Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN KONSEP KENDIRI Setiap individu mempunyai anggapan terhadap diri sendiri dan bagaimana orang lain memandang

kepada dirinya. Konsep kendiri boleh dirumuskan sebagai persepsi diri dari segi penilaian, pandangan, tanggapan, kepercayaan, terrmasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri iaitu gambaran tentang rupa, kesihatan, kebolehan, dan tingkah laku kendiri seseorang individu. Ini dibentuk hasil daripada interaksi individu dengan orang lain dan penyesuaian diri dengan alam sekitar. Oleh sebab itu, konsep kendiri merupakan satu elemen yang sangat penting dalam diri setiap individu kerana ia akan digunakan untuk meramalkan apa yang akan berlaku terhadap individu tersebut pada masa hadapan. Selain itu, konsep kendiri juga banyak membantu individu untuk membuat keputusan dan menentukan tindakan yang bakal diambil pada masa hadapan. Dalam kehidupan seharian seseorang individu, mereka akan menempuh pelbagai bentuk interaksi dengan persekitarannya. Oleh kerana itu, individu tersebut akan membuat keputusan dan menentukan apakah tindakan yang akan diambil olehnya. Apabila berlaku interaksi dengan persekitarannya, maka konsep kendiri akan timbul dan mula terbentuk dalam diri setiap individu itu.

Pandangan konsep kendiri dari sudut teori menurut Carl rogers (1950), ia menyatakan diri dimana individu itu sendiri berikan kepada dirinya sendiri secara sedar apabila menggunakan perkataan saya atau aku. Manakala Vernon (1980) pula menyatakan personaliti ialah pandangan kekuatan dan kelemahan diri sendiri serta disokong dengan maklum balas tentang dirinya daripada orang lain. Konsep kendiri tersebut akan menjadi sesuatu yang penting kerana konsep tersebut akan digunakan untuk meramal masa depannya atau tindakan yang bakal diambil.

Sebenarnya, terdapat dua jenis konsep kendiri iaitu konsep kendiri positif dan negatif. Konsep kendiri positif bermaksud seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka dan memberi pandangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil di mana ia boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.

Semangat dan iltizam yang tinggi merupakan elemen yang penting kepada individu yang berkonsep kendiri positif. Mereka akan menghadapi cabaran dengan penuh semangat serta percaya kepada kebolehan diri dan tidak mudah mengalah atau berputus asa. Mereka juga sentiasa berfikiran positif dan menjadikan cabaran sebagai semangat untuk terus berjaya dalam hidup. Ramai orang suka mendampingi mereka kerana sikap mereka yang tidak sombong, pandai menghargai rakan dan sentiasa membantu orang yang memerlukan bantuan.

Jika dilihat pula kendiri negatif merupakan individu yang sering dikaitkan dengan kegagalan sama ada dalam apa bidang sekali . Individu jenis ini akan sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk serta perasaannya mudah tersinggung. Individu seperti ini sering dimarahi ataupun dikritik sama ada oleh ibu bapa, guru, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang berada di persekitarannya. Mereka juga kurang menerima kasih sayang atau perhatian. Mereka biasanya kurang diterima oleh guru, rakan sebaya mahupun orang lain. Keadaan ini akan memburukkan lagi keadaan di mana individu tersebut akan berasa dirinya mempunyai aras keyakinan yang rendah. Seterusnya keadaan ini akan menyebabkan individu berkenaan akan membentuk sifat rendah diri dalam dirinya. Akibat daripada itu individu tersebut akan menjadi seorang yang pasif, sentiasa dalam keadaan yang muram dan tidak mudah untuk bergaul dengan orang lain atau tidak mahu bersosialisasi dengan persekitarannya.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan terbentuknya konsep kendiri positif dan negatif pada setiap individu. Antaranya ialah pertama, faktor dari sifat semulajadi. Iaitu dari aspek baka dan juga penglibatan diri sendiri. Baka yang baik sama ada dari segi keadaan mental dan fizikal akan memberi kesan kepada perkembangan konsep kendiri yang positif. Hal ini adalah kerana tubuh badan dan minda yang sihat sangat mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Sebaliknya jika seseorang itu mengalami perkembangan konsep kendiri yang negatif sebagai contohnya mempunyai masalah kecacatan yang diwarisi semasa lahir iaitu seperti kerosakan mental dan sebagainya.

