Anda di halaman 1dari 3

Faedah-Faedah Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Sukan Soalan : Pada tahun 2011, kerajaan telah memperkenalkan program 1Murid

1Sukan untuk memastikan semua murid terlibat dalam bidang sukan.Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah melibatkan diri dalam aktiviti sukan dalam kalangan murid.

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk mengisi masa lapang dan beriadah. Pada tahun yang lalu, kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga, renang, bola sepak, tenis, badminton dan skuasy. Persoalannya apakah faedah jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam aktiviti bersukan? aedah bersukan yang utama kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin. !al ini demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat menga"al diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya, setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatih. #leh itu, secara tidak langsung sukan juga turut membentuk disiplin murid tersebut.

Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. !al ini demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalanya, seseorang murid yang bersukan pada setiap petang akan membakar lemak berlebihan dalam badan. #leh itu, murid yang aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan$rakannya yang tidak bersukan.

Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan se"ajarnya kerana masa itu emas. !al ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. #leh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.

aedah berikutnya, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif. !al ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi serta tidak cepat berputus asa. Contohnya, %atuk &ee Chong 'ei tetap tidak berputus asa "alaupun gagal meraih pingat emas dalam sukan #limpik baru$baru ini. #leh itu, sukan penting dalam melahirkan murid yang berfikiran positif. (khir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang mereka dengan lebih bermanfaat. !al ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat bermain permainan komputer dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berpeleseran di pusat beli$belah, menonton televisyen dan berbual$bual kosong. #leh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.

)*harnya, jelaslah di sini baha"a melibatkan diri dalam sukan banyak memba"a faedah kepada murid. #leh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah. )bu bapa pula patut menggalakkan anak$anak mereka bersukan. +egitu juga dengan guru$guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan. Saya percaya dengan

adanya kerjasama antara semua pihak lebih ramai lagi jaguh sukan negara yang akan menyerlah di peringkat antarabangsa, asalkan kita tidak melakukannya sekadar hangat$hangat tahi ayam.
Lengkapkan peta minda di bawah dengan faedah aktiviti sukan

FAEDAH AKTIVITI SUKAN

Anda mungkin juga menyukai