Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN TGFU Sesungguhnya pelbagai pendapat telah dikemukan bagi menyatakan tentang kepentingan model TGFU dalam dunia

pendidikan jasmani untuk menjadikan TGFU diakui sebagai altenatif memajukan bidang sukan dikalangan murid. Pendekatan TGFU menyarankan bahawa taktik pemainan untuk dapat diertikan sebagai pengenalan pertama, pelajar harus mengetahui kenapa dan bila keterampilan itu diperlukan dalam konteks permainan, pelaksanaan taktikal dalam keterampilan dilahirkan. Pendekatan TGfU harus dapat diterapkan pada pengajaran jasmani para murid, meningkatkan motivasi untuk kematangan, dan seterusnya meningkatkan kesihatan psikologi dan fizikal. Pendekatan ini berasaskan daripada pendapat Crum (2003) bahawa komuniti pendidikan

jasmani tidak menerima dan memberikan keutamaan bagi kosmologi nilai profesionalnya, iaitu dengan bukti bahawa fungsi utama seorang guru pendidikan jasmani adalah untuk membantu pelajar ke arah belajar. Belajar apa? Sesungguhnya dalam pembelajaran pendidikan jasmani, seorang murid tidak akan belajar apa-apa selain belajar menjadi manusia yang memiliki gaya hidup aktif secara jasmani. Di sinilah kesulitan pada pendidikan jasmani. Metod yang kurang tepat tidak akan mencapai tujuan pendidikan jasmani secara khusus dan pendidikan secara umum. Misalnya pengajaran permainan yang memfokuskan pada teknik (technique focused games) yang sampai saat ini masih mendominasi program pendidikan jasmani. Menurut Hopper, murid tidak dapat meningkatkan kemampuannya secara maksimum dalam menemukan kesempurnaan yang pada akhirnya menjadikan permainan sebagai sebahagian dari gaya hidup sihat mereka. Model TGFU yang menggunakan pendekatan latihan taktikal adalah lebih menyeluruh bagi mewujudkan pemain yang berkesan, sesuai untuk murid dalam pelbagai kumpulan kemahiran, dapat menggalakkan murid berfikir secara kreatif, bijak membuat keputusan tentang pemilihan taktik, bekerjasama sesama pemain dan dapat menguasai kemahiran sukan (Ho, 2003; Light & Fawns, 2003 ) dapat memberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah ubahsuai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka, kaedah ini lebih sistematik berbanding kaedah pengajaran yang sedia ada kerana mencakupi semua aspek yang perlu diterapkan kepada kanakkanak dan kanak-kanak dapat menerokai permainan yang diubahsuai secara

berperingkat.Pengajaran permainan yang berpusat pada permainan adalah suatu pendekatan yang

dihubungkan dengan model Teaching Games for Understanding (TGFU). TGFU menawarkan suatu cara yang membolehkan pelajar untuk mengapresiasi kemudahan bermain sehingga mendorong keinginan pelajar untuk belajar teknik bermain dan meningkatkan penguasaan dalam permainannya. Pendekatan TGFU merupakan pengajaran permainan yang berpusat pada bermain itu sendiri. Di dalam TGFU mengapa memainkan suatu permainan itu diajarkan terlebih dulu sebelum bagaimana keterampilan yang diperlukan untuk memainkan permainan itu diajarkan. Menurut Hopper, proses tersebut melibatkan pengajaran murid menggunakan permainan yang dimodifikasi dan diaplaksikan sesuai dengan jasmani, sosial, dan perkembangan mental mereka.

Anda mungkin juga menyukai