Anda di halaman 1dari 3

i

KRM3053 KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK (SKILLS IN MATHEMATICS)

PENGENALAN

Panduan kursus ini disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan kandungan kursus. Pelajar dinasihatkan agar membaca dengan teliti bahagian ini supaya saranan dan panduan dapat dihayati dan dipatuhi bagi membolehkan kursus ini dapat disempurnakan dengan cemerlang. Kursus ini menawarkan sebanyak 3 jam kredit.

SINOPSIS

Kursus ini membincangkan lima jenis kemahiran tumpuan dalam pengajaran matematik iaitu; (1) kemahiran menyelesaikan masalah, (2) kemahiran

berkomunikasi dalam matematik, (3) kemahiran penaakulan matematik, (4) kemahiran membuat perkaitan, dan (5) kemahiran mengaplikasikan teknologi. Pelajar akan diberi bimbingan tentang kemahiran untuk mengintegrasikan elemenelemen di atas dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran, pelajar dapat: 1. Menganalisis lima jenis kemahiran tumpuan dalam pengajaran matematik.

ii 2. Membincangkan bagaimana elemen-elemen kemahiran tumpuan dapat

diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. 3. Mempertahankan pemilihan strategi dan kaedah pengajaran bagi

mengintegrasikan elemen-elemen kemahiran tumpuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. 4. Memberi pendapat secara individu dan kumpulan dengan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

CARA PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN

Modul ini merupakan pembelajaran arah kendiri yang dapat membantu anda memahami dan menguruskan pembelajaran anda supaya dapat menguasai isi kandungan modul ini dengan berkesan. Anda dikehendaki mengikuti arahan dan membuat latihan yang disediakan setiap unit pembelajaran. Anda juga perlu mencari maklumat tambahan tentang tajuk-tajuk dalam modul ini. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk dan dicadangkan jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda memahami isi kandungan yang telah pelajari . Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

iii HURAIAN IKON YANG DIGUNAKAN

Situasi yang memerlukan anda berfikir dan membuat refleksi mengenainya. Aktiviti yang harus dilakukan untuk memahami konsep yang

dibincangkan. Aktiviti termasuklah menjawab soalan, mengisi tempat kosong, melakar, dan/atau mencari maklumat daripada Internet, buku, dan sumber lain-lain.

Kuiz yang perlu diambil dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus.

Forum yang perlu disertai dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus. Persembahan mikro dan makropengajaran yang perlu dijalankan dan dimuat naik untuk dipersembahkan kepada pensyarah dan rakan-rakan lain yang menyumbang kepada markah kerja kursus. Tugasan yang perlu disempurnakan yang menyumbang kepada markah kerja kursus. Aktiviti latihan bagi membina kefahaman dan mengaplikasikan konsep yang dibincangkan.

A
Aktiviti latihan yang disertakan jawapan serta maklum balas.

Anda mungkin juga menyukai