Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Mata Pelajaran Tahun Tarikh Bidang Kegiatan Tajuk Jenis aktiviti Masa

: Pendidikan Seni Visual : 5 Berjaya : 24 Julai 2013 : Melukis dan membuat gambar : Alat permainan abad ke 21 : menggunakan teknik kolaj. : 7.35 8.35 pagi

Objektif pengajaran : 1. Meningkatkan kemamppuan memilih dan menyesuaikan bahan dalam gubahan 2. Meningkatkan kemahiran dalam pengolahan bahan untuk menghasilkan gubahan kreatif. Hasil pembelajaran : 1.murid dapat membuat lakaran gambar berdasarkan tajuk. 2.murid dapat menampal dan melekatkan pelbagai warna kertas pada lakaran. 3. murid dapat menghasilkan lukisan alat permaianan masa depan dengan menggunakan teknik kolaj, Keperluan : Alat Bahan Rujukan visual. : pensil,pemadam ,pembaris ,gunting. :kertas majalah /kertas warna /gam. : huraian sukatan pelajaran pendidikan seni, ,buku sumber guru pendidikan seni

LANGKAH/ MASA Set induksi 5 minit

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PDP

CATATAN

Pengenalan kepada tajuk

Guru mempamirkan beberapa alat permaian tradisional dan terkini seperti congkak, dam ular dan video game.

Kbkk Menjana idea

Guru mengemukakan persoalan tentang bagaimanakah rupa alat permainan pada masa depan.

Langkah 1 20 minit

Menerangkan konsep kolaj dan teknik menghasilkan kolaj dengan betul.

Guru meminta murid meramalkan dan berimaginasi tentang alat permainan idaman mereka pada masa depan.

Kbkk Merekacipta Tkp Visual ruang

Guru menerangkan konsep kolaj dan mempamirkan beberapa contoh hasil kerja yang berkaitan.

Guru meminta murid untuk membuat lakaran alat permainan masa depan idaman mereka di atas sehelai kertas lukisan.

Murid membuat lakaran alat permainan fantasi berdasarkan imaginasi masing-masinhyg

Langkah 2 20 minit Memilih bahan untuk menghasilkan kolaj yang baik. Guru meminta murid-murid untuk memilih bahan yang ingin digunakan sebagai kolaj. Kertas warna ,kertas majalah dipotong mengikut saiz yang dikehendaki. Kbkk Membamding beza

Kertas warna yang telah dipotong kecil kecil dikumpulkan dan di tampal di atas lakaran dengan susunan kemas dan menarik.

Langkah 3 10 minit

Memberi peneguhan

Guru meminta beberapa murid terpilih, untuk mempamirkan hasil kerja masing-masing.

Murid-murid berdiri di hadapan kelas untuk mempamirkan hasil kerja masing. Sambil menceritakan Kbkk Verbal lingustik

Keunikan alat permainan imaginasi masing-masing.

Penutup 5 minit

Membuat kesimpulan

Guru memilih beberapa buah lukisan untuk dibuat ulasan tetang teknik menghasilkan lukisan imaginasi menggunakan teknik kolaj. Nilai murni Bersyukur.

Pujian tetang kekemasan ,kebersihan dan penghasilan kerja yang baik dilakukan oleh guru untuk memberi kepuasan kepada pemiliknya.

REFLEKSI KENDIRI. NAMA : MAZILAH MAT DAUT N0 K/P : 741020065628 KUMP: SN2 AMBILAN JUN 2011

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA. Berjaya juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Subjek ini merupakan satu subjek yang menarik dan boleh mengasah minda murid untuk menjadi kreatif dan kritis. Pendidikan seni juga membolehkan seseorang murid untuk menjadi seimbang dari segi jasmani ,emosi,rohani dan intelek kerana dengan adanya pendidikan seni inilah yang boleh membuka peluang kepada murid-murid bergerak aktif untuk bergerak aktif sepanjang masa. KEKUATAN : Semasa proses P D P murid melibatkan diri dengan aktif untuk menyiapkan satu alat permainan menggunakan teknik kolaj. Kepelbagaian idea ditonjolkan oleh murid untuk menghasilkan alat permaian alaf baru yang tercanggih.selain menggalakan murid berimaginasi aktiviti ini juga melatih murid supaya dapat menyiapkan tugasan mereka dengan teliti dan kemas. Aktiviti ini dapat melatih murid untuk memberi tumpuan kepada tugasan yang diberi. Ketelitian dan kesabaran yang tinggi diperlukan untuk mendapatkan hasil kerja yang bermutu. KELEMAHAN : Teknik ini memerlukan lebih banyak masa untuk menyiapkan tugasan dengan betul betul kemas.bagi murid yang mudah jemu dan tidak teliti hasil kerja yang dihasilkan kurang memuaskan. Tampalan kolaj tidak kemas dan kepingan yang digunting juga tidak sama saiz dan bentuk. PENAMBAHBAIKAN. Kertas tampalan untuk kolaj boleh disediakan lebih awal menggunakan kertas berwarna.Saiz kepingan juga hendaklah lebih besar untuk memudahkan tampalan dibuat.Pemilihan gam yang baik juga membantu untuk mendapatkan hasil kerja yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai