Anda di halaman 1dari 9

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis dalam M/P Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Ting Chek Ming


Ruby Amellina ak Janika Blondigel Ansley Atika binti Hassan

Mac Henry Lembang ak Saing

Aktiviti bermain dengan huruf dan perkataan secara LOKOMOTOR (gerakan bebas) dan BUKAN LOKOMOTOR (gerakan statik)

&
Permainan mengeja

Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Bermula dengan kumpulan 1, diminta menghantar seorang wakil ke hadapan untuk mencabut huruf yang terdapat dalam kotak ajaib dan menggunakan anggota badan (kepala,tangan,siku,jari,kaki) mereka membentuk huruf yang telah dicabut. Murid kemudiannya perlu menulis perkataan yang bermula dengan pangkal huruf yang dipilih dan memimpin murid lain mengeja bersama-sama.

Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Peserta pertama akan berdiri di garisan permulaan dengan membelakangkan permainan. Bola dibaling ke belakang melimpasi atas kepala. Sekiranya bola itu jatuh di petak no.3, peserta akan membuat lompatan statik melalui petak 1,2 dan 3. Kemudian peserta akan memilih kad secara rawak (bukan mengambil) dan berjalan sebelah kaki (ting-ting) melalui petak 4,5 dan 6. Peserta tersebut seterusnya perlu menulis huruf yang dipilih pada papan tulis. Daripada huruf yang telah tersenarai,ahli kumpulan akan membina perkataan dan menulisnya di tempat yang disediakan. Pasukan yang membina paling banyak perkataan dikira pemenang.

1 MULA 6

Arahan :
Peserta pertama akan berlari sisi dari stesen 1 sambil membawa baton perkataan. Baton tersebut kemudiannya diserahkan kepada peserta yang menunggu di stesen 2. Peserta 2 tersebut akan meneruskan larian ke stesen 3 dengan membuat lompatan katak. Peserta 3 akan meneruskan larian dengan berlari lutut tinggi peserta 4 akan berlari secara galloping menuju ke garisan penamat.

Kemudian,peserta akan bersama-sama dengan ahli kumpulan dan menyusun perkataan menjadi sebuah ayat tunggal. Tugasan yang terakhir,murid perlu mencipta satu sorakan berserta aksi menggunakan ayat tunggal tersebut. Setiap kumpulan akan mempersembahkan sorakan masing-masing di hadapan kelas. Persembahan akan dinilai oleh guru dan keputusan adalah muktamad. SELAMAT BERJAYA!!

Sekian Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai