Anda di halaman 1dari 2

ULUSAN Rasuah bermaksud pemberian untuk menumbuk rusuk seperti menyogok atau menyuap.

Isu rasuah dalam sukan bola sepak telah juga berlaku dalam tahun 1990 an telah berlaku tetapi gejala rasuah dalam sukan ini semakin kerap berlaku pada masa ini.Masalah ini telah banyak memberi kesan buruk kepada kita.Sebagai seorang pelajar,saya berpendapat bahawa kesan dan punca masalah berlakunya rasuah harus dikenal pasti supaya cara yang efektif dapat dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini. Salah satu sebab berlakunya gejala rasuah dalam sukan ialah jati diri dan pegangan agama seseorang pemain yang tidak kuat juga merupakan salah satu punca.Walaupun mereka mengetahui bahawa rasuah adalah dilarang dalam ajaran agama,sikap manusia yang ingin capat berjaya dan kaya telah menyebabkan mereka terlibat dalam gejala rasuah.Arus modenisasi yang tidak seimbang dengan pembangunan rohani juga merupakan punca berlakunya gejala rasuah.Dengan ini,ekonomi negara akan terjejas.Misalnya,apabila sesebuah negara yang pernah terlibat dalam gejala rasuah menganjurkan sesuatu pertandingan,pemain,penonton dan penyokong negara asing tidak akan datang ke negara tersebut.Situasi ini berlaku kerana mereka telah hilang kepercayaan kepada negara tersebut.Hubungan antara pemain sesuatu pasukan juga akan terjejas jika mengetahui salah seseorang pemain daripada mereka telah terlibat dalam rasuah.Keadaan ini akan mengakibatkan mereka tidak bekerjasama dan tidak dapat mempamerkan prestasi mereka yang terbaik. Untuk memastikan keputusan sukan yang adil dan tanpa rasuah,langkah-

langkah yang berkesan harus dilaksanakan dengan segara.Salah satu langkah adalah setiap ahli sukan harus mempunyai jati diri yang tinggi kerana ini merupakan benteng yang amat penting bagi mengatasi masalah ini.Pegangan agama yang kukuh juga sangat penting bagi mengatasi gejala rasuah.Ini selaras dengan salah satu falsafah yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FBK) yang berkaitan tentang manusia yang berasaskan kerpercayaan kepada Tuhan dan agama.Ajaran agama dapat membangunkan semua aspek diri manusia supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Agama juga mengajar kita bahawa buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali dan rasuah ialah tindakan yang tidak baik dalam ajaran agama.Dengan pegangan agama yang kuat,ahli sukan akan menjuahkan diri daripada terlibat dalam rasuah. Ini juga selaras dengan objektif pendidikan jasmani yang boleh membentuk sahsiah dan disiplin diri.

Anda mungkin juga menyukai