Anda di halaman 1dari 3

Selamat Datang ke dumei dot com - Rangkaian Jaringan Perniagaan Entrepreneurs

portal.dumei.com /ar_sihat1.php

Khasiat dari sumber tumbuhan persekitaran kita Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala tumbuh-tumbuhan maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak. Surah Al-An'am 99 Khasiat Kemunting China Ianya dapat menyembuhkan penyakit-penyakit seperti Kencing Manis Lelah dan Semput Ceret-beret Sakit Kerongkong/guam Sakit Gigi Batuk biasa dan batuk seratus Hari Rebuslah pokok tersebut bersama-sama akarnya lalu dibuat miniuman. Bagi sakit gigi getahnya atau asahkan akarnya lalu dibubuhkan ke gigi yang sakit. Untuk batuk pula asahkan akarnya bersama kemenyan lalu dibuat minum. Khasiat Buah Kudu Dapat menyembuhkan betis kaki yang kering dan bersisik atau jari-jari kaki yang pecah. Caranya gosokkan buah kudu yang masak ke tempat-tempat tersebut dan biarkan selama15 minit. Kemudian cucikan dengan air hangat. Dapat menyembuhkan darah tinggi. Caranya perahkan buah kudu yang masak dan ambil airnya lalu ditapis dan minumlah dipagi hari sebelum memakan sesuatu atau meminum sesuatu, buatlah selama satu minggu berturut-turut kemudian berhenti dahulu, bila tekanan darah meningkat semula lakukan amalan seperti di atas pula Mengubati penyakit batuk Caranya dengan memakan buah kudu yang sudah masak dengan garam, di dalam jangka masa yang tidak lama gatal-gatal ditekak, serak dan batuk akan hilang. Khasiat Rumput Jarum Emas/Rumput Rempah Padang Dipercayai dapat mengubati penyakit seperti : Sakit Pinggang Sakit Urat Mengecutkan/Mengempiskan rahim Menguatkan tenaga Batih Mengemas/Meyempitkan lubang Faraj, khususnya bagi perempuan yang sudah bersalin Melancarkan perjalanan Haid Caranya : Ambil 4-5 urat rumput tersebut, kemudian rebuskan bersama air sebanyak 1 cerek 11/2 liter. Setelah sejuk lalu diminum sebanyak 1 gelas. Minumlah 2 gelas sehari. Khasiat Isi Cekor Merah Bagaimana mengenaili Isi Cekor Merah? Ambil isi cekor itu dan gosokkan pada batang pokok yang telah dipotong, jika kelihatan kemerahan airnya maka ianya adalah cekor merah Ianya dapat mengubati penyakit-penyakit ini yang berikut : Kencing Manis Darah Tinggi Penyakit-penyakit kulit Ambil isi cekor merah sebesar jari manis sepanjang 1/2 cm lalu dimakan. Khasiat Duri Kabu Dapat menyembuhkan segala penyakit kulit Menyembuhkan penyakit kudis dan gatal-gatal

