Anda di halaman 1dari 3

Perancangan dan Pembangunan Kurikulum a.

Perancangan kurikulum bermaksud fasa awal pembangunan kurikulum di mana penggubal kurikulum akan membuat keputusan dan tindakan untuk memantapkan satu pelan yang akan dilaksanakan oleh para pendidik dan pelajar. Ia merupakan fasa berfikir atau fasa reka bentuk kurikulum. Perancangan kurikulum merupakan proses merancang satu program pendidikan dengan meneliti tujuan, fungsi dan strukturnya bagi mendapatkan gambaran yang rasional tentang hubungan perkaraperkara ini. Objektif program pendidikan perlu difahami supaya individu mendapat pemahaman yang jelas dari segi kaedah dan matlamat kurikulum itu. Proses ini melibatkan perkonsepsian reka bentuk kurikulum bagi mencapai objektif pendidikan yang sebenar.

b. Pembangunan kurikulum bermaksud perubahan dan pembaikan kurikulum. Ia merupakan proses membuat perubahan kepada kurikulum sedia ada dengan memasukkan pengetahuan baru ditemui atau pengetahuan yang dianggap penting atau berlaku perubahan dari segi struktur sekolah atau untuk penerapan kaedahkaedah pengajaran yang baru. Proses pembangunan kurikulum ini mempunyai tahap keobjektifan, keuniversalan dan logik yang tinggi.

c. Semakan kurikulum bermaksud proses mengkaji semula kurikulum dan menyelaras rancangan pengajaran secara lebih terperinci. Jawatankuasa penyemakan semula yang khas perlu ditubuhkan bagi mengkaji semula kurikulum secara rasional demi mencapai kemajuan dalam pendidikan. Penyemakan kurikulum perlu penumpuan kepada kekurangan dan mengenal pasti program sedia ada serta boleh menjadi asas kepada kerja yang sistematis.

d. Penambahbaikan kurikulum bermaksud proses perubahan sistem pendidikan sedia ada dengan tujuan menjadi lebih mantap dan sempurna. Ia memberi gambaran bahawa kurikulum sedia ada itu akan diberi eleman-eleman baru yang sebelumnya tidak terdapat dalam kurikulum tersebut. Dengan kata lain, kurikulum yang sedia ada diperbaharui supaya kurikulum itu menjadi lebih berkesan daripada kurikulum yang lama.

e. Penilaian kurikulum bermaksud suatu proses untuk membuat keputusan mengenai keberkesanan sesuatu kurikulum, mengenal pasti rasional dan tujuan penilaian tersebut. Antaranya aspek-aspek yang hendak dinilai, bila hendak dinilai, siapa yang hendak dinilai, bagaimana hendak mengumpul maklumat disamping mengenal pasti halangan dan sumbangan terhadap proses penilaian. Mengenal pasti bagaimana hendak menganalisa data, membuat interpretasi tentang penemuan dan membuat keputusan tentang keberkesanan sesuatu yang dinilai itu termasuklah status masa depannya yakni sama ada hendak diteruskan penggunaan sepenuhnya kurikulum tersebut, memperbaharuinya atau menggugurkannya dan diganti dengan kurikulum yang baru. Penilaian kurikulum merupakan fasa di mana kejayaan atau pencapaian kurikulum ditentukan ( Oliva, 2005 ). Penilaian kurikulum boleh membantu dalam pembentukan kurikulum, program latihan guru, penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran serta percubaan sesuatu kaedah pembelajaran.

Rujukan : Mohd. Daud Hamzah ( 1995 ). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia Ralph W.Tyler ( 1990 ). Prinsip Asas Kurikulum dan Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia Mok Soon Sang ( 2008 ). Pengurusan Kurikulum. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd Razali Arof ( 1991 ). Pengantar Kurikulum. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman ( 2003 ). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Perak : Quantum Books.

Anda mungkin juga menyukai