, Tanah dan tumbuhan dipelihara, Kerosakan tiada bumi sejahtera.

LEARNING TO SCORE 2007 Jabatan Pelajaran Perak.

10

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 1

Air sungai mengalir damai, Ombak berlagu memukul pantai, Unggas bernyanyi suasana permai, Pada hari minggu kita bersantai. Jerebu berleluasa melanda negara, Kebakaran dan kilang punca angkara, Lapisan ozon semakin derita, Tanamkan kesedaran atasi segera. Wahai adikku dengarlah tuan, Bumi ini amanah Tuhan, Jangan suka membuat kerosakan, Nyawa terancam mengganggu kesihatan

31 Apakah jenis puisi di atas ? A B C D syair sajak pantun gurindam

32 Nyatakan langkah yang telah dijalankan untuk memastikan alam sekitar terpelihara. A B C D Mengenakan hukuman dan denda. Menjalankan kempen kebersihan. Memberi nasihat kepada ibu bapa. Menggalakkan masyarakat bersantai pada hari minggu.

33 Apakah tajuk yang sesuai bagi puisi di atas? A B C D Badan Sihat Wajah Berseri Udara Yang Nyaman Marilah Bersantai Cintai Alam Sekitar

34 Berdasarkan puisi tersebut kakak berpesan supaya... A B C menjaga bumi dan tidak merosakkannya. menjaga nyawa masing-masing. menjaga kesihatan diri.

LEARNING TO SCORE 2007 Jabatan Pelajaran Perak.

11

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 1

35 Yang berikut merupakan antara kesan buruk pencemaran alam kecuali A B C D jerebu melanda negara. lapisan ozon semakin nipis. mengancam nyawa dan kesihatan . udara nyaman hidup harmoni.

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca cacatan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

Catatan Lawatan sambil Belajar ke Melaka Ahad, 14 September 2006.


8.30 pagi 10.05 pagi 11.30 pagi 2.30 petang Bas yang membawa 40 orang murid dan empat orang guru pengiring meninggalkan pekarangan sekolah. Saya tidak sabar untuk tiba ke tempat yang ditujui. Kami beratur masuk ke Taman Mini Malaysia. Kami melihat pelbagai bentuk rumah yang cantik. Kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan. Kami sampai di Taman Buaya. Kami dapat melihat puluhan buaya. Pertunjukan buaya menarik perhatian pengunjung. Kami juga tidak melepaskan peluang masuk ke Rumah Hantu. Kami makan tengah hari di Bandar Hilir. Kami dapat melihat banyak kesan sejarah seperti Kota A Famosa, Bangunan Stadhuys dan Memorial Kemerdekaan. Cikgu Azmi memberi peluang kepada kami membeli-belah. Sekitar Bandar Hilir memang banyak menjual barang kraf tangan yang menarik. Saya membeli cenderamata untuk ibu, ayah dan adik. Bas bertolak pulang menuju ke Kulai. Saya berasa gembira menyertai lawatan ini dan bercadang mengunjungi Melaka lagi.

4.00 petang 5.00 petang -

36 Berapa ramaikah yang mengikuti lawatan tersebut ? A B C D 4 orang. 36 orang. 40 orang. 44 orang.

LEARNING TO SCORE 2007 Jabatan Pelajaran Perak.

12

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK: SET 1

37 Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk... A B C D Mengisi masa lapang. Berseronok bersama rakan. Membeli-belah barang kraf tangan. Menambah pengetahuan dan pengalaman.

38 Di manakah penulis membeli cenderamata untuk ibu, ayah, dan adiknya? A B C D Kulai. Taman Buaya. Sekitar Bandar Hilir. Taman Mini Malaysia.

39 Bagaimanakah perasaan penulis selepas menyertai lawatan? A B C D sedih. gembira. terharu. bosan.

40 Berikut adalah antara tempat-tempat yang mereka lawati kecuali A B C D Taman Buaya Kota A Famosa. Taman Mini Malaysia. Taman Permainan Kanak-kanak.

KERTAS SOALAN TAMAT

LEARNING TO SCORE 2007 Jabatan Pelajaran Perak.

13

Anda mungkin juga menyukai