Anda di halaman 1dari 6

TEKNIK SIMULASI

Pengenalan Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan biasanya membosankan murid. Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru yang tidak dapat menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan guru biasanya mengggunakan teknik yang konvensional (cara lama) dan tidak berpusatkan murid.

Oleh sebab itu, guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dengan mengaplikasikan teknik-teknik seperti improvisasi, main peranan, teater bercerita, permainan bahasa dan bercerita. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.

Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin dipupuk. Salah satu usaha untuk menuju ke arah pengajaran yang berpusat kepada murid ialah mengadakan pelbagai teknik pembelajaran yang memerlukan penglibatan murid secara aktif. Penglibatan murid secara aktif ini perlu kerana murid akan dapat memperoleh pengetahuan dan penguasaan kemahiran dengan lebih berkesan melalui pelbagai aktiviti yang disarankan. Simulasi merupakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang memberi sumbangan kea rah mewujudkan pembelajaran yang berpusat kepada murid. Melalui simulasi,muridmurid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpul maklumat melalui pembacaan, temu ramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting sebagai persediaan untuk aktiviti simulasi yang dirancangkan oleh guru. Semasa proses simulasi ini dijalankan, murid-murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Selepas aktivit simulasi ini murid-murid digalakkan membuat laporan tentang keputusan yang telah dibuat dengan kata sepakat dan kerjasama dalam kumpulan. Aktiviti seperti ini dapat memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah, dan seterusnya menggalakkan mereka membuat keputusan dan menyelesaikan

masalah yang dihadapi. Peluang belajar melalui pengalaman seperti ini sesuai dengan naluri dan keperluan murid yang sentiasa mempunyai sikap ingin mencuba, mengkaji, mengalami sendiri dan berperanan seperti individu-individu tertentu. Teknik simulasi sesuai digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Alam dan Manusia dan Pendidikan Moral. Walaupun contoh-contohnya lebih ditumpukan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, tetapi guru bolehlah menggunakan prosedur yang sama untuk mata pelajaran lain.

Definisi Simulasi

Simulasi boleh ditakrifkan sebagai satu situsi yang diwujudkan hamper menyerupai keadaan sebenar. Simulasi memerlukan peserta berinteraksi sesame sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu atau tugasan tertentu. Terdapat persamaan dan perbezaan antara simulasi dengan main peranan. Dari segi persamaan, kedua-dua teknik ini berdasarkan situasi dan peserta memegang peranan atau tanggungjawab tertentu. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan dari segi penglibatan peserta, peranan, persediaan dan situasi yang diwujudkan. DEFINISI Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat simulasi ialah perbuatan yang berasaskan atau menggunakan sesuatu yang direka atau dibuat-buat tetapi yang mirip kepada atau hampir dengan yang sebenarnya

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Kaedah simulasi ialah satu aktiviti yang memerlukan pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahirannya dalam satu keadaan yang ditiru atau diserupakan dengan keadaan sebenar. (Othman, 1993). Kaedah simulasi melibatkan pelajar memainkan peranan seolah-olah berada dalam keadaan sebenar. Percubaan untuk menyamakan keadaan sebenar dapat dilaksanakan supaya pelajar dapat menguasai konsep yang diajar serta berupaya untuk memindahkannya ke situasi sebenar. Simulasi boleh dialksanakan dalam bentuk permainan, permasalahan, berbentuk persaingan atau koperatif.

Matlamat simulasi

Tujuan Simulasi adalah untuk membolehkan pelajar: a) Menggunakan bahasa dengan lebih berkesan mengikut situasi b) Memahami bidang pengetahuan dan situasi yang dihadapi c) Menajamkan pemikiran dan meningkatkan daya kreativiti, analitis dan kritis d) Menghasilkan laporan dengan berkesan e) Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi f) Mengalami sendiri sesuatu situasi

g) Menyakinkan diri sendiri

Jenis Simulasi Aktiviti simulasi dapat diwujudkan berasaskan masalah dan penyelesaian masalah. Masalah ini boleh diambil daripada masalah murid, masyarakat atau masalah yang diketahuinya. Apabila masalah dapat diselesaikan, murid-murid dikehendaki menyediakan dan

menyampaikan laporan sama ada secara lisan atau penulisan. Secara amnya, simulasi dapat

digolongkan kepada dua jenis iaitu pemusatan kepada masalah dan pemusatan kepada penerbitan.

