Anda di halaman 1dari 3

SOALAN 8 : BINCANGKAN TEORI KEPERIBADIAN MULIA

Keperibadian mulia telah didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa dan
mengutamakan sifat peribadi terhadap suatu kehidupan yang bermoral. Teori ini berkait
rapat dengan kaedah seikap baik dan sifat-sifat seorang insan bermoral. Keperibadian
mulia ialah kecenderungan untuk sesuatu tujuan. Ia bukanlah perasaan atau kebolehan
dan kekuasaan manusia merasai kerana seseorang itu tidak boleh dipuji atau dikeji
dan dikatakan baik atau jahat hanya sebab perasaannya atau kerana dia berupaya
merasai. Keperibadian mulia dianggap tidak dihasilkan oleh alam semulajadi.
Sebaliknya cara untuk memperoleh keperibadian mulia adalah menerusi latihan dan
pengamalan

sehingga

menjadi

satu

kebiasaan

yang

menyenangkan

dan

menyeronokan.
Peribadi mulia tidak berlaku secara semulajadi, akan tetapi menerusi latihan
hingga menjadi satu kebiasaan dan menyeronokkan. Setiap keperibadian mulia
merupakan jalan tengah iaitu bermaksud tidak keterlaluan dan tidak terlalu kurang.
Tindakan yang berlebihan dan terlalu kurang adalah tindakan yang salah, jahatn buruk
dan tercela. Cara yang betul ialah mengambil pendekatan secara sederhana dan
pertengahan.
Walaubagaimanapun, banyak kritikan yang diberikan terhadap teori ini. Pertama
sekali, terdapat manusia seperti nabi memiliki keperibadian mulia secara semulajadi.
Keperibadian mulia juga diperoleh melalui pemerhatian dan pergaulan. Teori jalan
tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Hal ini demikian perbuatan sederhana
berbeza antara setiap individu. Selain itu, emosi manusia tidak boleh dianggap sebagai
suatu kuantiti yang boleh diukur secara berterusan.
Sebagai contoh, dapat kami berikan disini ialah dalam permainan bola sepak.
Keperibadian yang mulia yang ada pada setiap pemain dapat memastikan kelebihan
pasukan itu. Kemahiran adalah kebolehan seseorang itu melakukan tendangan yang
bagus dan baik. Sebelum menjadi tendangan yang bagus, setiap pemain perlu
melakukan latihan yang banyak dan betul. Jadi, sikap pemain perlulah positif dan
berdisiplin. Pemain juga perlu bersikap sederhana dan tidak berlagak. Jika berlagak
selepas memenangi sesuatu perlawanan, ia akan memberikan kesan yang buruk.

i.

Kebaikan

Terdapat beberapa kritikan terhadap teori ini. Antara kebaikan teori ini ialah ianya
mewujudkan insan yang mempunyai sifat-sifat baik dan terpuji seperti kejujuran, baik
hati, amanah dan sifat-sifat terpuji yang lain. Teori Virtue Aristotle yang menyatakan
keperibadian mulia yang mewujudkan insan seperti ini adalah hasil daripada
pemerhatian dan pergaulan antara mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia.
Wallace (1978) berpendapat bahawa keperibadian mulia memainkan pelbagai
peranan yang tidak boleh diketepikan untuk kesejahteraan hidup manusia. Manakala
Philip Foot (1978) pula menyatakan bahawa manusia tidak boleh hidup dengan baik
tanpa keberanian,kesederhanaan dan kebijaksanaan kerana masyarakat tidak ada
keadilan. Kebaikan seterusnya ialah teori ini dapat menyatukan taakulan dan emosi
serta mengelakan berlakunya gejala sosial yang tidak sihat. Contohnya seseorang itu
hanya akan meniru dan mencontohi sesuatu tingkah laku yang apabila difikirkan akan
mendatangkan kesan baik kepada dirinya. Sebelum meniru dan mengaplikasikan
sesuatu tingkah laku, beliau akan memikirkan kesan baik dan buruknya terlebih dahulu.
Walaupun individu tersebut mudah dan boleh dipengaruhi oleh sosial masyarakat,
perkembangan ekonomi dan rakan sebaya, namun ketaakulan akan menyebabkan
individu itu menilai dengan cara pemerhatian dan pergaulan dengan mereka yang
mempunyai sifat-sifat mulia dan budi pekerti yang baik.

ii. Kelemahan
Teori ini mendapat kritikan kerana kurang pasti sama ada sifat-sifat mulia wujud
secara semulajadi atau diperolehi melalui pengamalan dan pengalaman. Teori Virtue
Aristotle yang menyatakan keperibadian mulia bukan sesuatu yang natural itu telah
mendapat tentangan daripada golongan yang percaya kepada Tuhan. Mereka percaya
bahawa insan seperti nabi dan rasul memiliki keperibadian mulia secara semulajadi
kerana dianugerahkan Ilahi kepada mereka. Keperibadian mulia seseorang itu tidak
semestinya melalui kecenderungan atau latihan kerana manusia mempunyai sifat naluri
ingin tahu dan sifat meniru. Oleh itu, peribadi individu ini boleh dipengaruhi oleh social
masyarakat, perkembangan ekonomi dan rakan sebayanya. Jelasnya, keperibadian

mulia boleh diperolehi dengan memerhati dan bergaul rapat dengan mereka yang
mempunyai sifat-sifat mulia dan berbudi pekerti yang baik.
Selain daripada itu, kelemahan teori ini juga ialah kita tidak dapat mengetahui
dengan lebih jelas siapakah yang sebenarnya mempunyai keperibadian mulia. Barnes
(1979) pula mengkritik doktrin jalan tengah Aristotle kerana doktrin itu tidak mempunyai
tenaga nasihat atau kekuatan untuk membuat sesuatu. Nasihat bertindak mengikut
jalan tengah atau bertindak sederhana sama maksudnya bertindak seperti mana kamu
patut bertindak. Bimbingan dan nasihat jalan tengah ini tidak memberi nasihat dan
maklumat tentang kemungkinan atau cara yang dikatakan patut, sederhana atau baik
apabila menghadapi desakan situasi moral. Ini menjadikan seseorang itu kabur dan
ragu-ragu apabila membuat sesuatu keputusan.

Anda mungkin juga menyukai