Anda di halaman 1dari 7

NOMBOR DAN OPERASI: TAHUN 2 (KSSR)

Tarikh Hari Masa Tahun Bidang Tajuk Standard Kandungan : : : : : : : 2 April 2014 Rabu pagi pagi 2 Zamrud Nombor dan Operasi Tolak dalam Lingkungan 1000 Murid dibimbing untuk: 3.3 Mengenali kalendar. Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk: (i) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan penolakan dua nombor.

Objektif Pembelajaran :

Di akhir pembelajaran, murid akan dapat; (i) menghasilkan ayat Matematik berdasarkan masalah yang diberikan; (ii) menukar ayat Matematik ke dalam bentuk lazim; (iii) menyelesaikan masalah harian yang melibatkan penolakan dua nombor; (iv) mengaplikasikan konsep penolakan dalam kehidupan seharian dengan betul.

Kemahiran Berfikir

Membanding beza, menilai, membuat urutan, menyusun dan mengikut keutamaan, menganalisis, membuat kesimpulan, menghubung kait dan meramal. Kad gambar guli, kad manila, soalan penolakan nombor, kad klu aktiviti Teka Siapa Saya, lembaran kerja (individu). 60 minit

Bahan Bantu Mengajar

Masa :

Fasa

Cadangan Aktiviti

Cadangan Komunikasi

1. Persediaan

a. Dua orang murid dikehendaki untuk datang ke hadapan kelas

i.

Lakonkan situasi yang diberikan.

Pemerhatian dan Analisis ( 5 minit)

untuk melakonkan suatu situasi yang diberikan oleh guru.

Contoh: Ahmad mempunyai 152 biji guli. Dia memberikan 52 biji guli kepada Ali. Berapakah baki guli Ahmad?

b. Murid bersoal jawab dengan guru.

ii.

Berapakah guli yang Ahmad ada?

iii. Berapakah guli yang Ahmad beri kepada Ali? iv. Berapakah baki guli Ahmad?

2. Imaginasi Penjanaan Idea Sintesis Idea

a. Murid diberikan beberapa contoh masalah penolakan yang melibatkan dua nombor kepada murid.

i.

Baca masalah Matematik yang berikut.

ii. Apa yang kamu faham tentang masalah ini?

(15 minit)

b. Murid diterangkan cara mengenalpasti maklumat penting untuk membina ayat Matematik berdasarkan masalah yang ditunjukkan.

c. Murid ditunjukkan cara membina ayat Matematik dan menyelesaikannya dalam bentuk lazim.

d. Guru bersoal jawab dengan murid. iii. Berapakah bilangan botol Contoh 1: Di atas meja ada 208 botol air mineral. Sebanyak 172 botol diagihkan kepada murid. Berapakah baki botol yang tinggal? v. Berapa baki botol mineral Diberi: 208 Baki yang tinggal: 36 Agihkan: 172 yang tinggal? iv. Berapa bilangan botol yang diagihkan? yang diberi?

Cara: Tolak Ayat Matematik: 208 172 = 36


1 10

2 1

0 7 3

8 2 6

Semak:
1

1 + 2

7 3 0

2 6 8

Contoh 2: Seramai 432 orang murid hadir semasa Hari Kantin. 256 orang ialah murid lelaki, dan selebihnya ialah murid perempuan. Cari bilangan murid perempuan.

Jumlah murid: 432 Murid perempuan:

Murid lelaki: 256

176

Cara: Tolak Ayat Matematik: 432 256 = 176


3 12 12

4 2 1

3 5 7

2 6 6

Semak:
1

1 + 2 4

7 5 3

6 6 2

3. Perkembangan Penambahbaikan Menilai

a. Murid ditunjukkan suatu penerangan sejenis makanan. Contoh: Saya adalah sejenis makanan. Badan

i. ii.

Baca ayat berikut. Cuba teka makanan apakah itu?

(20 minit)

saya berwarna ungu. Siapakah saya?

b. Murid diterangkan peraturan cara bermain aktiviti Teka Siapa Saya.

iii. Setiap soalan mewakili abjad makanan tersebut. iv. Murid dikehendaki untuk

Contoh: Klu jawapan: v. Nilai 141 240 Abjad a i

menjawab soalan yang diberikan dengan betul. Setiap jawapan yang betul akan diwakili satu abjad. vi. Susun dan isi abjad tersebut

142 386 385 98 471 99 472 213 123 241

o u g m n p r s k t

ke dalam ruang yang disediakan. vii. Selesaikan semua soalan untuk mengetahui jenis makanan itu.

Contoh soalan: 1. Puan Sara ada 150 keping kupon. Dia mengagihkan 52 keping kupon kepada murid Tahun 2. Berapakah baki kupon Puan Sara? 2. Mala membuat 197 muffin. 56 muffin telah dijual. Berapakah baki muffin Mala yang belum dijual? 3. Faris ada 500 keping biskut. 29 keping telah pecah. Berapakah biskut yang masih elok? 4. Mak Timah membuat 514 biji karipap dan 301 biji kuih koci. Berapakah beza bilangan karipap dan kuih koci? 5. Sebuah kedai ada 360 biji telur ayam. 120 biji telur telah dijual. Berapakah biji telur yang belum dijual? 6. Di dalam sebuah kotak ada 660 batang pensel. Amin telah mengeluarkan 275 batang pensel. Berapakah batang pensel yang masih ada di dalam kotak?

7. Mak Minah menjual 422 bungkus nasi lemak pada hari Isnin. Nasi lemak yang dijual pada hari Selasa ialah 37 bungkus kurang daripada hari Isnin. Berapakah bungkus nasi lemak yang dijual pada hari Selasa?

c. Murid dan guru berbincang jawapan.

4. Tindakan Pelaksanaan Amalan Berterusan (15 minit)

a. Edarkan Modul Instrumen Standard Prestasi kepada setiap murid.

Jawab soalan yang diberikan.

b. Minta murid menyiapkan Modul Instrumen Standard Prestasi yang telah diedarkan.

Pentaksiran

Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab sekuran-kurangnya enam daripada tujuh soalan yang diajukan oleh guru, menunjukkan langkah penyelesaian dengan betul serta menjawab soalan dalam Modul Instrumen Standard Prestasi dengan betul, bermakna murid telah dapat menguasai kemahiran tersebut.

Nilai dan Sikap

Saling membantu, baik hati, berdisiplin, rasional dan kesungguhan.

Refleksi:

Anda mungkin juga menyukai