Manakala dari segi penglibatan diri bergantung pada setiap individu tersebut dalam penglibatan dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukannya. Individu yang mempunyai persepsi positif terhadap diri sendiri dapat menerima semua perkara tentang dirinya dengan baik. Hal ini yang demikian persekitaran di sekeliling individu juga merangkumi pengalaman awal ketika memasuki alam persekolahan, media massa, budaya serta adat resam dan persepsi masyarakat sekitar. Kedua, faktor dari segi role model iaitu peranan ibu bapa, guru dan rakan sebaya. Ibu bapa adalah insan yang paling penting dalam kehidupan seseorang individu. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak mereka dengan menerapkan nilainilai murni serta menunjukkan peribadi yang baik agar menjadi contoh kepada anakanak mereka. Secara tidak langsung kanak-kanak tersebut mempunyai perkembangan konsep kendiri yang positif sejak dari kecil lagi melalui ibu bapa mereka. Manakala jika sebaliknya berlaku iaitu ibu bapa tidak menunjukkan contoh teladan yang baik maka anak-anak mereka akan mengalami perkembangan konsep kendiri yang negatif. Rakan sebaya juga memberi pengaruh yang sangat besar. Ramai para remaja yang terlibat dengan gelaja yang tidak sihat disebabkan terpengaruh dengan rakan sebaya yang tidak bermoral. Individu yang mudah terpengaruh dengan orang lain adalah individu yang tidak mempunyai jati diri atau konsep kendiri positif yang kukuh. Selain itu, guru juga boleh mempengaruhi perkembangan konsep kendiri positif kepada kanak-kanak. Mereka bertanggungjawab dalam mendidik kanak-kanak tersebut dengan membantu mereka membina konsep kendiri yang positif dan melarang mereka daripada melakukan hal yang tidak sepatutnya. Ketiga dari segi faktor persekitaran seperti sebaran am, budaya serta persepsi dari orang lain. Pengaruh sebaran am seperti rancangan televisyen dan sumber internet memainkan peranan yang penting dalam perkembangan konsep kendiri yang positif dan negatif kepada penonton. Maklumat yang berunsurkan ilmu pengetahuan dapat membentuk perkembangan konsep kendiri yang positif daripada segi agama dan moral. Media massa juga turut memberi pengaruh kepada perkembangan konsep kendiri yang negatif kepada remaja seperti terdapat rancangan televisyen cerita dari barat yang memaparkan unsur-unsur negatif seperti budaya kuning yang merupakan budaya masyarakat barat yang mengamalkan gaya hidup bebas. Akibatnya, golongan remaja

terdedah dengan pengaruh negatif daripada luar dan mempunyai konsep kendiri yang negatif. Dari sudut budaya pula kebudayaan yang berbeza memang mempunyai norma dan nilai yeng berbeza. Penekanan terhadap satu-satu nilai didalam sesebuah kebudayaan tertentu akan mempengaruhi perkembangan kendiri pada setiap individu juga. Didalam kebanyakan kebudayaan, banyak ditekankan mengenai nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi dan tolong-menolong yang ditekankan. Individu yang dibesarkan dengan kebudayaan seperti ini tentu mempunyai kendiri yang positif dan akan menonjolkan personaliti yang seimbang. Seterusnya yang keempat merupakan faktor dari segi kepercayaan seperti agama, keselamatan, kasih sayang dan juga kehormatan diri. Setiap individu yang berpegang teguh pada agama akan menonjolkan perkembangan kendiri yang positif dalam diri mereka. Di samping itu, aspek keselamatan diri adalah aspek yang tidak boleh dipandang ringan. Kanak- kanak akan menjalani hidup mereka secara sihat tanpa rasa terancam jika sentiasa dilindungi oleh orang di sekelilingnya. Namun, jika kanakkanak tersebut hidup dalam keadaan bimbang dan takut akibat tekanan persekitaran mereka mungkin akan mengalami masalah dalam diri. Selain itu, kasih sayang adalah aspek yang penting dalam kehidupan manusia, khususnya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Dengan kasih sayang yang diberikan oleh keluarga dan orang sekeliling, mereka akan sentiasa gembira dan selamat bagi membina konsep kendiri yang positif. Contohnya, sifat penyayang, saling sayangmenyayangi dan sebagainya. Akhir sekali, penghormatan diri hendaklah diperlihara oleh setiap individu. Khususnya, golongan remaja. Jika mereka sentiasa menjaga kehormatan diri, mereka dapat mencegah diri daripada terlibat dengan perkara yang tidak bermoral. Sifat malu melakukan perkara yang tidak bermoral adalah konsep kendiri yang positif yang harus ada dalam diri seseorang individu. Hal ini adalah kerana sifat malu dapat membuatkan seseorang individu menjaga maruah dirinya daripada tercemar.

Anda mungkin juga menyukai