Anda di halaman 1dari 4

Suku kaum Suluk atau Tausg berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo

(Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa
Tausug sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam.
Suku kaum Suluk ini juga mempunyai budaya yang unik dan tersendiri. Antara contoh
yang popular adalah pakaian tradisionalnya iaitu Kuput (kupot), sablay, samrah dan
betawi.

Suku kaum Suluk ialah suku kaum yang terdapat di sebelah pantai timur Sabah
dari utara Kudat hingga ke tenggara Tawau. Suku kaum Suluk ini adalah penduduk asal
di Sabah. Masyarakat Suluk ini adalah tergolong dalam rumpun Melayu sama seperti
suku kaum Melayu Brunei, Melayu Arab, Melayu Banjar dan Melayu Jawa. Sebaliknya,
masyarakat Melayu Suluk di Sabah ini tidak berbeza dengan bangsa Tausug di
Kepulauan Sulu yang terpisah ratusan tahun dari perhubungan dan amalan cara hidup.

Di Sabah, masyarakat Suluk tempatan telah hidup beratus tahun di Sabah


bersama masyarakat lain seperti masyarakat Bajau, Dusun, Sungai dan Murut. Pejuang
Bangsa Menentang Penjajah British iaitu Datu Paduka Mat Salleh adalah berketurunan
Suluk Paitan manakala Bapa Kemerdekaan Sabah iaitu Tun Datu Mustapha Datu Harun
adalah berketurunan Suluk Kudat. Pengarah Yayasan Sabah iaitu Tan Sri Datu Khalil bin
Datu Jamilul juga adalah berketurunan Suluk tempatan Sabah. Begitu juga dengan Ahli
Parlimen Lahad Datu yang juga Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah iaitu
Datuk Seri Haji Datu Nasrun bin Datu Haji Mansur yang mana beliau juga adalah
berketurunan Suluk Sabah. Manakala selain dari Datu Paduka Mat Salleh, ada ramai
lagi pejuang pejuang bangsa penentang penjajah British dari kalangan mereka yang
berketurunan Suluk Sabah iaitu Datu Tating di Pulau Balambangan pada tahun 1773,

Datu Baginda Putih di Sandakan pada tahun 1879 dan Datu Kedunding pada tahun
1879 di Tungku.

Pada masa kini, masyarakat Suluk di Tawau ( yang dahulunya tinggal bersama
dengan masyarakat Tidung di sebuah perkampungan nelayan dikenali sebagai Tawau
Lama pada masa kini ), sudah tidak wujud lagi sebagai masyarakat Suluk asli
sebaliknya keturunan mereka sudah bercampur baur keturunannya melalui perkahwinan
dengan masyarakat lain seperti Tidung, Cina Muslim, Arab, Iban Muslim, Banjar, Jawa
dan sebagainya. Mereka lebih dikenali sebagai Masyarakat Melayu di Tawau ini kerana
bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat dan budaya Melayu sejak turun
temurun. Misalnya keturunan Kee Abdullah ( Cina Muslim ), Penghulu Tawau pertama
telah berkahwin gadis Melayu Suluk ( Jumatiah ) dan ramai keturunannya hari ini adalah
berketurunan Melayu Tawau. Begitu juga Datuk Abu Bakar Titingan ( Suluk ) yang
berkahwin dengan Kee Hayati ( peranakan Cina ) dan mewujudkan ramai keturunan
Melayu di Tawau ini.

Ramai masyarakat di Tawau yang dikenali sebagai masyarakat Melayu ini adalah
keturunan dari pelbagai suku-suku kaum yang sudah mengalami percampuran darah
keturunan sejak dahulu lagi. Mereka tidak boleh dibezakan kerana agama dan budaya
yang diamalkan adalah sama. Namun keadaan ini tidak sama dengan masyarakat
pendatang dari Indonesia dan Filipina kerana mereka ada budaya yang tersendiri. Ini
kerana kewujudan imigran-imigran Indonesia dan imigran-imigran Filipina ini adalah
agak terkemudian iaitu setelah Tawau makmur sebagai lubuk sumber ekonomi. Mereka
datang ke Tawau semata-mata untuk mencari rezeki dan sebelum kedatangan mereka
ke Tawau, mereka sudah pun mempunyai identiti negara mereka sendiri. Berbanding
dengan masyarakat Melayu Tawau ini, mereka telah wujud di Tawau sudah terlalu lama
iaitu sebelum kedatangan pemerintahan penjajah Inggeris atau sebelum zaman
pemerintahan tentera Jepun lagi.

Sejarah Suluk di Sabah

Mengikut sejarahnya, Sabah dahulunya adalah sebahagian Kerajaan Kesultanan


Melayu Sulu ( di sebelah timur ) yang begitu rapat hubungannya dengan Kerajaan
Kesultanan Melayu Brunei ( di sebelah barat Sabah ). Tanah jajahan Kerajaan Melayu
Sulu meluas hingga keseluruhan bahagian timur Sabah termasuk di kawasan sepanjang
Sungai Sugut, Sungai Labuk dan Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama.
Masyarakat Melayu Suluk telah membuka penempatan di pesisiran pantai sebelah timur
Sabah. Misalnya, Sandakan dan Lahad Datu adalah contoh penempatan yang diberi
nama mengikut bahasa Suluk asli. Sandakan adalah bermaksud 'Tanah Gadaian'
manakala Lahad Datu bermaksud 'Persinggahan Datu'.

Di Tawau, masyarakat Suluk tempatannya agak berbeza dengan masyarakat


Suluk Sabah yang lain. Ini kerana masyarakat Suluk Tawau yang telah wujud lama di
Tawau ini telah berasimilasi dengan masyarakat Melayu lain yang ada di Tawau. Mereka
hidup bersama dan berkahwin dengan masyarakat suku kaum Melayu lain seperti
Melayu Tidung, Melayu Banjar, Melayu Arab, Melayu Jawa , Melayu Bugis dan
sebagainya. Rentetan dari perkahwinan campur antara pelbagai suku kaum Melayu ini,
kini masyarakat Melayu Suluk di Tawau lebih dikenali sebagai Masyarakat Melayu
Tawau.

Oleh kerana Sabah Timur di bawah pemerintahan Kerajaan Melayu Sulu, banyak
golongan bangsawan di kalangan masyarakat Suluk Sabah yang dilantik sebagai wakil
pemerintah Kerajaan Melayu Sulu. Misalnya Datu Paduka Mat Salleh yang diberi kuasa
untuk menjaga perairan Sungai Sugut. Gelaran 'Datu' pula adalah gelaran yang
diberikan kepada golongan bangsawan masyarakat Melayu Suluk di Sabah. Di Tawau
pula, pemimpin Melayu dari keturunan Suluk yang pernah memimpin masyarakat suatu
ketika dahulu ialah Sarip Ali dari tahun 1905 hingga 1912. Selepas itu, ketika sebelum
dan selepas Perang Dunia dan Pendudukan Jepun di antara tahun 1937 hingga 1953,
Penghulu Abu Bakar yang juga berketurunan Suluk Tawau pernah memimpin
masyarakat Melayu di Tawau. Kemudian era pra kemerdekaan, Datuk Abu Bakar
Titingan bin Damsani ( juga berketurunan Suluk Sabah ) pula memainkan peranan
sebagai pemimpin masyakarat Melayu di Tawau. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi
USNO pada Mei 1962 dan memikul tanggungjawab untuk menyatukan semua orang-

orang Melayu pada masa itu di bawah satu payung iaitu USNO bagi menuntut
kemerdekaan Sabah melalui Malaysia pada 16 September 1963.

Anda mungkin juga menyukai