Anda di halaman 1dari 19

1.

Pendahuluan

Kaunseling merupakan suatu konsep yang telah diketahui umum khususnya di kalangan masyarakat maju. Semakin majunya kehidupan ahli dalam sesebuah masyarakat, semakin meningkat pula masalah-masalah yang harus di tempuhi oleh ahli-ahlinya. Kebanyakan individu apabila diminta untuk mentakrifkan tentang kaunseling akan menyatakan bahawa kaunseling adalah satu proses pertemuan di antara seorang kaunselor dengan individu yang ingin diberikan bantuan. Dengan kata lain perkataan, kaunselor ialah individu yang khusus bertugas secara terarah atau sukarela untuk memberikan pertolongan kepada orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh klien (orang yang datang berjumpa denga kaunselor). Definasi yang di berikan ini terlalu umum. Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses

pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.

2.0

Mengenalpasti Permasalahan Yang Dihadapi Amira

Berdasarkan bacaan pada kajian kes yang diberikan kepada saya, saya telah mengetahui tentang sebahagian latar belakang kehidupan keluarga Amira. Melalui pembacaan juga, beberapa permasalahan Amira juga dapat dikenalpasti. Dari aspek latar belakang kehidupan, Amira dan keluarga hidup dalam keadaan kesempitan kerana ayahnya seorang sahaja yang bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan dan

ibunya tidak bekerja. Abangnya juga terpaksa berhenti sekolah kerana masalah kesempitan wang. Amira bercita-cita ingin menjadi seorang guru untuk membaiki status dan sosioekonomi keluarganya. Tetapi perkara yang menjadi masalahnya ialah orang sekelilingnya iaitu jiran-jiran menyatakan bahawa dia tidak layak untuk menjadi guru. Perkara ini menyebabkan dia berasa rendah diri dan mudah melahirkan perasaan marah kepada rakan-rakannya. Amira juga berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya tetapi masih gagal dalam pelajaran. Dia merasakan semua perkara tidak adil berlaku terhadap dirinya kerana dia sudah berusaha bersungguh-sungguh.

3.0

Teori Kaunseling dan Teknik Kaunseling

Setelah mengenalpasti permasalahan yang berlaku terhadap Amira, saya telah memilih satu teori dalam Bimbingan dan Kaunseling untuk membantu menyelesaikan masalahnya. Teori yang dipilih ialah Teori Pemusatan Insan. Teori ini diasaskan oleh Carl Rogers. Teori ini lebih berpusatkan kepada individu itu sendiri yang mana kaunselor sebagai pemandu atau penunjuk arah supaya klien dapat menyelesaikan masalah diatas kemahuan sendiri tanpa ada unsur paksaan. Matlamat yang ingin dicapai di dalam kaunseling melalui Teori Pemusatan Insan ini bukanlah sekadar menyelesaikan masalah yang dihadapi atau dialami pada masa itu, tetapi apa yang lebih diutamakan ialah untuk mencapai perasaan bebas dan bersepadu bagi diri Amira. Tujuan kaunseling adalah untuk membantu Amira di dalam proses perkembangannya, agar ia dapat menghadapi dan mengatasi masalah masa kini dan masalah-masalah di masa hadapan. Dengan berasaskan kepada matlamat yang ingin dicapai, maka Amira haruslah bersedia untuk memisahkan dirinya daripada apa yang selama ini telah sebati dengan dirinya iaitu sering dipandang rendah dan hidup dalam kesempitab bagi membolehkan dirinya berhadapan dengan realiti. Menurut Amir Awang (1987), terdapat beberapa perkara yang dapat diperhatikan dan dirasai oleh klien itu sendiri untuk mencapai maksud yang ingin dituju di dalam kaunseling:
2

i)

Klien bersedia menerima, merasai dan mengalami realiti yang sebenar. Amira

tidak lagi bimbang atau takut untuk berhadapan dengan realiti. Ia sedia menerima dirinya sendiri-baik atau buruk, ia dapat mengalami hidup dengan cara yang baru dan dapat terus berkembang. ii) Klien akan merasa yakin pada diri sendiri. Menurut kes Amira, dia tidak yakin

yang ia boleh mengemudikan hidupnya, kerana itu ia sering berasa rendah diri dan marah-marah kepada rakan-rakannya. Tetapi apabila ia sudah sedia menerima dirinya dan berhadapan dengan kenyataan, ia pun akan mula mempunyai keyakinan dan keupayaan sendiri untuk mengawal dan mengarah hidupnya. iii) Klien akan dipandu dan diarah oleh perasaan dan pemikirannya sendiri.

Walaupun penting bagi seseorang untuk memberi perhatian kepada nilai-nilai dan norma-norma masyarakat, individu perlu juga mempunyai nilai-nilai sendiri untuk memandu dirinya. Ia harus bersifat inner directed dan tidak dikongkong oleh outer directedness. Melalui inner directedness ini ia akan memperolehi kepuasan kerana ia dapat membuat sesuatu keputusan berdasarkan pertimbangan sendiri. iv) Klien dalam keadaan untuk terus berkembang. Apabila wujud di dalam diri Amira

kesediaan untuk terus hidup, untuk terus mengalami peristiwa-peristiwa baru, untuk terus menghadapi cabaran-cabaran dan masalah-masalah baru, maka Amira telah mencapai suatu tahap positif di dalam proses hidupnya. Dari sini Amira akan bersedia membuat ketetapan-ketetapan baru untuk dirinya, untuk mencari matlamat-matlamat baru untuk hidupnya tanpa menghiraukan pandangan negatif orang sekeliling.

3.1 Teknik Kaunseling Antara teknik yang boleh digunakan oleh kaunselor bagi berhadapan dengan kes Amira ini ialah :

3.1.1 Penerimaan Tanpa Syarat Teknik ini menekankan supaya kaunselor mempunyai sikap menerima klien tanpa syarat iaitu tanpa menilai tingkahlaku, peristiwa atau perasaan klien sama ada baik atau jahat. Dalam erti kata lain, kaunselor haruslah bersedia menerima permasalahan Amira tanpa mengenakan apa-apa syarat ke atasnya. Kaunselor harus bersedia menerima Amira tanpa prasangka atau sebarang penilaian. Kaunselor juga haruslah juga sering berwaspada agar ia tidak memberi gambaran kepada Amira yang dia sedia menerima Amira, agar Amira rasa senang terhadapnya lantas memuji, menyanjung atau menghargai kesediaanya menerima diri Amira. Sikap ikatan dua hala ini (double binding) hendaklah dielak bagi menghindarkan perasaan ada udang disebalik batu. Tanpa mengenakan syarat seperti ini, klien akan dapat merasa ketulenan kaunselor tadi untuk menolongnya dan dengan wujudnya persepsi dan perasaan seperti ini, maka lebih mudahlah proses perubahan personaliti berlaku, kerana tidak akan terasa sebarang ancaman.

3.1.2 Empati Sifat empati adalah kebolehan untuk merasa dan mengenalpasti perasaan orang lain dan kemampuan memberitahu kepada klien daripada sudut pandangannya, iaitu cuba masuk ke dalam ruang rujuk klien ataupun cuba bayangkan kita berada dalam diri klien. Di dalam teknik ini memerlukan kaunselor mempunyai kefahaman empati yang tepat. Klien yang datang bersamanya membawa dunia subjektifnya, yang tentu berbeza daripada dunia subjektif kaunselor itu sendiri. Dari huraian Amira menceritakan masalahnya, baik melalui bahasa mahupun melalui gerak-geri tubuh badannya, kaunselor haruslah berusaha menyelami dunia subjektif kliennya, sehingga ia dapat merasai, mempersepsi dan mengalami segala apa yang dirasai, dipersepsi dari alam objektifnya dari realiti yang sebenar.

Melalui teknik ini, kaunselor mungkin dapat merasa apakah perasaan yang dialami oleh Amira dan perkara ini akan membantu kaunselor untuk memberikan jalan penyelesaian kepada Amira dengan mudah dalam menyelesaikan masalah yang membelenggu dirinya.

4.0

Tahap Kaunseling

Kes seperti Amira ini perlu melalui sesi kaunseling individu yang melibatkan seorang kaunselor dan diri Amira sendiri. Bagi menjalankan kaunseling individu ini, beberapa tahap atau peringkat yang perlu Amira lalui bagi menyelesaikan permasalahan yang membelenggu dirinya. Terdapat enam tahap yang perlu Amira lalui dalam menjalankan sesi kaunseling individu bagi menyelesaikan masalahnya. Tahap-tahap kaunseling ini digambarkan dalam carta grafik di bawah.

1. Permulaan dan Kemasukan

Kaunselor perlu membuat pra sesi dengan menerima Amira seadanya dna perlu mendapatkan maklumat Amira selengkapnya Pemilihan tempat juga haruslah sesuai dan suasana teraputik perlu dititikberatkan Dalam membina hubungan, kaunselor perlu memulakan sesi dengan Amira dengan perbualan yang ringan dan tidak mendesak serta kejelekitan perlu dititik beratkan.

2. Penerokaan Masalah

Kaunselor perlu tahu keadaan Amira dari segi pemikiran, emosi serta kestabilan diri bagi menimbulkan perasaan empati Kaunselor perlu bermatlamat untuk mmengumbul maklumat tentang masalah amira dengan menggunakan ayat dan kata yang baik dan perlu bijak guna kemahiran menyoal untuk teroka masalah Amira

3. Mengenalpasti Masalah

Tahap ini Amira akan menceritakan masalah dan kaunselor akan mengenalpastinya. Setelah mengenalpasti masalah, kaunselor perlu tentukan matlamat untuk sesi itu Kaunselor akan mengajar Amira untuk bertanggungjawab ke atas dirinya dan memperbaiki imej dan tanggapan negatif orang dan dirinya sendiri

4. mencari jalan penyelesaian

Kaunselor akan memberi ruang dan peluang untuk Amira berfikir tentang cara untuk menghadapi masalah. Kaunselor akan memandu pilihan Amira dan akan berbincang tentang pilihan yang dipilih oleh Amira adakah ianya sesuai atau tidak satu per satu. Kaunselor harus terima semua pandangan dan pendapat Amira dan perlu menapis sekiranya ia tidak sesuai

5. Menilai Pencapaian

Kaunselor boleh berbincang dengan amira tentang tindakan susulan yang harus dilakukan sekiranya telah mencapai satu persetujuan jalan penyelesaian yang dipilih. Perkara ini dapat memandu Amira untuk lebh yakin apabila jalan penyelesaian yang dipilih itu mendapat sokongan kaunselor

6. Penamatan

Sesi kaunseling diakhiri dengan penamatan oleh kaunselor dengan membuat rumusan sepanjang sesi ini berlangsung Kaunselor juga akan menyatakan isi penting yang terdapat sepanjang sesi berlangsung supaya tidak tiimbul isu tidak ada jalan penyelesaian yang berlaku. Amira perlu akur akan keputusan yang dibuatnya sendiri hasil daripada perbincangan dengan kaunselor

5.0

Kemahiran-Kemahiran Asas Kaunseling Bagi Membantu Kes Amira

5.1 Kemahiran Pra Sesi Beberapa perkara penting yang melibatkan persediaan sebelum sesi kaunseling hendaklah diberikan perhatian oleh pembimbing. Ia melibatkan dimana kaunseling diadakan? Kaunseling boleh dilakukan dimana-mana namun biarlah tempat yang tertutup, selesa dan tanpa gangguan yang dapat mewujudkan suasana teraputik bagi aktiviti kaunseling Kaunselor disarankan mendapatkan serba sedikit maklumat mengenai kliennya agar dapat memberikan gambaran ringkas tentang diri klien. Kad rekod latarbelakang klien serta laporan sesi kaunseling atau rekod kes klien perlu disediakan.

Sebelum sesi, kaunselor boleh menyediakan borang laporan dan sebagainya serta merujuk keperluan organisasi tempat kerja jika sebarang prosedur perlu dipatuhi Untuk kes Amira, kaunselor perlu membuat soal selidik kes Amira melalui pemerhatian, soal jawab dengan rakan terdekat atau guru yang mengajar Amira dan juga mengkaji latar belakang Amira untuk memastikan kaunselor mengenal kliennya dengan lebih mendalam.

5.2 Kemahiran Mendengar Kemahiran yang memerlukan peranan aktif pembimbing kerana mengandungi kemahiran mewujudkan hubungan mesra (rapport). Kemahiran yang melibatkan proses 'pendengaran dengan telinga ketiga' kerana pembimbing mendengar apa yang dikatakan yang tidak dikatakan dan 'mendengar' bahasa badan (non verbal) klien. Kemahiran yang melibatkan hanya 'mendengar' dan meminimakan penggunaan soalan agar klien tidak merasai dirinya 'ditemuduga' di peringkat awal sesi kaunseling lagi.
7

Bagi kes Amira, kaunselor perlulah menjadi pendengar yang baik untuk mendapatkan masalah yang dialami oleh Amira dan dalam masa yang sama juga kaunselor tidak berhak memotong percakapan Amira kerana ini akan melanggar etika kemahiran mendengar. Perkara ini sangat membantu kaunselor untuk mendapatkan permasalahan yang dialami oleh Amira melalui percakapannya sendiri dan kaunselor boleh membuat rumusan dan keputusan dengan baik untuk membantu Amira.

5.3 Kemahiran Melayan Kemahiran melayan bermakna kaunselor 'sentiasa bersama klien' dengan

mengorientasikan diri secara fizikal dan psikologi kepada diri klien. Pembimbing memberikan sepenuh perhatian tanpa berbelah bahagi. Melayan merupakan satu kemahiran yang penting dalam usaha mewujudkan hubungan yang baik atau rapport dengan klien.

Rapport ini wujud sejak pandangan dan layanan awal lagi. Oleh itu layanan awal kepada Amira akan membantu dan memberikan nada kepada hubungan yang selanjutnya. Nada yang formal akan mewujudkan hubungan yang formal juga kerana klien akan membalas hubungan yang sama seperti yang ditunjukkan oleh pembimbing atau pengamal kaunseling. Oleh yang demikian layanan pertama haruslah dapat mewujudkan rasa diterima dan selamat serta membawa mesej bahawa pembimbing atau pengamal kaunseling berkeupayaan dan boleh dipercayai. Kemahiran melayan melibatkan proses memberi perhatian kepada tingkah laku lisan dan bukan lisan yang dikemukakan oleh klien untuk memberi mesej kepada klien tentang minat pembimbing untuk mendengar isu yang diutarakan oleh Amira.

5.4 Kemahiran Parafrasa Kemahiran parafrasa adalah unik dalam kaunseling. Ia bermakna kaunselor bertindakbalas dengan mahir terhadap maklumat asas yang dikongsi oleh klien untuk menyemak kefahaman kaunselor tentang isu utama yang dinyatakan. Parafrasa juga penting kerana ianya digunakan bagi menyatakan kembali kefahaman kaunselor kepada klien. Parafrasa membantu mempertingkatkan lagi hubungan bermakna antara anda dan klien. Sebagai panduan, kaunselor perlu dengar dengan teliti maklumat yang dinyatakan oleh Amira. Nyatakan semula isi utama sebagai rumusan tepat dan padat mengenai maklaumat yang baru dikongsi tadi. Parafrasa lebih ringkas dari apa yang klien sendiri nyatakan. Kaunselor tidak perlu menambah atau menukar makna mesej Amira dan perhatikan tanda penerimaan atau persetujuan terhadap parafrasa yang telah dibuat. Kaunselor juga boleh meminta maklum balas dari Amira bagi mengesahkan atau menidakkan ketepatan parafrasa yang boleh membantu kefahaman Amira seterusnya dan membolehkan Amira meneroka isunya lebih mendalam lagi.

5.4 Kemahiran Refleksi Refleksi adalah salah satu kemahiran unik dalam kaunseling. Ia seakan prafrasa tetapi mempunyai kesan yang lebih mendalam kepada klien. Refleksi merupakan

pengulangan kembali pokok atau isi kata-kata klien secara tepat, padat dan ringkas. Ianya merupakan cara untuk menyatakan kepada klien bahawa pembimbing telah memasuki ruang rujuk klien dan benar-benar merasai apa yang dirasai oleh klien (prafrasa bertujuan menyatakan kepada klien bahawa pembimbing mendengar dan memahami - belum lagi merasainya). Dalam kes Amira, kaunselor perlu bijak dalam membuat refleksi terhadap setiap perkara yang dinyatakan oleh Amira misalnya situasi Amira yang sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi tidak juga berjaya dalam pelajaran. Kaunselor perlu

memberitahu Amira bahawa mungkin dia telah study hard dan terlampau bersungguh sungguh untuk mencapai kejayaan. Dia sepatutnya mengamalkan study smart dan perkara ini sangat membantu seseorang itu dalam memperoleh keputusan yang cemerlang dalam pelajaran.

5.5 Kemahiran Konfrantasi Konfrantasi adalah kontradiksi antara kata-kata klien dengan tindakan klien. Ia mewujudkan percanggahan kepada kaunselor dan memerlukan penerokaan mendalam serta pendedahan oleh klien tentang situasi sebenarnya. Menurut Patterson & Welfel (2000), kemahiran konfrantasi merupakan satu kemahiran yang yang paling kontroversial kerana secara terminologinya ia merujuk kepada konflik atau serangan terhadap percanggahan yang nyata. Kemahiran pembimbing yang konfrantasi belum jarang digunakan dalam adalah sesi terutama kepada dan

mahir.

Konfrantasi

bersifat

mencabar

berkemungkinan menyebabkan klien merasa tergugat dan tidak selesa dengan pertanyaan pembimbing. Konfrantasi mendatangkan risiko tetapi jika digunakan dengan baik akan membawa celik akal atau perubahan mendalam kepada klien. Konfrantasi hanya digalakkan digunakan setelah hubungan baik antara pembimbing-klien terbina dan bukan diawal sesi Di dalam menjalankan sesi kaunseling bersama Amira, kaunselor tidak semestinya bersetuju dengan pendapat atau tingkahlaku yang diperkatakan oleh Amira. Ini bermakna konfrantasi ialah satu langkah membetulkan pandangan klien jika dirasakannya ada percanggahan. Dalam kes Amira, walaupun menggunakan Teori Pemusatan Insan, kaunselor juga boleh memberikan pendapat sekiranya sesuatu jalan pilihan penyelesaian yang disarankan oleh Amira tidak relevan dan bertentangan dengan dirinya.

10

Tugasan 2 6.0 Analisis Data Inventori Personaliti Sidek

Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal pasti ciri-ciri atau trettret personaliti individu. Ujian personaliti ini adalah ujian yang mempunyai format jawapan Ya atau Tidak. Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti Sidek atau singkatannya IPS misalnya mempunyai 15 skala yang mampu mengenal pasti 15 ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti Sidek adalah satu alat ukuran yang bertujuan untuk mengukur atau mengenal pasti trait-trait atau ciri-ciri personaliti berikut, iaitu; Agresif, Analitikal, Autonomi, Bersandar, Ekstrovert, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Ketahanan, Kritik Diri, Mengawal, Menolong, Sokongan, Struktur dan Pencapaian. Alat ukuran ini juga mengandungi skala penipuan untuk menentukan kejujuran responden dalam menjawab item ujian. Dalam kerja berkumpulan, saya telah menjalankan satu inventori psikologi terhadap seorang klien untuk mengenalpasti personality beliau. Walaupun jangka masa untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan secara khusus, namun sebagai panduan ujian ini telah dijalankan dalam masa 20 hingga 30 minit. Ujian ini ditadbirkan dalam bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Pentadbir ujian telah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan. Hasil daripada ujian tersebut, pengiraan skor dan pembentukan profil ujian dibuat secara manual dan ianya dibuat dengan teliti dan hati-hati. Umumnya, borang jawapan IPS mengandungi 16 baris dan 10 lajur. Bilangan baris menjelaskan bahawa alat ini mengukur 16 faktor iaitu 15 tret personaliti dan 1 skala penipuan. Sementara, 10 lajur menjelaskan bahawa setiap tret atau skala diwakili oleh 10 item.

11

Untuk tujuan pengiraan skor mentah, fokus hanya d iberikan kepada jawapan Ya yang perlu dibuat baris demi baris. Oleh kerana setiap tret diwakili oleh 10 item, maka kadar skor maksimum yang boleh diperolehi individu ialah 10. kadar skor mentah ini kemudiannya ditukarkan kepada peratus dengan didarabkannya dengan 10. Kesemua skor yang diperolehi diteliti dan digambarkan melalui graf di bawah ini satu persatu.

Keputusan Inventori Personaliti Sidek

90 80 70 60 50 40 30 20 10 0

AGRESIF INTROVERT SOKONGAN

ANALITIKAL KEPELBAGAIAN STRUKTUR

AUTONOMI KETAHANAN PENCAPAIAN

BERSANDAR KRITIK DIRI PENIPUAN

EKSTROVERT MENGAWAL

INTELEKTUAL MENOLONG

12

Hasil daripada ujian personaliti yang dijalankan, saya telah membuat analisis terhadap personaliti individu berdasarkan 16 faktor iaitu 15 tret personaliti dan 1 skala penipuan. Analisis ini dibuat satu per satu berdasarkan peratusan setiap factor dalam tret personality dan skala penipuan. Dari segi Agresif, graf menunjukkan klien adalah seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri. Dalam kebanyakan hal, klien selalunya menuntut haknya tetapi pada masa yang sama hati dan perasaan orang lain klien jaga. Sebagai contoh, responden mahukan sesuatu perkara di dalam satu mensyuarat dan pada masa yang sama responden pandai untuk bertolak ansur sambil menjaga hati individu lain yang mungkin kurang setuju dengan pendapat responden. Untuk ciri Analitikal pula, graf menunjukkan yang ciri analitikal klien adalah sederhana. Minat klien untuk menganalisis adalah di tahap sederhana. Ini beerti klien adalah seorang yang kurang sensitif kepada persekitaran, jarang menganalisis orang lain, diri sendiri mahupun situasi. Klien kadangkala suka membuat pemerhatian, penyelidikan dan analisis. Aspek Autonomi pula, menunjukkan ciri-ciri autonomi dalam diri klien adalah di tahap sederhana. Diri klien bersederhana terhadap kebebasan dalam segala tindakan serta dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti seharian. Klien suka untuk bebas memilih apa-apa sahaja yang dia boleh tentukan untuk aktivitiaktiviti hariannya. Pada masa yang sama, klien mampu untuk menerima arahan individu lain untuk membuat perubahan yang ada di dalam aktiviti-aktivti harian klien itu sendiri. Seterusnya ciri personal Bersandar menggambarkan tahap pergantungan klien di tahap sederhana. Dalam membuat sesuatu keputusan, klien jarang mengharapkan pendapat dan nasihat daripada orang lain terutama yang individu mempunyai autoriti. Klien kadangkala meminta orang lain menunjukkan arah yang harus dituju. Dari segi Ekstrovert pula, menunjukkan yang klien mempunyai kedua-dua ciri sosial dan tidak sosial. Umumnya, tahap sosial klien adalah sederhana. Klien kadangkala berinteraksi dan dikelilingi oleh orang ramai di samping merasa duduk bersendirian. Umumnya tahap sosial individu adalah sederhana. Maksudnya, klien

boleh berkomunikasi dengan individu yang lain tetapi kekerapan untuk berkomunikasi adalah sangat kurang. Klien mungkin hanya boleh berkomunikasi dengan individu yang
13

dia rapat dan dipercayai tetapi jika klien berada di suatu kominiti yang besar, responden akan kurang bersosial. Dalam konteks Intelektual pula, menunjukkan klien tidak merasa selesa denga perkara-perkara yang bersifat teoritikal. Dia lebih berminat dan selesa dengan kerja-kerja yang berstruktur, praktikal, dan pragmatik. Kerja yang dipilih selalunya adalah kerja-kerja berkemahiran. Bagi ciri personaliti Introvert pula, hasil ujian menunjukkan klien adalah individu yang suka melibatkan diri dalam perhubungan interpersonal dan suka berada di kalangan orang ramai. Dia juga adalah seorang yang sosial. Klien berkemungkinan hanya bersosial denga rakan sekelas sahaja tetapi apabila berhadapan dengan individu atau kelompok yang lain, klien kurang bersosial. Sebagai contoh, kelas klien telah membuat satu perbincangan kumpulan untuk sesuatu subjek, apabila tiba giliran klien untuk memberi pendapat, responden hanya bercakap dengan kadar yang sedikit sahaja. Mengenai ciri Kepelbagaian pula, klien dapat menghayati situasi-situasi yang dapat memberikan peluang-peluang untuk pengalaman-pengalaman baru. Klien suka kepada perubahan dan selalunya suka mencuba sesuatu yang baru. Klien juga adalah seorang yang adventures dan suka akan cabaran. Dari segi Ketahanan pula, ciri-ciri ketahanan klien adalah di tahap sederhana. Klien mungkin kurang gemar akan aktiviti yang melibatkan penggunaan fizikal. Motivasi dalaman klien juga dalam tahap yang sederhana. Bagi elemen Kritik-diri pula, hasil ujian dikaitkan dengan klien yang memiliki kestabilan dari segi emosi dan psikologinya. Sekiranya klien ini mempunyai ciri kritik diri yang tinggi, maka klien ini perlu berjumpa kaunselor untuk diadakan sesi supaya dapat mencari masalah yang menyebabkan klien selalu mengkritik dirinya sendiri. Dalam faktor Mengawal, hasil menunjukkan klien lebih selesa dipimpin daripada memimpin. Kerjaya utama yang berkaitan ialah setiausaha, pramugari, akauntan, ahli biologi dan lain-lain. Klien lebih suka menerima arahan daripada memberi sesuatu arahan kepada orang lain.

