Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN Perkembangan dan pertumbuhan manusia adalah bermula dari peringkat bayi sehingga kematian.

Kelakuan manusia dari setiap peringkat adalah sangat berbeza apabila mereka telah mencapai peringkat dewasa. Apabila mengalami proses kematangan, mereka akan memasuki alam remaja yang banyak menimbulkan perbezaan dari aspek mental dan fizikal dan seterusnya menjadi seorang yang lebih dewasa. Peringkat terakhir dalam kitaran hidup manusia ialah kematian yang sememangnya tidak dapat dielakkan.

KONSEP PERTUMBUHAN KANAK-KANAK Konsep pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantitatif dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain. Karl E. Garrison perkembangan individu boleh dilihat dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut, dan kelenjar. Atan Long mentakrifkan pertumbuhan kanak-kanak ialah perubahan yang diukur dari satu peringkat ke peringkat yang lain dari semasa ke semasa. D.S Wright dan Ann Tylor konsep pertumbuhan dalam pelbagai sifat luaran seseorang iaitu dari segi sifat jasmani, saiz tinggi, berat badan dan lain-lain.

Daripada definisi yang diberikan, dapatlah dijelaskan bahawa konsep pertumbuhan adalah satu perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku kepada tulang, otot, kelenjar, sistem saraf dan semua organ-organ yang lain dalam badan sehingga mencapai kematangan. Perubahan biasanya adalah perubahan fizikal yang melibatkan pertambahan kuantiti iaitu misalnya perubahan dari segi berat badan, tinggi dan pertambahan saiz badan. Contohnya pertambahan berat badan kanak-kanak dari 10 kilogram semasa berumur 2 tahun dan menjadi 12 kilogram semasa berumur 3 tahun.

Pertumbuhan juga proses perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam diri seseorang. Contohnya tulang-tulang rangka badan (skeleton) bertambah jumlahnya semakin individu membesar dan juga terjadi pertambahan panjang tulang-tulang dari satu peringkat perkembangan yang lain dan pertambahan panjang ini akan terhenti bila pertumbuhan seseorang menjadi matang iaitu ketika remaja.

KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Konsep perkembangan pula merujuk Crow and Crow iaitu perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Karl G. Garisson (1975) perkembangan ini terhasil daripada tindakan yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan ialah mengikut urutan semulajadi dan bersifat sejagat. Ianya merujuk kepada perubahan semulajadi dan ditentukan oleh faktor genetik. D.S Wright dan Ann Tylor perkembangan merupakan perubahan yang berlaku dalam warisan hayat.

Melalui penjelasan ketiga-tiga tokoh di atas ini, dapat disimpulkan konsep pertumbuhan adalah perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada sifat yang lebih awal. Proses ini adalah berterusan yang berlaku dalam pola kelakuan, kebolehan mental dan personaliti seseorang individu hingga mencapai proses kematangan. Namun demikian, perubahan ini dapat dilihat dengan membuat perbandingan sesuatu perubahan yang berlaku kepada seseorang individu dengan sifat individu tersebut sebelumnya. Contohnya perubahan pada rambut manusia daripada berwarna hitam semasa remaja menjadi putih pada peringkat akhir

dewasa. Perubahan ini adalah stabil, berlaku secara teratur dan progresif dalam arah tertentu.

Anda mungkin juga menyukai