Anda di halaman 1dari 1

Apa Itu Psikomotor?

Kemahiran fizikal seperti pergerakan, koordinasi, manipulasi, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, melalui aspek
motor halus dan motor kasar

Definisi Psikomotor

Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti :


Kemahiran hidup,pendidikan jasmani,Seni Visual,Seni Tari.

Kepentingan Psikomotor dalam KHSR

Membolehkan murid menggunakan pelbagai alatan dan bahan serta melalui pelbagai teknik.
Menghasilkan satu pengalaman yang membolehkan murid-murid celik
pengalaman mengendalikan pelbagai alatan tangan dan bahan.

teknologi dan memberikan mereka

Bertujuan membentuk masyarakat berorientasikan teknologi.

Domain Psikomotor

Di dalam bidang Kemahiran Hidup, penggunaan psikomotor lebih kepada :


memanipulasi alatan kerja, melakukan amali, mematuhi langkah-langkah keselamatan di dalam P&P.
Manipulasi Alatan Kerja
Cara bagaimana menggayakan atau menggunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap.
Kemahiran ini banyak memerlukan penggunaan anggota badan seperti tangan, kaki dan pergerakan badan
untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek.
Kemahiran ini dapat meningkatkan koordinasi mata tangan, kaki, mata dan lain-lain.
Pelaksanaan Secara Amali
Amali adalah melakukan kerja fizikal di dalam sesuatu pembelajaran.
Amali berlaku apabila pelajar mengaplikasi teori yang dipelajari kepada persekitaran sebenar.
Guru berperanan sebagai penunjuk cara kepada pelajar sebelum pelajar cuba dan aplikasikan sendiri apa
yang dipelajari.
Guru berperanan memastikan keselamatan pelajar sepanjang aktiviti amali dilaksanakan.
Mematuhi Langkah Keselamatan Dalam P&P
Peraturan keselamatan di dalam bengkel diwujudkan untuk memastikan suasana bengkel yang kondusif
serta selamat tanpa kemalangan.
Ianya merangkumi aspek keselamatan umum, keselamatan rakan dan diri serta keselamatan alatan dan
bahan.
Pelajar atau murid tidak boleh melakukan aktiviti atau kerja tanpa keizinan serta pengawasan guru.

Kesimpulan

Pembelajaran Psikomotor di dalam subjek kemahiran hidup yang bercorak praktikal serta amali
mendedahkan murid dengan penggunaan alatan tangan untuk membuat perkakasan yang mudah,
mengendali, menyelenggara dan membaik pulih alat atau mesin mudah. Penguasaan kemahiran ini
membantu murid atau pelajar mengatasi masalah dalam kehidupan seharian yang banyak bergantung
kepada teknologi.

Anda mungkin juga menyukai