14

Bagi ciri personaliti Menolong dalam diri klien, menunjukkan bahawa klien adalah individu yang mempunyai keinginan untuk mencurahkan simpati, kasih sayang, memberi bantuan, dan membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang lain. Skor ini menunjukkan bahawa klien adalah individu yang mempunyai keinginan untuk mencurahkan simpati, kasih sayang, memberi bantuan serta membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang lain. Maksudnya, klien mempunyai ciri-ciri seorang insan yang baik hati dan tahap belas kasihan yang tinggi. Klien suka meringankan tulang untuk membantu individu yang memerlukan bantuannya. Manakala bagi ciri Sokongan pula, menunjukkan ciri-ciri sokongan klien berada di tahap yang sederhana. Perkara ini menunjukkan klien adalah individu yang kadangkala mempunyai keinginan untuk dikasihi, difahami dan mendapat simpati. Dalam ciri Struktur pula, menunjukkan ciri-ciri personaliti struktur klien berada di tahap sederhana. Klien bersederhana dalam kerjaya-kerjaya yang memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulang-ulang. Dari segi ciri Pencapaian pula, menunjukkan motivasi anda berada di tahap sederhana. Anda seorang yang bersahaja dalam sesuatu perkara tanpa mengharapkan seusatu pencapaian yang begitu baik dan lebih baik pada orang lain. Ciri personal yang terakhir pula ialah Penipuan. Skala ini adalah skala yang khusus untuk mengesan kejujuran responden dalam menjawab item ujian. Skor melebihi 50% menunjukkan responden cenderung untuk tidak jujur dalam memberikan jawapan dan dengan itu, profil yang diperolehi adalah tidak boleh dipercayai. Skala ini merupakan skala validiti dan telah dimasukkan ke dalam alat ukuran IPS pada tahun 1998. Berdasarkan ujian yang dijalankan kepada klien ini, untuk skala penipuan ini hanyalah 30% sahaja dan segala hasil ujian yang dijalankan kepada klien ini adalah valid dan terlepas dari unsur penipuan. Hasil ujian ini juga boleh dipakai untuk dibuat analisa terhadap personaliti klien ini.

15

7.0

Penulisan Reflektif

Refleksi keseluruhan Pada semester ketujuh ini, saya telah ditugaskan untuk menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek yang melibatkan mata pelajaran Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak (EDU 3107). Tugasan ini mengkehendakkan saya supaya menyelesaikan satu kajian kes yang melibatkan klien bernama Amira dengan menggunakan teori kaunseling yang dipilih serta menjalankan suatu ujian Inventori Personaliti Sidek (IPS) terhadap seorang klien. Seterusnya, menyediakan satu penulisan kritis tentang analisis hasil dapatan ujian yang telah dijalankan. Semasa proses melaksanakan tugasan ini, sayya bertuah kerana saya sedang menjalani praktikum ke-3 di Sekolah Kebangsaan Lasah pada waktu ini. Saya telah mempertimbangkan cara perlaksanaan tugasan dengan membahagikan tugas agar menjadi lebih mudah. Saya juga berpeluang mendapatkan komen dan tindakan spontan daripada pelajar dan guru mengenai hasil pengumpulan data yang telah saya lakukan. Saya banyak mendapatkan cadangan dan panduan-panduan asas bimbingan dan kaunseling daripada guru kaunseling sekolah dan beliau tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan saya.