Dapat menyembuhkan segala penyakit kulit Menyembuhkan penyakit kudis dan gatal-gatal Menyembuhkan bisul-bisul dan demam (bisul Kepala) Mengubati luka-luka Mengubati penyakit jerawat batu dan jerawat biasa. Boleh megubati penyakit kayap Pecah-pecah kulit Benjolan Ambil 5 duri atau sekadar yang sesuai kemudian asahkan di atas belakang pasu dengan sedikit pekat kemudian sapukan ke tempat yang sakit. Khasiat Pokok Dukung Anak Dapat menyembuhkan penyakit karang, kencing berdarah dan demam kuning. Caranya dengan mengambil pohonnya beserta akarnya sekali, kemudian tumbuk sehingga lumat (bubuh sedikit air) lalu diambil airnya dan diberi minum kepada pesakit. Dapat menyembuhkan penyakit beser/dedas, kencing manis dan anak-anak kencing malam. Caranya dengan mengambil pohonnya beserta akarnya sekali, lalu dijemur sehingga kering setelah itu rebus dan minum airnya. Khasiat Pokok Belimbing Tanah Dapat mengubati penyakit kencing manis Mengubati penyakit darah tinggi Dapat mengubati penyakit lemah jantung Dapat mengubati penyakit buah pinggang Caranya : Ambil tumbuhan ini termasuk akarnya dan buahnya lalu direbus sehingga mendidih, sejukkan dan minumlah airnya 2x sehari. Khasiat Halia Membantu untuk menghadamkan makanan Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana. Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dan menambah air mani Membuang angin yang terdapat dalam usus kecil dan besar. Membuang kahak dan lendir yang melekat di bahagian halkumm, jika halia itu dicampurkan dengan sedikit gula yang diminum dengan air panas. Menghilangkan kadar kesejukkan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum. Khasiat Madu Lebah Asli Dapat mengubati penyakit dalam perut Dapat mengubati penyakit medu Dapat membuang kekotoran yang terdapat di dalam usus kecil dan besar - Perut Dapat megubati penyakit ketagihan dadah. Caranya Madu dicampurkan dengan minyak/air bunga mawar yang panas lalu diminum. Dapat melawaskan pembuangan air besar Boleh mencerahkan mata. Caranya lumurkan me bahagian kening/alir mata Boleh memutihkan gigi dan menguatkan dengan menjadikannya sebagai ubat gigi Menghilangkan penyakit banyak kahak Menghilangkan kesankesan pati candu rokok yang melekat di paru-paru. Mencerdaskan otak kanak-kanak Menghilangkan kesan terkena api, air panas, dan minyak. Sapukan pada tempat yang terkena Sesuai untuk mengubati setiap penyakit, caranya ambil air hangat dan campurkan madu 2 sudu besar, kacau dan minum. ~~ Amaran ~~ Dilarang sama sekali memakan buah tembikai (timun Cina) bersama-sama dengan madu. Dipercayai boleh keracunan yang membawa maut. Khasiat Buah Delima

- Membaiki usus-usus dan menguatkannya - Untuk membersihkan bahagian halkum, sesuai untuk mengubati batuk - Bila dimakan bersama roti, roti tersebut tidak hancur - Tidak sesuai untuk orang yang sedang demam

Khasiat Buah Delima yang Masam

Melawaskan kencing Menyucikan perut, mencecah dari muntah Menurunkan kepanasan hati, menguatkan anggota badan. Mencegah penyakit bagi hati dan penyakit duduna Mengubati penyakit kuning mata putih

Caranya ambil airnya lalu dicampurkan dengan sedikit madu kemudian dipanaskan sehingga pekat dan disapu pada kening.

Khasiat Biji Delima Tumbuk bijinya sehingga halus dan campurkan sedikit madu, dapat mengubati kebenjolan dan luka yang teruk Jika menelan 3 bijinya akan terhindar sama sekali dari sakit mata untuk sepanjang tahun itu Khasiat Ikan Solomon dan Mackerel Dapat menghindarkan dari terkena penyakit lemah jantung dan juga merawat penyakit tersebut Memakan buah tembikai (Timun Cina) dengan buah Tamar Ianya dapat meredakan kepanasan dalam badan dan menghadamkan makanan. Caranya : Hendaklah dimakan kedua-dua buah tersebut sebelum memakan makanan lain atau sarapan. Khasiat Buah Kayu Bidara Buah pertama yang dimakan oleh Nabi Adam a.s Ianya boleh dimakan samada buah masih segar atau yang telah dikeringkan.

Boleh menguatkan kecerdasan otak Melicinkan perjalanan usus-usus Menghilangkan penyakit kuning Mencantikkan kulit Membuka selera makan Menghilangkan kahak Menghilangkan penyakit lambat hadam

Khasiat Buah T in Jika dimakan yang kering (Tidak terlalu Banyak)

- Terhindar dari bahan-bahan keracunan - Melicinkan tekak dan dada - Mencuci hati dan jantung - Membersihkan lendir-lendir yang terdapat di dalam usus-usus Jika dimakan masih basah

Jika dimakan bersama buah pala sekiranya sebelum terminum/termakan racun pembunuh akan terselamat Menghilangkan penyakit buasir

Anda mungkin juga menyukai