Anda di halaman 1dari 1

David Ausubel (1918-kini)

Merupakan seorang ahli psikologi Amerika kelahiran New York yang terkenal
dengan sumbangannya terhadap pembelajaran bermakna melalui penggunaan
bahasa. Banyak mengkaji teori pembelajaran khususnya mengenai advance
organizers.Ia adalah satu unit pengajaran yang dgunakan sebelum pengajaran
langsung.Ia juga memudahkan pembelajaran khususnya aspek pemahaman dan
mengingat kembali.

Teori pembelajarannya mengambil kira pembelajaran individu dalam konteks
sekolah atau bilik darjah. Pembelajaran bermakna boleh berlaku melalui
penggunaan bahan yang bermakna.bahan yang dimaksudkan boleh dalam bentuk
teks atau penyampaian guru. Menurutnya lagi pembelajaran bergantung pada
pengetahuan asas sama ada dalam bentuk pengetahuan sedia ada ataupun
persembahan maklumat umum ataupun gabungan kedua-duanya.

Anda mungkin juga menyukai