Manakala refleksi selepas melakukan tugasan ini, saya dapati ada perubahan pada diri saya terutamanya pada sikap iaitu dapat membina sikap positif dalam keperluan untuk menjadi guru yang beretika, beradab, berilmu dan berakhlak. Saya dapat meningkatkan pengetahuan dalam topik kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan kaunseling kanak-kanak terutamanya. Saya telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan berkolaborasi dengan pensyarah, guru dan turut berkesempatan berbincang dengan rakan-rakan lain. Seterusya, saya dapat menjalinkan hubungan yang baik antara pensyarah, guru kaunseling, guru-guru, rakan-rakan dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Lasah.

16

Bercakap mengenai perasaan terhadap pelaksanaan tugasan ini, saya ingin berkongsi bersama yang mana saya berasa sangat bangga kerana berjaya menyiapkan tugasan ini mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Selain itu saya turut berasa gembira kerana berpeluang mengambil pengalaman melaksanakan dan mengendalikan sesi kaunseling bersama murid dengan sendiri. Pengalaman semasa melaksanakannya banyak membantu saya untuk menjadi guru yang lebih baik contohnya dari aspek pengawalan kelas. Selain itu saya turut berasa terharu dengan keprihatinan yang telah diberikan oleh guru kaunseling yang tidak pernah jemu membetulkan kesalahan yang telah saya lakukan dan tidak kedekut dalam berkongsi kan ilmu dan pendapat beliau. Juga kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Mastura Binti Karimuddin yang banyak membantu menambahkan idea-idea bernas dalam menyiapkan tugasan ini.

Walaupun begitu terdapat juga beberapa kelemahan yang telah saya kenal pasti semasa melaksanakan tugasan ini. Antaranya, saya kurang mencari maklumat dan info-info yang berkaitan daripada buku-buku rujukan. Saya banyak merujuk nota-nota internet dan pendapat serta panduan daripada guru-guru di sekolah. Saya akui wujudnya masalah ini disebabkan kekangan masa menjalani praktikum. Seterusnya saya akan memperbaiki kelemahan ini dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi.

Apakah pengajaran yang telah diperoleh hasil daripada tugasan ini? Hasil keseluruhan daripada tugasan ini saya dapat menguasai beberapa sikap sebagai seorang guru yang reflektif antaranya seperti berfikiran terbuka. Ini dapat dilihat apabila saya mendapat komen dan kritikan terhadap soalan yang dihasilkan. Saya telah beranggapan bahawa komen ini adalah nasihat yang berguna daripada orang yang lebih berpengalaman. Selain itu, saya dapat meningkatkan kesungguhan semasa pelaksanaan ini. Saya berusaha mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang terjadi seperti mendapatkan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing dan membuat rujukan daripada buku-buku dan hasil pembelajaran dalam kelas. Akhirnya,

17

saya akui bersedia untuk melihat sesuatu masalah daripada pelbagai perspektif dengan penuh kesungguhan dan tanggungjawab.

Setelah berusaha menyiapkan tugasan yang diberikan ini, dapat saya rumuskan bahawa seseorang guru yang bertindak sebagai kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta mengaplikasikan beberapa kemahiran-kemahiran asas kaunseling. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam

ketidakseimbangan emosi dan psikologi. Secara umumnya, untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya adalah tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor harus memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan ke atas klien pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai. Kesimpulannya, kerja kursus pendek ini dapat membantu saya dalam memperoleh pelbagai input atau informasi tentang proses pembelajaran seseorang kanak-kanak dan kemahiran-kemahiran yang berkesan dalam menguasai kemahiran bimbingan dan kaunseling. Hal ini penting kepada saya kerana saya akan ditempatkan di sekolah pada suatu hari nanti. Maka, dengan input-input ini saya akan mengaplikasikannya ke dalam suasana pembelajaran yang saya wujudkan kelak. Melalui kerja kursus ini juga, saya dapat meningkatkan tingkah laku dan nilai-nilai etika keguruan yang positif kelak.

18

19

Anda mungkin juga menyukai