Anda di halaman 1dari 4

BUKTI Menunjukkan Rendam Rambut Nabi Ke Dalam Air Dan Minum Adalah amalan ULAMA'

SALAFUSSOLEH
July 20, 2013 at 10:38am

TAJUK KITAB: SIYAR A`LAAM AN-NUBALA' (juzuk 11, halaman 212)


KARANGAN: SYAMSUDDIN MUHAMMAD BIN AHMAD BIN UTHMAN AZ-ZAHABI (wafat 748 H)

Terjemahan:
Abdullah b. Ahmad telah berkata: Aku telah melihat bapaku (Imam Ahmad) mengambil sehelai
rambut daripada rambut-rambut baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam lalu diletakkan rambut
tersebut di atas mulutnya seraya mengucupnya. Dan aku merasakan bahawa aku pernah melihat
beliau meletakkan rambut tersebut pada matanya dan merendamkannya di dalam air lalu
diminumnya *dengan niat+ memohon syifa dengan *keberkatan+ rambut tersebut.

Terjemahan:
"Dan aku melihat beliau mengambil mangkuk Nabi sallallahu alaihi wasallam maka beliau telah
membasuhnya di dalam bekas air kemudian beliau minum air yang berada di dalamnya. Aku juga
melihat beliau minum sedikit daripada air zam-zam *dengan niat+ memohon syifa dengan
[keberkatan] air tersebut dan beliau juga telah menyapu kedua tangan dan wajahnya dengan
menggunakan air zam-zam tersebut.

: .

Terjemahan:
Aku berkata (al-Zahabi): Dimanakah golongan jahil yang mengingkari perbuatan *imam+
Ahmad? Sedangkan telah thabit bahawa Abdullah pernah bertanya kepada bapanya berhubung
mereka yang menyentuh tunggul kayu [tempat Rasulullah meletakkan tangan pada] mimbar Nabi
sallallahu alaihi wasallam dan mereka yang menyapu *dinding+ Makam Rasulullah; lalu beliau *Imam
Ahmad] berkata: Aku berpendapat bahawa perbuatan tersebut tidak mengapa [untuk dilakukan].
Semoga Allah menjauhkan kita daripada padangan golongan Khawarij dan daripada perbuatan
bidah.

Anda mungkin juga menyukai