(a) Pemusatan kepada Masalah Simulasi jenis ini memerlukan peserta berbincang tentang sesuatu masalah atau isu dan kemudian membuat keputusan serta menyelesaikan masalah tersebut. Semasa perbincangan, kemungkinan timbul konflik atau percanggahan pendapat. Namun demikian, keptusan perlu dibuat berdasarkan kata sepakat. Pemusatan kepada masalah memerlukan peserta menyediakan laporan atau cadangan setelah sesuatu masalah atau isu itu dibincangkan.

(b) Pemusatan kepada Penerbitan Simulasi jenis ini mengandungi komponen penyelesaian masalah pada peringkat awal, tetapi sebahagian besar adalah untuk menghasilkan sesuatu penerbitan. Dalam simulasi jenis ini, perbincangan dan keputusan yang dibuat akan menghasilkan sesuatu projek atau penerbitan. Sesuatu projek yang dihasilkan itu merupakan hasil usahasama yang positif.

Perancangan aktiviti simulasi Sebelum sesuatu simulasi hendak dibina, guru boleh mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan kepada diri sendiri: a) Apakah masalah dan situasi yang hendak dikemukakan? b) Siapakah yang mengambil bahagian semasa simulasi dijalankan? c) Apakah yang perlu mereka lakukan semasa melaksanakan simulasi? d) Apakah yang perlu peserta sediakan sebelum simulasi dijalankan?

Keperluan utama dalam aktiviti simulasi Untuk menjalankan aktiviti simulasi, guru perlu menyediakan kad arahan bertulis. Kad arahan ini ialah kad atau kertas yang dicatatkan arahan bertulis yang bertujuan membolehkan murid menjalankan tugas yang ditentukan. Terdapat dua jenis kad arahan iaitu kad arahan am dank ad arahan khusus. Kad arahan am ialah kad yang dapat menggambarkan secara umum tentang situasi, masalah dan tugas yang perlu dijalankan oleh kumpulan berkenaan. Manakalan kad arahan khusus pula disediakan untuk individu yang memegang peranan yang telah ditentukan. Arahan yang diberi dapat membantu murid menjalankan peranan atau tugas yang diharapkan.

Aktiviti dimulakan dengan penyampaian dilema dan apakah yang harus dilakukan oleh muriid tersebut dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kemudian meminta murid memainkan peranan masing-masing.Guru memberi tugas memerhati kepada murid lain seperti menilai. Kaedah inimenekankan kepada ekspresi dan perasaan. Perbincaangan diadakan melibatkan kesan teknik main peranan diadakan. Kemudian membuat keputusan besaskan generalisasi dan ulangi aktiviti tersebut dengan melibatkan murid lain.

Kaedah simulasi dapat melibatkan murid sepenuhnya dalam P&P. ini juga meningkatkan kemahiran komuniksai dan perkembangan diri murid. Ia juga berkesan dalam cara memberi kefahaman tentang suatu konsep.

Langkah-langkah main peranan dimulakan dengan menyediakan kertas panduan dan penerangan kepada setiap murid tujuan main peranan. Ianya melibatkan kaedah dan peraturan mudah yang harus dipatuhi oleh detiap pemain. Alatan seperti kertas, pen dan bahan lain digunakan dalam permainan ini. Bermula sahaja permainan simulasi guru melihat dan tidak boleh mengganggu melainkan ada perkara penting sahaja. Selepas tamat permainan, adakan sebuah refleksi. Rumusan Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.

Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Dapat menwujudkan pelabagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Secara

umumnya

simulasi

menggabungkan

maklumat

mengenai

satu-satu

kemahiran melalui demonstrasi, praktis dan latihan khusus sehingga kemahiran tersebut berjaya dikuasai. Simulasi dibentuk melalui perihalan situasi sebenar di

mana kita cuba mewujudkan satu situasi yang mirip kepada situasi yang sebenar dalam sesi pengajaran. Dalam erti kata yang lain murid akan mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut sehingga mencapai matlamat pengajaran dan hasil pembelajaran yang telah ditentukan.

Anda mungkin juga menyukai